Bisnes MLM Haram?

 

Bila dapat tau shaklee adalah perniagaan Multi-Level-Marketing (MLM), automatik ramai yang berfikir of course Shaklee ni tak patuh syariah sebab dia MLM. So rezeki pendapatan daripada Shaklee pun tak berkat. Takkan nak makan rezeki tak halal? So janganlah join mlm! Pada pendapat ramai orang, bisnes MLM bermaksud upline kena cari kaki atau orang bawah atau downlines ramai-ramai. Bila dah ramai orang yang join dibawah, upline atau leader dah tak payah buat kerja. Hanya perlu duduk goyang kaki sambil tunggu income pasif ataupun duit atas angin masuk akaun. Downlines yang susah payah buat kerja, tapi upline yang dapat untung sebab dia dah lama join dulu. Kalau lagi lambat join lagilah rugi. Memang MLM ni penipu! MLM ni hanya untuk orang yang nak kerja senang tak nak kerja susah tapi nak untung banyak dan cepat. Memang tak patuh syariah lah sebab menindas orang bawah!

 

Adakah bisnes MLM Shaklee Halal dan mematuhi syariah?
Adakah bisnes MLM Shaklee mematuhi syariah?

 

Kredit gambar: Google Image

 

Tak salah pun fikir macam tu sebab saya dulu pun macam tu jugak! Hihi. Tapi alhamdulillah sekarang saya dah tau dan saya nak share kepada orang ramai. Jadi, bacalah entry ni dengan pemikiran terbuka ye. Ketepikan dulu semua tanggapan yang ada. Dah habis baca nanti nilai sendiri. Ye saya pun berfikiran yang sama terhadap MLM yang mempunyai ciri-ciri sedemikian. Malah saya pun setuju sangat bisnes MLM yang macam tu memang tak adil, tak berkat dan tak patuh syariah pun! Tapi, bisnes Shaklee patuh syariah, berkat dan adil. Pulak dah. Ni yang buat pening ni. Padahal Shaklee pun MLM juga. Ok sebelum kita pegi lebih jauh saya nak tanya faham ke apa MLM tu sebenarnya? Adakah semua perniagaan MLM tu sama? Bisnes MLM Shaklee pun memang ada bagi duit income pasif atas angin tu ke?

 

Fahami Konsep Asas Rangkaian MLM

 

Peniagaan MLM sebenarnya menggunakan konsep pemasaran yang bertingkat-tingkat dari bawah ke atas dan dari tengah ke sisi. Sebenarnya konsep ni sama je macam perniagaan-perniagaan lain. Contohnya produk daripada kilang lepas dihasilkan, akan diagih-agihkan kepada pengedar. Lepas tu pengedar akan agihkan kepada pemborong. Lepas tu pemborong agihkan kepada peniaga. Last sekali barulah peniaga jual kepada pengguna. Setiap peringkat pengagihan produk daripada kilang hinggalah ke pengguna tu, setiap pihak akan dapat untung masing-masing. Maknanya harga produk yang ditolak kilang tu mungkin berapa sen sangat api akhirnya sampai kat pengguna pada harga berkali-kali ganda.

Macam tu juga lah dengan bisnes Shaklee. Cuma yang bezanya produk Shaklee daripada kilang terus dibawa ke cawangan syarikat Shaklee sendiri di negara-negara ataupun negeri-negeri berkenaan dan terus diagih-agihkan kepada pengedar-pengedar sah Shaklee yang berdaftar iaitu kami-kami pengedar individu ataupun independent distributor Shaklee (SID) ni. Dengan kata lain kami lah pengedar, pemborong dan penjual. Tukang promotenya kami juga sendiri-sendiri promote untuk dapatkan keuntungan jualan. Untung daripada jualan terus dapat kepada individu pengedar SID. Jadi Shaklee tak payah nak spend duit untuk iklan, bayar pemborong, pekedai dan sebagainya tapi boleh terus bayar kepada pengedar Shaklee.

Dengan cara ni juga Shaklee dah buka peluang untuk individu dan orang ramai berbisnes dan menjana pendapatan tanpa bersusah-payah nak kena buka syarikat dan sebagainya! Income passive daripada Shaklee pula memang ada tapi tak bermakna duduk goyang kaki je tak payah buat kerja tapi duit tetap masuk. Bukan macam tu! Income passive adalah hadiah ataupun insentif daripada syarikat sendiri. Shaklee tak ambil duit daripada kerja keras downline untuk bagi kepada upline. No no no! Dalam bisnes shaklee tetap kena buat kerja tak kisah lah di level mana pun ada berada. Lagi kuat anda berusaha lagi banyak anda dapat. Usaha sikit-sikit so sikit lah dapat. Walaupun anda baru je join tapi anda rajin bekerja keras, anda boleh langkau dan pergi jauhhh meninggalkan upline anda yang dah lama join kalau dia malas berusaha!

 

Bisnes MLM Shaklee Mematuhi Garis Panduan Perniagaan MLM Patuh Syariah

 

Bisnes MLM Shaklee mematuhi semua syarat yang disenaraikan dalam Garis Panduan Perniagaan Secara Langsung Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level-Marketing) Patuh Syariah seperti yang tersenarai dalam website Dr. Ustaz Zaharuddin. Antara syarat utama yang dipatuhi bisnes shaklee ialah:

1. Harga produk shaklee adalah bersesuaian dengan kualiti dan kuantiti produk. Malah harga produk shaklee adalah mampu milik dan setanding dengan jenama-jenama lain di pasaran. Shaklee tidak meletakkan harga tinggi pada produk yang tidak seberapa.

2. Bisnes shaklee tidak menetapkan kewajipan untuk ahli membuat belian peribadi target sebagai syarat untuk mendapatkan komisyen. Ahli masih boleh mendapat keuntungan melalui untung runcit dan ahli mempunyai kebebasan samada nak buat stok atau nak capai target bonus tertentu.

3. Bisnes shaklee bukan berasaskan piramid ataupun head-hunting yang mana orang yang teratas adalah yang paling tinggi dapat keuntungan. Tapi dalam bisnes shaklee siapa rajin, dia yang dapat.

4. Produk yang dijual oleh shaklee adalah produk yang nyata iaitu vitamin dan produk kesihatan lain yang sememangnya digunakan untuk tujuan meningkatkan kesihatan. Malah produk shaklee adalah berkualiti tinggi, diuji secara klinikal, berkesan dan bukannya dihasilkan hanya sebagai syarat untuk membolehkan pelan pemasaran boleh dijalankan.

5. Sistem komisyen dan bonus shaklee adalah telus dan jelas. Upline tak makan duit downlines jadi bisnes ni adalah adil. Rekod bonus bagi setiap ahli ada dinyatakan dalam penyata bonus setiap bulan dan boleh dikira mengikut kiraan yang dah ditetapkan.

Ada banyak lagi syarat-syarat yang tersenarai dalam garis panduan bisnes MLM yang patuh syariah. Alhamdulillah Shaklee memenuhi syarat-syarat berkenaan dan tiada apa yang disembunyikan ataupun perlu diragui oleh ahli.

Oklah dah panjang lebar. Percaya tak apa saya cakap ni? Tak percaya jugak? Owh lupa pulak. Saya pun selalu dengar orang cakap, “Tak payah lah nak percaya sangat apa orang MLM cakap sebab apa dia cakap tu memang kita akan mudah terpengaruh dan rasa betul je sebab diorang pandai mengayat!”. Ada fikir macam ni kan kan kan? Saya tau lah sebab saya pun dulu pun macam tu jugak hahaha! Apa-apa pun… Memang ada MLM yang haram. Samada memang konsep bisnes tu sendiri sememangnya direka tidak menepati syariah ataupun ahli syarikat yang memandai-mandai mengubah-suai cara berbisnes menyebabkan ianya tak patuh syariah. Perlu pandai menilai setiap sistem MLM yang ada dan bagaimana ahli atau uplines anda menjalankan bisnes samada betul atau tak. Fikirlah dengan minda yang bersih, bukan dengan hati 😉 Oklah stay tuned untuk entry saya akan datang kalau nak tau betul ke rezeki daripada pendapatan Shaklee ni berkat ke tak?

Klik sini untuk baca, Tips Mudah Pilih Bisnes Online.

 

Sekiranya anda berminat dan serius untuk tambah pendapatan sampingan, saya boleh tunjukkan caranya insyaAllah.

 

Pengedar Shaklee & Mentor Bisnes Anda,

Hazrina Nasir

0192692301

ID 951651

Adakah Bisnes MLM Shaklee Patuh Syariah?

2 thoughts on “Adakah Bisnes MLM Shaklee Patuh Syariah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge