Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 57

Alhamdulillah hari ni 31 Ogos 2014 negara kita Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57. Saya dan family kat rumah saja hari ni. Bangun pagi terus buka tv tengok perbarisan di Dataran Merdeka 😀 Saya tak pernah lagi sambut merdeka dan tengok perarakan live. Tapi tahun ni kami pacak dan kibar bendera di pagar depan rumah 😀 Oklah tu kan nak tunjuk semangat patriotik. Tahun 2014 adalah tahun yang sangat getir bagi negara kita. Negara kita dah diuji dengan dugaan yang sangat besar dengan kehilangan MH370 pada bulan Mac 2014 yang lepas. Lepas tu disusuli pula dengan tragedi MH17 yang terhempas di Donetsk, Ukraine pada bulan Julai 2014 lepas akibat dipercayai ditembak dengan peluru berpandu. Secara tak langsung rakyat Malaysia sendiri diuji daripada pelbagai sudut.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 57 Selamat Hari Merdeka Ke 57 Malaysia, 31 Ogos 2014 negara kita Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57, tengok perbarisan di Dataran Merdeka, kibar bendera di pagar depan rumah,  tunjuk semangat patriotik, Negara kita dah diuji dengan dugaan yang sangat besar dengan kehilangan MH370 pada bulan Mac 2014, tragedi MH17 yang terhempas di Donetsk, Ukraine pada bulan Julai 2014 dipercayai ditembak dengan peluru berpandu, menguji sejauh mana perasaan sayang kita terhadap negara sendiri apabila Malaysia ditekan oleh pihak luar atas apa yang terjadi, semoga Malaysia akan terus aman makmur dan kita semua dapat hidup aman damai dan sentosa, kesihatan semakin baik dan dilanjutkan usia untuk menikmati keamanan negara
Namun apa pun yang telah terjadi, saya percaya kita semua dapat mengambil iktibar, pengajaran, bermuhasabah dan bertindak positif memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan yang ada. Kejadian ini secara tak langsung menguji sejauh mana perasaan sayang kita terhadap negara sendiri apabila Malaysia ditekan oleh pihak luar atas apa yang terjadi. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Salah satunya sebagai ingatan untuk kita semua daripada terus terleka. Ingatan untuk diri saya sendiri dan doa saya semoga Malaysia akan terus kekal makmur dan kita semua dapat hidup aman damai dan sentosa. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57 saya ucapkan kepada semua pengunjung Blossom Widad. Semoga kesihatan semakin baik dan dilanjutkan usia untuk terus menikmati keamanan negara kita Malaysia ditahun-tahun yang akan datang insyaAllah 😀
Hubungi saya pengedar Shaklee Taman Pelangi Semenyih, Semenyih, Kajang, Beranang, Rinching dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:
HAZRINA NASIR [ID 951651]
Call/ SMS/ Whatsapp: 0192692301
Email: blossomwidad@yahoo.com
Facebook Page: Blossom Widad
COD: Lokasi penghantaran adalah di Tesco Semenyih

*Rencana ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawati, atau mengubati. Anda seharusnya berjumpa dengan pakar perubatan dan kesihatan untuk mendapatkan nasihat perubatan. 
Selamat Hari Merdeka Ke 57 Malaysia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge