Makin usia meningkat, tubuh akan mengalami perubahan akibat proses penuaan. Kesan penuaan yang paling mudah kita nampak ialah melalui luaran iaitu kulit wajah. Antara kesan penuaan yang kita boleh nampak pada kulit ialah munculnya garis-garis halus, kedutan, pigmentasi, bintik-bintik hitam penuaan, eyebag, kulit makin kendur dan kusam, kulit menjadi kasar dan kering dan banyak lagi. Bukan tu je, dari segi dalaman pula kita akan dapat rasa kudrat dan tenaga kita dah tak sama macam zaman muda awal 20an dulu.

Saya tau lah sebab saya sendiri sekarang dah masuk 30 series dan itulah yang saya alami sob sob! Walaupun Alhamdulillah badan sihat dan takde penyakit tapi badan cepat penat, mudah rasa mengantuk, dah tak larat nak lari lama2 sebab stamina makin kurang dan kalau buat banyak kerja guna tenaga fizikal haa siap lah malam tu mesti kaki tangan rasa sengal dan lenguh semacam! Agaknya 10 tahun lagi terpaksa hadapi masalah kurang keanjalan kulit yang lebih ketara. Kenyataan pahit yang terpaksa ku telan dalam senyap, ‘Dah tua dah aku ni!’. 

Faktor-Faktor Yang  Mempengaruhi Proses Penuaan

Walau bagaimanapun, proses penuaan memanglah sesuatu yang normal dan sepatutnya kita kena hadapi dengan redha dan gembira. Tapi yelah kita orang perempuan ni kalau boleh nak maintain awet muda. Paling2 pun tak nak lah nampak tua daripada usia sebenar kan? Melalui pembacaan saya, proses penuaan sangat dipengaruhi oleh amalan gaya hidup seseorang:
  • Rajin bersenam ke? 
  • Selalu bersikap positif? 
  • Selalu happy atau tension? 
  • Amalkan pemakanan seimbang tak? 
  • Minum air mencukupi tak setiap hari?
  • Selalu makan home-cooked meal atau fast-food?
  • Selalu makan makanan berperisa, ada pewarna dan pengawet tak?
  • Hati bersih atau banyak hasad dengki? Eh? 😛
  • Dan banyak lagi!
Kalau kita tak amalkan gaya hidup sihat, memang makin cepatlah badan alami proses penuaan. Sebab sel dalam tubuh kurang sihat dan fungsi tubuh kurang lancar.

Makanan Tambahan (Vitamin) Membantu Kekalkan Tubuh Yang Cergas, Cantik, Anggun Dan Awet Muda

Saya selalu terfikir-fikir macam mana lah kesihatan dan penampilan saya 10 tahun lagi. Rasa sedih pula memikirkan kulit yang berkedut dan kurang anjal tu hihi 😛 Tapi memang kita boleh usaha! Jadi disebabkan saya rasa takut memikirkan tu semua, saya memang amalkan vitamin sejak umur awal 20 an lagi. In fact sejak daripada kecil mak saya dah biasakan kami adik-beradik makan vitamin. Tapi masa usia 20an saya mula amalkan vitamin semulajadi Shaklee. Vitamin membantu mengisi kelompongan nutrien penting dalam diet harian. Jadi bila ambil vitamin, sel-sel tubuh saya dapat zat dan mineral yang mencukupi untuk kekal sihat dan berfungsi dengan baik walaupun usia meningkat. Dalam masa sama saya jaga juga lah pemakanan, minum banyak air kosong, cuba bersikap positif selalu dan kalau ada peluang saya bersenam. Nak aging gracefully gittew kaedahnya 😀

Pengalaman Mengamalkan Vitamin

So far Alhamdulillah saya rasa sangat puas hati amalkan vitamin. Kalau culas dan lama tak makan vitamin mesti saya rasa cepat letih, cepat stress, kurang tenaga dan banyak lagi. Sebagai seorang ibu berkerjaya surirumah sepenuh masa dengan 2 anak kecil dan dalam masa sama saya menyusukan anak saya sendiri, kekuatan mental sangat dipengaruhi oleh kekuatan fizikal. Jadi faham-faham lah bila dah penat tu kadang-kadang kurang sabar. Fikiran pun dikuasai emosi dan kurang fokus nak setelkan urusan rumah tangga segala. Jadi bagi saya vitamin adalah sangat penting! Bila rasa cergas dan sihat, saya pun happy! Walaupun saya bekerja daripada rumah dengan menjalankan bisnes online Shaklee tapi tak bermakna saya tak perlu cantik2. Saya pun nak juga maintain anggun dan awet muda sekurang-kurangnya di depan suami ye tak? 😀

Vitamin Set Kulit Untuk Ibu Kekal Cantik, Anggun, Awet Muda Dan Cergas!

So sebagai seorang ibu, saya nak recommend kepada para ibu lain di luar sana vitamin apa yang sangat membantu kita untuk menjaga penampilan supaya kekal cantik, anggun, awet muda dan dalam masa yang sama tetap cergas uruskan rumahtangga, suami dan anak-anak:
Collagen Powder Shaklee
  • Dihasilkan setelah research bertahun-tahun dan dipasarkan di Malaysia sahaja. Di US pun takde walaupun Shaklee berasal daripada sana. 
  • Kolagen semulajadi ni takde bahan pemutih, takde perisa dan pewarna yang tak berfaedah.
  • Kolagen yang unggul, mengandungi 4,000mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik Ikan Merah. 
  • Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Sisik ikan merah (red snapper scale) adalah sumber kolagen premium kerana ikan merah tinggal di laut dalam dan paling kurang terdedah dengan pencemaran.
  • Terdapt 7 ramuan utama termasuk ekstrak biji Camellia japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luar.
  • Berfungsi untuk meningkatkan kelembapan kulit, mengurangkan kekasaran dan kekeringan, Meningkatkan penampilan keseluruhan, meningkatkan kelembutan dan kelicinan, meningkatkan pemakaian kekal mekap, meningkatkan keanjalan, ketegangan, elastisiti, meningkatkan ketebalan rambut, meningkatkan keserian, tona, warna kulit, mengurangkan garis halus dan kedutan. 
  • Memperbaiki saraf mata dan penglihatan.
  • Meningkatkan stamina dan memberikan tenaga.
  • Memperbaiki kesihatan saraf dan sendi serta menggalakkan pergerakan yang lancar.
Vitamin B Complex 
  • Membantu melancarkan peredaran kardiovaskular yang membantu memperbaiki keadaan kulit.
  • Melawan tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian atau fokus.
  • Mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi yang kuat, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat dan mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
  • Rambut beruban dan gugur – Membaiki msalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

Sustained-Release Vitamin C

  • Membantu membina dan mengekalkan kolagen yang memainkan peranan penting sebagai tisu penghubung dalam tubuh manusia.
  • Membantu penyembuhan luka, mengetatkan dan menguatkan kulit dan seterusnya memberikan bentuk dan sokongan kepada tubuh.
  • Bertindak sebagai antioksidan yang mengelakkan kerosakan selular pada sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Sifat antioksidan tersebut melindungi kulit daripada radiasi ultraviolet dan kesan terhadap pendedahan kepada cahaya matahari

Vitamin E Complex Dengan Selenium

  • Selenium dalam Vitamin E Shaklee bertindak sebagai agen antioksidan yang membantu sel melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel yang menjadi punya kepada gejala penuaan dan kanser.
  • Kajian menunjukkan Selenium dapat membantu menghalang jangkitan pada radang kulit seperti psoriasis dan ekzema.
  • Membantu merawat kulit yang luka akibat melecur dan mengurangkan parut.

Testimoni Collagen Powder Shaklee – Tiada Lagi EYEBAG, Tiada Lagi PIGMENTASI, Tak Cepat PENAT, SAKIT SENDI Hilang

Saya sangat sarankan bagi para isteri dan ibu kalau mencari-cari vitamin yang sesuai, boleh cuba set kulit ni. Yang baru nak mula amalkan vitamin ataupun baru ada kesedaran perlu buat sesuatu untuk perbaiki penampilan dan kesihatan sedia ada sebelum usia makin meningkat tua, pun boleh cuba set ni. Bukan saja sihat dalaman tapi cantik luaran. Owh tak lupa juga good news! Bulan ni ada promosi Collagen Powder Shaklee beli 6 PERCUMA 1 tau! Jadi masa ni lah nak membeli sambil berjimat. Grab cepat untuk penjimatan lebih 25%!
Hubungi saya pengedar Shaklee Taman Pelangi Semenyih, Semenyih, Kajang, Beranang, Rinching dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:
HAZRINA NASIR [ID 951651]
Call/ SMS/ Whatsapp: 0192692301
Email: blossomwidad@yahoo.com
Facebook Page: Blossom Widad
COD: Lokasi penghantaran adalah di Tesco Semenyih
*Rencana ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawati, atau mengubati. Anda seharusnya berjumpa dengan pakar perubatan dan kesihatan untuk mendapatkan nasihat perubatan. 
Vitamin Untuk Ibu Kekal Cergas, Cantik, Anggun Dan Awet Muda Dengan Set Kulit Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge