Bersin Dan Resdung

Seminggu 2 ni saya tak berhenti-henti bersin. Hidung asyik rasa gatal, berair dan selsema. Bila bersin tak berhenti mula lah kepala dan badan pun rasa sengal, lemah dan berat. Mata pun rasa gatal dan berair. Kadang-kadang sampai rasa nak garu mata. Saya ingatkan saya kena selsema biasa. Tapi bila asyik berlanjutan dan makan ubat pun dok macam tu juga, rasanya sah lah resdung saya dah menjadi-jadi. Tambah-tambah bila pagi-pagi, berlawan-lawan bersin dengan suami. Eh anak-anak saya pun asyik bersin juga! Saya tak pasti apa punca yang sebabkan resdung saya teruk sikit lately. Tapi rasanya sebab pemakanan, saya ada makan cencalok dan belacan, habuk dalam rumah ni dan mungkin juga faktor umur yang sebabkan imun sistem saya dah tak berapa kuat. Tapi Alhamdulillah lah tak teruk sangat dan sekarang dah makin kurang. Rasanya kami sefamily ni memang ada alahan dengan habuk atau apa-apa. Kalau macam Adik saya dia memang penghidap resdung yang agak teruk sampai sakit kepala. Lagi seksa!
BERSIN, GEJALA RESDUNG, PUNCA RESDUNG, SINUSITIS, LENDIR, HIDUNG TERSUMBAT, SALURAN HIDUNG TERSUMBAT, PEMBIAKAN KUMAN BAKTERIA, HIDUNG BERHINGUS, PEMBENGKAKAN LAPISAN HIDUNG, RADANG HIDUNG, RHINITIS, ALAHAN ASAP ROKOK, ALERGI, HABUK, BAUAN KUAT, ALERGI MAKANAN, MUKUS, SINUS SEMPIT, JENIS RESDUNG, RESDUNG AKUT, RESDUNG KRONIK, DEMAM, HIDUNG BENGKOK, SAKIT TEKAK, SAKIT TELINGA, JANGKITAN OTAK, MENINGITIS, BATUK, JANGKITAN TONSIL, SAKIT DIBAHAGIAN MUKA, ASTHMA , BERDENGKUR KRONIK, PEMBEDAHAN ENDOSKOPI, TULANG HIDUNG, HIDUNG SENSITIF, KAHAK, KELUAR NANAH, BAGAIMANA MEMBEZAKAN RESDUNG DENGAN DEMAM DAN SELSEMA BIASA, KAWAL RESDUNG SEBELUM PARAH, SET VITAMIN SHAKLEE, RISIKO KENA BEDAH, MAUT, SET RESDUNG, ALFALFA COMPLEX, ALAHAN, ECZEMA, ALLERGY, ATHMA, JERAWAT,  B COMPLEX, VITAMIN C, ANTI HISTAMIN, ANTI HISTAMINE, NUTRIFERON, KUKUHKAN SISTEM IMUN, TIPS KURANGKAN RISIKO RESDUNG, ELAKKAN HABUK, MINUM AIR KOSONG

Punca Menyebabkan Resdung

Resdung ni sebenarnya bahasa orang kita. Tapi dari segi istilah perubatan yang sebenar ialah sinusitis. Sinus adalah rongga-rongga dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran kecil. Sinus terletak di bahagian muka iaitu antara dua mata, pipi di bawah mata, sikit di belakang hidung dan bahagian dahi. Ia terbahagi kepada empat yang dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid. Saluran-saluran ini menghasilkan lendir setiap masa dan disalurkan ke hidung. Walau bagaimanapun, bila saluran-saluran ni tersumbat, pengumpulan lendir boleh berlaku dan menyebabkan pembiakan bagi kuman bakteria. 
BERSIN, GEJALA RESDUNG, PUNCA RESDUNG, SINUSITIS, LENDIR, HIDUNG TERSUMBAT, SALURAN HIDUNG TERSUMBAT, PEMBIAKAN KUMAN BAKTERIA, HIDUNG BERHINGUS, PEMBENGKAKAN LAPISAN HIDUNG, RADANG HIDUNG, RHINITIS, ALAHAN ASAP ROKOK, ALERGI, HABUK, BAUAN KUAT, ALERGI MAKANAN, MUKUS, SINUS SEMPIT, JENIS RESDUNG, RESDUNG AKUT, RESDUNG KRONIK, DEMAM, HIDUNG BENGKOK, SAKIT TEKAK, SAKIT TELINGA, JANGKITAN OTAK, MENINGITIS, BATUK, JANGKITAN TONSIL, SAKIT DIBAHAGIAN MUKA, ASTHMA , BERDENGKUR KRONIK, PEMBEDAHAN ENDOSKOPI, TULANG HIDUNG, HIDUNG SENSITIF, KAHAK, KELUAR NANAH, BAGAIMANA MEMBEZAKAN RESDUNG DENGAN DEMAM DAN SELSEMA BIASA, KAWAL RESDUNG SEBELUM PARAH, SET VITAMIN SHAKLEE, RISIKO KENA BEDAH, MAUT, SET RESDUNG, ALFALFA COMPLEX, ALAHAN, ECZEMA, ALLERGY, ATHMA, JERAWAT,  B COMPLEX, VITAMIN C, ANTI HISTAMIN, ANTI HISTAMINE, NUTRIFERON, KUKUHKAN SISTEM IMUN, TIPS KURANGKAN RISIKO RESDUNG, ELAKKAN HABUK, MINUM AIR KOSONG
Antara punca pembengkakan lapisan hidung ialah:
1. Radang hidung (rhinitis) yang disebabkan oleh alahan – boleh disebabkan oleh asap rokok, debunga, habuk, bauan yang kuat, pemakanan dan lain-lain.
2. Rerambut halus (silia) dalam sinus yang gagal menyempurnakan tugas – menyebabkan mukus tidak dapat disalirkan.
3. Susunan tulang dalam sinus yang tidak sempurna dan normal – menyebabkan saluran sinus menjadi sempit dan menyebabkan tersumbat.
4. Hidung bengkok
5. Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
6. Jangkitan gigi atas
7. Ketumbuhan dalam hidung
8. Objek dimasukkan ke dalam hidung seperti manik, putik kapas, kertas
9. Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak

Jenis Resdung

Resdung terbahagi kepada dua iaitu:
Resdung Akut
  • Bersin
  • Hidung tersumbat
  • Selsema
  • Berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu
  • Boleh menyebabkan demam sekiranya lebih 7-10 hari
  • Bila dah sembuh daripada demam, dahi berasa sakit bila kepala tunduk atau sujud

Resdung Kronik
  • Gejala lebih kerap
  • Jangkitan berpanjangan lebih daripada 3 bulan

Gejala Resdung

Antara gejala lain yang disebabkan resdung ialah:
  • Hidung tersumbat
  • Sakit kepala
  • Demam
  • Selsema
  • Sakit telinga
  • Sakit di bahagian muka
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Lendir daripada hidung nak tekak

Sekiranya gejala resdung berlarutan ianya boleh bertukar menjadi gejala kronik seperti:
  • Nanah dibahagian sekeliling mata
  • Jangkitan pada otak (meningitis)
  • Jangkitan pada tulang pipi
  • Jangkitan pada telinga dan tonsil (terutamanya kanak-kanak)
  • Jangkitan pada tekak
  • Alahan hidung atau sensitif
  • Berdengkur yang kronik
  • Memburukkan keadaan asthma
  • Selsema yang melarat

Bagaimana Membezakan Resdung Dengan Demam Dan Selsema Biasa?

Sekiranya pesakit demam dan mengalami gejala sakit dibahagian muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning dan hijau daripada hidung atau kahak berwarna sama di waktu pagi itu adalah resdung.

Kawal Resdung Sebelum Parah

Resdung boleh menjangkiti bukan saja orang dewasa tapi kanak-kanak. Boleh jadi kronik kalau dibiarkan berpanjangan dan boleh menyebabkan risiko kena bedah. Pembedahan endoskopi akan dibuat untuk membetulkan keadaan hidung yang bengkok atau sempit. Dan kalau tidak dirawat juga boleh menyebabkan maut akibat jangkitan pada otak. Jadi lebih baik kita mencegah daripada terpaksa mengubati dikemudian hari. Saya amalkan set resdung vitamin Shaklee untuk kawal masalah resdung saya, suami dan alahan anak-anak. Alhamdulillah memang sangat membantu. 

Ada 3 vitamin utama yang sangat membantu memperbaiki masalah resdung:
Alfalfa Complex
  • Mengurangkan keradangan sakit akibat resdung sebab Alfalfa kaya dengan klorofil yang membantu memperbaiki sakit akibat alahan, eczema, allergy, athma, jerawat dan sebagainya.
  • Alfalfa mempunyai fungsi detoks yang membantu mendetoksifikasi untuk menyingkirkan toksin yang terhasil akibat tindak balas kimia dalam badan yang menyebabkan resdung akibat daripada alahan terhadap alergen.


B Complex
  • Memelihara sistem saraf dan berfunsgi sebagai anti-stress
  • Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
  • Penting untuk pemuliharaan selaput lendir dan membantu pengeluaran antibodi badan
  • Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati


  • Bertindak sebagai anti-histamin semulajadi tanpa perlu kita mengambil drugs anti-histamine yang mempunyai side-effect.
  • Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
  • Meningkatkan sistem imun tubuh untuk melawan serangan dan jangkitan penyakit
  • Mencegah penyempitan tiub bronkiol
  • Meningkatkan penghantaran oksigen ke tisu-tisu tubuh
  • Mempercepatkan penyembuhan tisu yang radang atau luka akibat gejala resdung

  • Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari dan melindungi tubuh daripada serangan T-cells, B-cells dan macrophage
  • Melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza akibat daripada pencemaran dan pendedahan kepada alergi daripada persekitaran
  • Mengurangkan stress dan kelesuan
  • Memerangi virus, mengurangkan infeksi jangkitan dan mengurangkan ketidakselesaan

Tips Tambahan Untuk Kurangkan Risiko Resdung

  • Berbincang dan dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu
  • Elakkan menggunakan karpet dalam rumah untuk mengurangkan punca habuk
  • Selalu membersihkan rumah dengan memvakum dan membersihkan habuk
  • Selalu menukar langsir, cadar, selimut dan sidai di bawah matahari
  • Menjaga kebersihan diri dan pakaian
  • Elakkan terdedah secara terus kepada persekitaran terlalu sejuk atau terlalu panas di bawah matahari
  • Elakkan makanan yang dikenalpasti menyebabkan alahan contohnya ais batu, ais krim, makanan diperam seperti belacan, cencalok, ikan kering ataupun makanan laut seperti udang dan sotong
  • Elakkan membela haiwan berbulu ataupun jaga kebersihan haiwan peliharaan sebaiknya
  • Jaga pemakanan dengan memakan makanan menyihatkan dan tinggi zat dan mineral
  • Banyakkan meminum air kosong berbanding kafein ataupun minuman yang kurang menyihatkan
  • Elakkan stress kerana boleh menyebabkan sistem imun lemah
  • Mandi menggunakan air suam dan minum atau makan makanan yang panas

Alhamdulillah setakat ni saya memang amalkan semua ni. Memang pengambilan vitamin sangat-sangat membantu. Kalau saya tak amalkan vitamin-vitamin berkenaan taktaulah mesti lagi teruk resdung saya dan confirm tak berhenti lawan bersin! Bersin menyebabkan hidung rasa sakit dan rasa sangat tak selesa. Nak buat kerja pun tak boleh sebab rasa lemah saja. Jadi memang sangat menggangu produktiviti harian. Mungkin kali ni ada perkara yang saya terlepas pandang sebab tu resdung sedikit menjadi-jadi. Oklah jom sama-sama kita amalkan semoga kesihatan kita lebih baik lepas ni insyaAllah 🙂
Hubungi saya pengedar Shaklee Taman Pelangi Semenyih, Semenyih, Kajang, Beranang, Rinching dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:
HAZRINA NASIR [ID 951651]
Call/ SMS/ Whatsapp: 0192692301
Email: blossomwidad@yahoo.com
Facebook Page: Blossom Widad
COD: Lokasi penghantaran adalah di Tesco Semenyih

*Rencana ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawati, atau mengubati. Anda seharusnya berjumpa dengan pakar perubatan dan kesihatan untuk mendapatkan nasihat perubatan. 
Gejala Resdung Boleh Sebabkan Risiko Dibedah Atau Maut Akibat Jangkitan Otak Sekiranya Dibiarkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge