Alhamdulillah hari ni dah Ramadhan yang ke 9! Sekejap je dah masuk minggu ke dua kita berpuasa. Owh sebelum tu saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua customer dan pengunjung Blossom Widad – The Vitamin Shoppe. Semoga bulan Ramadhan tahun ni dapat kita manfaatkan sebaiknya berbanding tahun-tahun yang lepas. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan dan rahmat. Jadi sangat rugilah kalau kita biarkan setiap saat, minit, jam dan hari yang berlalu tanpa berdoa bersungguh-sungguh memohon keampunan daripada Allah. Semoga kita dapat gunakan kesempatan yang diberikan Allah untuk bertemu pada Ramadhan kali ni dengan penuh syukur sebab kita tak tau sampai bila lagi umur kita samada sempat ke tak nak bertemu Ramadhan akan datang 🙂
Sepanjang berpuasa ni persediaan di rumah saya biasa-biasa je takde yang pelik atau extra sangat. Sebabnya anak-anak kecil lagi dan makan macam biasa. Suami pun sibuk kerja macam biasa. Kadang-kadang berbuka di rumah dan kadang-kadang tak. Untuk sahur pula suami lebih prefer makan yang ringan-ringan macam roti berbanding nasi. Jadi saya je lah yang nak kena makan pun. So juadah berbuka selalunya simple2 je. So far kitorang masih belum jengah Bazaar Ramadhan. Tapi memang ada plan nak pegi juga sebab teringin nak makan makanan2 yang jarang ataupun leceh nak masak sendiri macam kuih-muih tu. Setakat nak rasa nak makan sikit2, beli jelah. Tapi apa yang risau bila pergi Bazaar Ramadhan ni takut terrrbeli banyak sebab semua makanan pun nampak sedap dan teringin nak makan!
 RAMADHAN, SELAMAT BERPUASA, CUSTOMER, PENGUNJUNG BLOSSOM WIDAD - THE VITAMIN SHOPPE,  SEMOGA BULAN RAMADHAN TAHUN NI DAPAT KITA MANFAATKAN SEBAIKNYA BERBANDING TAHUN-TAHUN YANG LEPAS. BULAN RAMADHAN PENUH KEBERKATAN DAN RAHMAT, BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMOHON KEAMPUNAN DARIPADA, BERTEMU RAMADHAN AKAN DATANG, BERBUKA, SAHUR, BAZAR, KUIH-MUIH, JUADAH BERBUKA, BAZAAR RAMADHAN, TIPS MEMBELI DI BAZAR RAMADHAN, ELAKKAN PEMBAZIRAN MAKANAN, BUAT LIST MAKANAN, TETAPKAN BUDGET, BOLEH KE HABIS NI, BELI MENGIKUT NAFSU, NIATKAN UNTUK SEDEKAHKAN UNTUK JIRAN, ORANG SUSAH, SANGAT MENGHARGAI NILAI WANG, FAHAM PERASAAN MEREKA YANG TAK DAPAT MAKAN APA YANG DIHAJATKAN, ORANG SUSAH TAK MAMPU PUN NAK BELI MAKANAN, INSAN YANG LEBIH BERIMAN, BERTAKWA DAN BERSYUKUR, BERJIMAT-CERMAT, PENGEDAR SHAKLEE KAJANG, PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA, MIGHTY 3 GEMS, ENERGY BOOSTER, SET PUASA

Tips Membeli Di Bazaar Ramadhan

Ok macam mana nak elakkan pembaziran makanan masa membeli juadah di Bazaar Ramadhan:

  1. Sebelum pergi Bazaar Ramadhan cuba tengok apa lebihan makanan yang ada yang perlu dihabiskan.
  2. Kira berapa ramai ahli keluarga yang nak makan.
  3. Buat list makanan yang nak dibeli berserta bilangan.
  4. Tetapkan budget nak spend berapa ringgit je di Bazaar Ramadhan dan bawa wang yang mencukupi saja.
  5. Masa membeli, ukur portion makanan dengan saiz perut masing2.
  6. Sentiasa beringat dengan orang susah dan tanya soalan pada diri sendiri, “Boleh ke habis ni?”.
  7. Belilah daripada penjual yang bersopan dan amalkan kebersihan dalam penyediaan makanan untuk megelakkan terbeli makanan rosak yang akhirnya terpaksa dibuang sebab dah tak boleh makan.
  8. Belilah makanan yang berkhasiat dan bersih sebab makanan yang baik akan menjadi darah daging dan mempengaruhi hati dan kesihatan. Elakkan makanan yang banyak perisa, pewarna dan pengawet.
  9. Belilah dengan mata akal bukannya mata hati yang mengikut nafsu.
  10. Niatkan untuk sedekahkan sedikit belian untuk jiran, orang susah ataupun cuba tinggalkan baki budget untuk dibuat sedekah.

Dulu-dulu kalau membeli di Bazaar Ramadhan boleh kata saya akan beli banyak benda juga. Tapi makin meningkat usia, perangai ni dah berkurangan. Mungkin juga sebab pengalaman saya selama 5 tahun sambut Ramadhan di perantauan dulu membuatkan saya sekarang ‘pandai’ sikitlah kawal nafsu makan. Dulu tinggal jauh dan tempat saya tinggal tu jauh daripada komuniti Melayu. Setiap kali teringin nak makan something jawabnya kempunan je lah. Saya banyak belajar buat sendiri masakan2 yang saya suka dan teringin nak makan. Nasib baik ada internet kan. Dekat YouTube pun boleh refer cara nak masak. Kadang2 nak buat tu bukan senang sebab nak cari bahan bukan semua ada. Jadi kalau dapat buat memang saya sangat hargai makanan tu. Makan sampai habis! Sebab bahan2 nak buat tu kadang2 mahal dan kena bersusah-payah dulu nak dapat. 
Tapi banyak juga makanan yang memang tak dapat nak buat sebab tak cukup bahan, takde perkakas dan juga takde keyakinan sebab susah nak buat hihi 😀 Jadi sepanjang tempoh tu saya belajar redha dan pasrah kalau tak dapat apa yang saya teringin nak makan. Saya pelan2 padamkan keinginan saya tu. Teringat masa sambut Ramadhan waktu pregnant. Sungguh mencabar waktu tu. Selalu juga lah buka puasa berulam air mata. Angin orang mengandung ni memang pelik sikit kan hihi 😀 Jadi sebab dah biasa dengan persiapan yang sederhana bila balik Malaysia pun saya masih terbawa-bawa sikap ni. Saya sangat menghargai nilai wang. Dan saya sangat faham perasaan mereka yang tak dapat makan apa yang dihajatkan. Apatah lagi perasaan orang yang susah tak mampu pun nak beli makanan.
Semoga Ramadhan kali ni menjadikan kita insan yang lebih beriman, bertakwa dan bersyukur. InsyaAllah. Ingat, berjimat-cermat di Bazaar Ramadhan! Elakkan pembaziran!

Perlukan energy booster untuk kekal bertenaga di bulan Ramadhan ni? Jom cuba Tips Kekal Cergas Bertenaga, Berpuasa Di Bulan Ramadhan


Hubungi saya pengedar Shaklee Taman Pelangi Semenyih, Semenyih, Kajang, Beranang, Rinching dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:
HAZRINA NASIR [ID 951651]
Call/ SMS/ Whatsapp: 0192692301
Email: blossomwidad@yahoo.com
Facebook Page: Blossom Widad
COD: Lokasi penghantaran adalah di Tesco Semenyih

*Rencana ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawati, atau mengubati. Anda seharusnya berjumpa dengan pakar perubatan dan kesihatan untuk mendapatkan nasihat perubatan. 
Salam Ramadhan 1435H: 10 Tips Membeli Di Bazaar Ramadhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge