Atasi Masalah Jerawat Dengan Berhati-Hati

Ok tak habis lagi cerita pasal jerawat ni. Panjang sungguh. Maklumlah saya sendiri pernah rasa macam mana seksanya menghadapi masalah jerawat. Saya sangat memahami perasaan dan konflik dalam diri disebabkan jerawat. Alhamdulillah sekarang walaupun umur dah masuk 30an dan masih ada jerawat tapi tak lah macam awal usia 20an dulu. Mungkin sebab faktor usia jadi jerawat pun dah segan-segan nak keluar. Tapi sepanjang tempoh tu macam-macam saya dah cuba buat. 
Antara cara untuk atasi jerawat yang saya pernah cuba ialah:
1. Guna macam-macam produk penjagaan wajah – pernah terguna produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya macam hidroquinon dan menyebabkan kulit menggelupas teruk. 
2. Ambil ubat jerawat di klinik dan makan antibiotik – makan antibiotik untuk tempoh panjang boleh mempengaruhi kesihatan dan buah pinggang. 
3. Buat chemical peeling di klinik swasta – Sekali rawatan saja kosnya dah beratus-ratus sedangkan waktu tu saya cuma student university! 
4. Lap dan tuam muka dengan kain suam dan air panas, pakai mask putih telur, letak limau, letak rempah-rempah tertentu – Semuanya tak memberi kesan tapi kulit jadi makin radang. 
5. Guna sabun jerawat yang dibeli di farmasi – Untuk seketika ianya membantu tapi lama-lama sangat mengeringkan dan menipiskan kulit. 
6. Buat rawatan wajah atau facial – Saya pernah buat rawatan di saloon tapi malangnya beautician tersebut bukan seorang yang mahir menyebabkan muka saya bengkak dan penuh dengan bintik-bintik parut. Parut ni kekal berbulan-bulan dan mana-mana saya pergi, orang pandang. This was the worst mistake. Tapi mana lah saya tau nak jadi macam tu kan. Nasi dah jadi bubur, tak boleh nak patah balik!
ATASI MASALAH JERAWAT, CARA ATASI JERAWAT, HIDROQUINON, KULIT MENGGELUPAS, UBAT JERAWAT, ANTIBIOTIK, CHEMICAL PEELING, TIPS ATASI MASALAH JERAWAT DENGAN BERKESAN, SELAMAT, MURAH, TUAM MUKA, AIR PANAS, PAKAI MASK PUTIH TELUR, BUAT RAWATAN WAJAH, FACIAL, BINTIK-BINTIK PARUT, MENGELAKKAN PARUT, PAKAI MASK BERASASKAN TANAH LIAT, CLAY MASK, KURANGKAN KEMERAHAN, RADANG, MINUM AIR KELAPA ASLI, KURANGKAN MAKANAN LAUT, ALLERGY, KEKALKAN HIDRASI, DETOKSIFIKASI TOKSIN, PENGALIRAN DARAH, UBAT JERAWAT, ANTIBIOTIK, JAGA PEMAKANAN, KURANGKAN MAKANAN PEDAS, BERMINYAK, BERLEMAK, BERGORENG, MINUM TEH CINA, GREEN TEA, ANTIOKSIDAN, ELAKKAN STRESS, MENJAGA KEBERSIHAN, MEMBASUH TANGAN, RUTIN PENJAGAAN WAJAH, CUCI MUKA, ENFUSELLE SHAKLEE, PENGAMBILAN VITAMIN, VITAMIN UNTUK MENGURANGKAN MASALAH JERAWAT, KECANTIKAN BERMULA DARIPADA DALAM, VITAMIN B COMPLEX, VITAMIN C, ALFALFA, SINUS, RESDUNG, ZINK, GARLIC, GLA COMPLEX, VITAMIN E,

Tips Atasi Masalah Jerawat Dan Mengelakkan Parut

Satu hari, saya ditakdirkan rasa nak cuba buat rawatan di satu salun kecantikan wajah. Kebetulan pula beautician owner salon tu sangat baik dan memahami. Dia pun kesian tengok saya. Katanya, bila muda-muda ni biasalah jerawat tengah rancak. Lebih elok dia keluar daripada dia duduk dalam. So, jerawat ni baik. Jangan risau katanya! Tapi kalau kita tak bersihkan dan buang blackhead serta whitehead yang ada dengan cara betul, masalah jerawat takkan selesai. Sama macam saluran longkang yang tersumbat lah. Makin lama makin penuh dengan sampah! Sabar je lah saya dengar analogi dia samakan muka saya dengan longkang hahaha! Alhamdulillah lepas beberapa kali buat rawatan, kulit saya improved tremendously. Rasa lega sangat!

ATASI MASALAH JERAWAT, CARA ATASI JERAWAT, HIDROQUINON, KULIT MENGGELUPAS, UBAT JERAWAT, ANTIBIOTIK, CHEMICAL PEELING, TIPS ATASI MASALAH JERAWAT DENGAN BERKESAN, SELAMAT, MURAH, TUAM MUKA, AIR PANAS, PAKAI MASK PUTIH TELUR, BUAT RAWATAN WAJAH, FACIAL, BINTIK-BINTIK PARUT, MENGELAKKAN PARUT, PAKAI MASK BERASASKAN TANAH LIAT, CLAY MASK, KURANGKAN KEMERAHAN, RADANG, MINUM AIR KELAPA ASLI, KURANGKAN MAKANAN LAUT, ALLERGY, KEKALKAN HIDRASI, DETOKSIFIKASI TOKSIN, PENGALIRAN DARAH, UBAT JERAWAT, ANTIBIOTIK, JAGA PEMAKANAN, KURANGKAN MAKANAN PEDAS, BERMINYAK, BERLEMAK, BERGORENG, MINUM TEH CINA, GREEN TEA, ANTIOKSIDAN, ELAKKAN STRESS, MENJAGA KEBERSIHAN, MEMBASUH TANGAN, RUTIN PENJAGAAN WAJAH, CUCI MUKA, ENFUSELLE SHAKLEE, PENGAMBILAN VITAMIN, VITAMIN UNTUK MENGURANGKAN MASALAH JERAWAT, KECANTIKAN BERMULA DARIPADA DALAM, VITAMIN B COMPLEX, VITAMIN C, ALFALFA, SINUS, RESDUNG, ZINK, GARLIC, GLA COMPLEX, VITAMIN E,

Sepanjang pengalaman saya menghadapi masalah jerawat, antara tips yang saya dapat daripada aunty tu dan ramai orang lain yang saya dapati berkesan ialah: 
1. Pakai Mask Yang Berasaskan Tanah Liat Ataupun Clay Mask – Pakai sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk kecutkan jerawat yang ada dan matikan kuman dalam liang roma. Pakai lebih kurang 45 minit setiap kali sebelum basuh. Cara ni juga boleh kurangkan kemerahan dan radang pada kulit. 
2. Minum Air Kelapa Asli – At least seminggu sekali. Sebab air kepala sangat bagus untuk mencuci kotoran keluar daripada badan. Jangan campur apa-apa pada air kelapa tu. Cara yang murah. Tak payah bazir duit! 
3. Kurangkan Makanan Laut – Saya ada allergy dengan makanan laut yang bercengkerang macam udang, kerang, sotong. Walaupun sedap, tapi kena lah kawal nafsu makan tu. 
4.  Kekalkan Hidrasi – Minum air secukupnya dan lebih banyak setiap hari. Ini penting untuk detoksifikasi toksin oleh sel tubuh ke luar badan berjalan dengan lebih sempurna. Pengaliran darah yang bersih dan lancar menjamin sel yang lebih sihat 
5. Mahal Tak Semestinya Bagus – Tak semestinya kena guna produk yang mahal. Tapi cari produk yang bersesuaian, lembut dan selamat pada kulit. Tambah-tambah lagi kalau kulit masih muda remaja, jangan takut dengan jerawat. Sampai satu masa jerawat akan berhenti. 
6. Elakkan Produk Ada Bahan Kimia Kuat – Sebab boleh bagi kesan jangka pajang pada kulit terutama bila usia dah meningkat. 
7. Elakkan Makan Ubat Atau Antibiotik – Melainkan sememangnya mengalami masalah jerawat atau radang kulit yang kronik. Pastikan anda makan dengan nasihat doktor supaya tidak mendatangkan mudarat.
8. Jaga Pemakanan – Kurangkan makan makanan pedas, berminyak, berlemak dan bergoreng. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang. Elakkan makanan berperisa, berperwarna, makanan segera dan jeruk.
9. Minum Teh Cina Ataupun Green Tea – Sebab teh adalah antioksidan yang baik untuk kulit.
10. Elakkan Stress – Janganlah tension! Kurangkan tekanan dan cuba uruskan tekanan, kemarahan, ketidakseimbangan emosi dengan lebih bijak. Walaupun berjerawat tapi happy-happy saja dan enjoy life. Jangan jadikan jerawat penghalang untuk menikmati hidup dengan gembira dan berkualiti. Percayalah setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya dan mengajar anda menjadi individu yang lebih positif, sabar, kuat dan tabah! 😀
11. Menjaga Kebersihan – Amalkan membasuh tangan sebelum menyentuh muka. Elakkan rambut yang berjurai bersentuhan dengan muka, jadi ikat lah rambut. Basuh muka lebih kerap kalau muka jenis berminyak. Selalu tukar tuala muka dan sarung bantul.
12. Amalkan Rutin Penjagaan Wajah – Rajin-rajinlah cuci muka dengan produk yang sesuai untuk kulit berjerawat. Sebaiknya amalkan 3 langkah asas penjagaan wajah dengan menggunakan pencuci, toner dan pelembap supaya kulit terpelihara lebih sempurna. Kulit pun perlu maintenance! Sekarang saya guna set Enfuselle Shaklee yang memang sangat sesuai untuk kulit sensitif dan berjerawat.
13. Pengambilan Vitamin – Pengambilan nutrien yang betul sangat-sangat membantu menyihatkan sel kulit, menyembuhkan luka akibat jerawat dan seterusnya mengurangkan jerawat dan parut jerawat. 
14. Elakkan Picit Jerawat – Jangan picit jerawat yang belum masak apatah lagi cuba mencungkil dan paksa jerawat keluar. Sebabnya ini menyebabkan kulit luka lebih dalam dan kuman merebak ke kawasan lain menyebabkan jerawat bertambah. Kulit juga berparut dan bertambah radang sebab sel-sel kulit rosak kena tenyeh dengan jari.
15. Don’t Overdo – Kalau nak cuba apa-apa bahan semulajadi contohnya sapu serbuk bunga cengkih pada muka, sapu limau nipis, lap muka dengan air panas, ataupun mencuci muka sekalipun, jangan lakukan dengan terlalu kerap atau keterlaluan. Sebab ni juga boleh menambahkan radang pada jerawat.
16. Elakkan Scrub Muka – Muka yang berjerawat kurang sesuai menggunakan scrub muka. Sebab boleh menyebabkan luka dan memburukkan lagi keadaan kulit.

17. Elakkan Terdedah Secara Terus Kepada Matahari – Panas dan cahaya daripada matahari yang terkena secara terus pada kulit boleh meradangkan lagi kulit muka. Sebaiknya guna krim pelindung uv, topi, payung dan sebagainya.

Nanti jangan lupa cuba semua tips atasi masalah jerawat yang saya kongsikan ni tau! Mana tau boleh bantu perbaiki keadaan kulit muka.

Vitamin Untuk Mengurangkan Masalah Jerawat 

Sangat penting sebenarnya berusaha menangani melalui pemakanan. Sebab kecantikan dan kesihatan bermula daripada dalam badan. Bila dalaman sihat insyaAllah akan terserlah pada luaran. Antara vitamin yang dapat membantu atasi masalah jerawat dan mengurangkan parut ialah:
1. Vitamin B Complex – Memperbaiki salurah darah pada kulit dan menjadikan sel kulit lebih sihat. Menyebabkan kulit kelihatan lebih bermaya dan tak kusam.
2. Vitamin C – Antioksidan yang membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat cahaya matahari dan radikal bebas. Melegakan kulit yang berjerawat.
3. Alfalfa Complex – Agen detoks lembut yang menyingkirkan keluar semua toksin dan kotoran daripada badan menjadikan saluran darah lebih bersih. Membantu mengurangkan masalah jerawat, sinus, resdung, alahan dan sebagainya.
4. Zinc – Kajian menunjukkan zink dapat memperbaiki radang pada kulit seperti jerawat, allergy dan luka pada kulit.
5. Garlic – Antibiotik semulajadi yang menguatkan sistem imun untuk menghalang jangkitan penyakit dan serangan kuman yang menyebabkan sinus, allergy, selsema, kulat dan sebagainya.
Optional 
5. GLA Complex – Membantu menyeimbangkan hormon, melegakan simptom PMS dan Menopause, memperbaiki tekstur dan penampilan kulit.
6. Vitamin E – Memperbaiki parut akibat jerawat, antioksidan yang melindungi sel daripada kerosakan yang lebih banyak akibat radikal bebas, melembutkan dan melembapkan kulit.
7. ESP – Kaya dengan asid amino protein yang sangat penting untuk menggalakkan pertumbuhan sel, kuku, rambut yang sihat. Seterusnya menipiskan parut dan melegakan luka.
Walaupun pada hakikatnya penghidap jerawat sepatutnya tak boleh terlalu terkesan atau pun risau dengan pandangan orang sekeliling terhadap rupa wajah dan fizikal sendiri. Tension sampai rasa langsung tak nak jumpa orang. Susah lah nak hidup macam tu kan? Tapi sebaliknya perlulah latih diri untuk meningkatkan keyakinan diri. Setiap individu ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jadi cungkil dan latih kelebihan yang ada. Tak cantik atau tak handsome bukanlah pengkhiran kepada kisah hidup ye adik-adik, abang-abang, kakak-kakak! Berbanggalah dengan diri anda! 😀
Hubungi saya pengedar Shaklee Taman Pelangi Semenyih, Semenyih, Kajang, Beranang, Rinching dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:
HAZRINA NASIR [ID 951651]
Call/ SMS/ Whatsapp: 0192692301
Email: blossomwidad@yahoo.com
Facebook Page: Blossom Widad
COD: Lokasi penghantaran adalah di Tesco Semenyih
*Rencana ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawati, atau mengubati. Anda seharusnya berjumpa dengan pakar perubatan dan kesihatan untuk mendapatkan nasihat perubatan. 
17 Tips Atasi Masalah Jerawat Dengan Berkesan, Murah Dan Selamat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge