Jerawat oh jerawat! Benci dengan jerawat! Saya tak suka jerawat. Eh ada ke yang suka jerawat? Rasanya kebanyakan orang tak suka jerawat. Semua orang seboleh-bolehnya impikan kulit yang nampak licin dan bersih. Tapi malangnya jerawat ni sangat mudah terjadi dan sangat susah nak dielakkan. Kalau tak teruk pun mesti kena jerawat ringan ataupun jerawat nasi kata orang 😀
Sebenarnya tak perlu benci sangat dengan jerawat. Sebab jerawat ni bagus juga sebenarnya. Dia tolong buangkan kekotoran ataupun toksin daripada kulit kita. Walau bagaimanapun, kalau sikit-sikit takpelah. Yang menjadi ketakutan ialah kalau jerawat keluar dengan sangat banyak apatah lagi jerawat batu dan meninggalkan kesan parut di muka. Berlubang-lubang pula tu kan. Ini selalunya terjadi bila kulit mengalami keradangan hinggakan boleh meninggalkan kesan parut keloid yang kekal.
JERAWAT, BUANG KEKOTORAN, TOKSIN, KESAN PARUT, BAGAIMANA JERAWAT TERJADI, PORI-PORI KULIT TERSUMBAT, LIANG ROMA, SEL KULIT MATI, KEKOTORAN, MINYAK, REMBESAN, SEBUM, BAKTERIA, WHITEHEAD, BINTIK PUTIH, BLACKHEAD, BINTIK HITAM, KERADANGAN, PENGUMPULAN MINYAK, RUANG FOLIKEL, NANAH, BEKAS LUBANG, KESAN-KESAN AKIBAT JERAWAT, ACNE-PRONED, JERAWAT BATU, KULIT MUKA BERKAWAH MACAM BULAN, KRONIK, BERPARUT, KEMERAHAN, SENSITIF, GATAL, RASA SAKIT, KETIDAKSELESAAN, PENAMPILAN DIRI TERGANGGU, DIRI TIDAK MENYERLAH, TAK CANTIK, KURANG KEYAKINAN DIRI, DIEJEK, MEMPENGARUHI AKTIVITI HARIAN, MASA, TENAGA, DUIT, MASALAH JERAWAT, SUSAH DAPAT PAKWE, SUSAH DAPAT MAKWE, STRESS, VITAMIN UNTUK JERAWAT, KELOID, PENGEDAR SHAKLEE SEMENYIH, PENGEDAR SHAKLEE KAJANG, RUPA PARAS, ALFALFA COMPLEX, B KOMPLEX, VITAMIN C, GARLIC, ZINC
Ok sebelum kita pergi jauh jom kita fahami bagaimana jerawat ni boleh terjadi.

Bagaimana Jerawat Terjadi?

JERAWAT, BUANG KEKOTORAN, TOKSIN, KESAN PARUT, BAGAIMANA JERAWAT TERJADI, PORI-PORI KULIT TERSUMBAT, LIANG ROMA, SEL KULIT MATI, KEKOTORAN, MINYAK, REMBESAN, SEBUM, BAKTERIA, WHITEHEAD, BINTIK PUTIH, BLACKHEAD, BINTIK HITAM, KERADANGAN, PENGUMPULAN MINYAK, RUANG FOLIKEL, NANAH, BEKAS LUBANG, KESAN-KESAN AKIBAT JERAWAT, ACNE-PRONED, JERAWAT BATU, KULIT MUKA BERKAWAH MACAM BULAN, KRONIK, BERPARUT, KEMERAHAN, SENSITIF, GATAL, RASA SAKIT, KETIDAKSELESAAN, PENAMPILAN DIRI TERGANGGU, DIRI TIDAK MENYERLAH, TAK CANTIK, KURANG KEYAKINAN DIRI, DIEJEK, MEMPENGARUHI AKTIVITI HARIAN, MASA, TENAGA, DUIT, MASALAH JERAWAT, SUSAH DAPAT PAKWE, SUSAH DAPAT MAKWE, STRESS, VITAMIN UNTUK JERAWAT, KELOID, PENGEDAR SHAKLEE SEMENYIH, PENGEDAR SHAKLEE KAJANG, RUPA PARAS, ALFALFA COMPLEX, B KOMPLEX, VITAMIN C, GARLIC, ZINC
Ada banyak punca yang menyumbangkan kepada bagaimana terjadinya jerawat. Punca-punca ini lah yang menyebabkan pori-pori kulit tersumbat. Pada kulit terdapat banyak pori-pori ataupun liang roma. Apabila pori-pori tersumbat akibat sel kulit mati, kekotoran, minyak dan sebagainya yang tidak dibersihkan, rembesan minyak daripada kilang minyak ataupun sebum dalam kulit menjadi terkumpul. Ini menggalakkan pengumpulan bakteria dalam kulit. Seterusnya whitehead ataupun bintik putih terbentuk. Bintik putih berwarna putih sebab liang roma tersebut tertutup secara keseluruhan ataupun liang roma terlalu sempit menyebabkan oksigen tidak dapat memasuki kawasan tersebut. 
Blackhead ataupun bintik hitam akan terbentuk bila oksigen dapat melalui liang tersebut. Blackhead susah untuk dikeluarkan sebab saiz blackhead selalunya besar berbanding liang pori yang tersumbat. Pori-pori yang tersumbat menyebabkan keradangan di bawah kulit. Bila pengumpulan minyak menjadi semakin banyak, ruang folikel akan terhakis daripada dalam sehinggalah ke permukaan kulit. Sebab tu lah kita tengok bintik jerawat mula-mula keras, lepas tu jadi merah dan kemudian bertukar jadi warna kuning. Tanda jerawat dah ‘masak’
Masa ni nanah jerawat boleh dipecahkan, dikeluarkan dan dibersihkan dengan mudah. Kadang-kadang tak sangka bila picit-picit wah banyaknya nanah yang keluar! Ini semua minyak dan kekotoran serta jangkitan bakteria yang berkumpul di bawah permukaan kulit. Jerawat perlu dibersihkan sampailah dah keluar ‘mata’ ataupun biji keras dan dah takde nanah yang keluar. Lepas tu kita akan dapati bekas jerawat tu meninggalkan lubang yang besar. Boleh lah letak ubat jerawat sesudah tu dengan harapan takde parut yang tinggal huhuhu 🙁

Kesan-Kesan Akibat Jerawat

Kalau muka jenis berjerawat sikit-sikit saja macam jerawat nasi, taklah risau sangat. Tapi kalau muka yang acne-proned meriah dengan jerawat batu, mungkin kulit muka akan jadi berkawah macam bulan! Kesan akibat jerawat boleh mempengaruhi peribadi dan menghantui kehidupan seseorang kalau ianya berlaku dengan kronik. Saya sendiri pernah mengalami keadaan tu! 

Antara kesan-kesan akibat jerawat yang saya sendiri alami ialah:
1. Kulit jadi berparut, kemerahan, sensitif, gatal dan sebagainya.
2. Jerawat seperti jerawat batu membuatkan rasa sakit dan ketidakselesaan. Nak-nak pulak kalau tumbuh di hidung atau dahi. Nak sujud masa solat pun susah!
3. Penampilan diri terganggu sebab parut ataupun bekas jerawat membuatkan kulit kelihatan tidak bersih. 
4. Kurang keyakinan sebab merasakan diri tidak menyerlah dan tak cantik. Apatah lagi  bila sering ditegur di bahagian muka ataupun diejek. Saya pernah rasa sangat letih dan bosan bila pergi mana-mana je mesti ada yang nak komen pasal jerawat saya. Paling kelakar saya pernah dikeji oleh buruh warga asing masa berjalan-jalan di pasar malam dengan kawan. Nasib baiklah hatiku kental kalau tak confirm dah nangis kat situ juga! Huwaaa stress gua 😛

5. Mempengaruhi kehidupan seperti menjejaskan aktiviti harian, masa, tenaga dan duit kerana terpaksa deal dengan masalah muka. Kadang-kadang rasa buntu dah tak tau nak buat apa sebab tak jumpa cara yang boleh membantu. Dah lah waktu tu masih belajar mana ada banyak duit. Nasib baik lah mak ayah pun sangat memahami masalah jerawat anak diorang ni.

Dan banyak lagi kesan akibat masalah jerawat ni daripada sekecil-kecil kesan hinggalah sebesar-besar kesan. Jangan main-main tau ada orang nak dapat pakwe atau makwe pun susah sebab kena reject dengan alasan tak cantik ataupun tak hensem! Wah sedih kan?! Tapi memang ada! Percayalah! Walaupun sebenarnya rupa paras bukanlah jaminan kebahagiaan rumah tangga ye adik-adik, kakak-kakak, abang-abang. Yang penting hati kena baik betul tak? hihi 😀

Tapi mengelakkan jerawat adalah sangat penting sebab selain dapat mengekalkan rupa paras yang sedap mata memandang, yang penting sekali penampilan kulit wajah yang elok dapat membantu meningkatkan keyakinan diri dan kualiti hidup. Untuk atasi jerawat, saya buat macam-macam perkara antaranya ialah mengamalkan pengambilan Vitamin B Kompleks, Vitamin C, Alfalfa Complex, Zinc Complex dan Garlic. Saya akan share tips-tips yang dapat membantu mengurangkan jerawat dalam next entry. Jangan lupa baca nanti ye terutama bagi penghidap jerawat. Mana tau dapat membantu 🙂

Hubungi saya pengedar Shaklee Taman Pelangi Semenyih, Semenyih, Kajang, Beranang, Rinching dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

HAZRINA NASIR [ID 951651]
Call/ SMS/ Whatsapp: 0192692301
Email: blossomwidad@yahoo.com
Facebook Page: Blossom Widad
COD: Lokasi penghantaran adalah di Tesco Semenyih

*Rencana ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawati, atau mengubati. Anda seharusnya berjumpa dengan pakar perubatan dan kesihatan untuk mendapatkan nasihat perubatan.

Fakta Tentang Bagaimana Jerawat Terjadi Dan Meninggalkan Kesan Parut

3 thoughts on “Fakta Tentang Bagaimana Jerawat Terjadi Dan Meninggalkan Kesan Parut

Leave a Reply to Hazrina Nasir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge