Masalah Jerawat Adalah Merunsingkan!

Saya selalu je dapat soalan daripada customer berkenaan masalah kulit iaitu jerawat! Selalunya yang tanya ni students. Alahai adik-adik, akak sangatlah memahami kerunsingan adik-adik tu 🙂 Sebab akak pun pernah alami fasa tu, lagi teruk daripada adik-adik yang bertanya tu!
Saya adalah salah seorang yang bermasalah jerawat teruk sejak waktu sekolah lagi. Saya akui masalah ni sangat mempengaruhi kehidupan saya. Waktu usia remaja memang jerawat tumbuh subur di muka macam cendawan baru lepas hujan. Tapi Alhamdulillah mungkin sebab faktor usia yang dah meningkat berserta dengan beberapa usaha yang saya lakukan secara konsisten, masalah ni dah tak menghantui hidup saya. Sekarang pun masih ada. Tapi tak lah teruk macam dulu 😀
MASALAH JERAWAT, KETAHUI 6 PUNCA-PUNCA JERAWAT DI MUKA, STUDENTS BERJERAWAT, LIANG ROMA, FOLIKEL, SALURAN, KILANG MINYAK BAWAH KULIT, CECAIR BERMINYAK, SEBUM, SEL-SEL KULIT MATI, FOLIKEL, BULU ROMA, LIANG ROMA TERSUMBAT, BAKTERIA TERKUMPUL, BLACKHEAD WHITEHEAD, PENGARUH HORMON YANG TIDAK SEIMBANG, PERUBAHAN HORMON, MENGALAMI TUMBESARAN PESAT, FAKTOR KEBERSIHAN, KURANG MENJAGA KEBERSIHAN MUKA, TIDAK MENCUCI MUKA, KEKOTORAN, SENTUH,  PEGANG MUKA, BAKTERIA, KUMAN, MENYEBABKAN JERAWAT, STRESS, TEKANAN, REMBESAN, FAKTOR PERSEKITARAN, CAHAYA MATAHARI, BERPELUH, RADANG, PEMAKANAN, ALLERGI, RESDUNG, ALAHAN, KERENGSAAN, CARA ELAKKAN JERAWAT,  VITAMIN B COMPLEX, MELANCARKAN PEREDARAN KARDIOVASKULAR, MEMPERBAIKI KEADAAN, KULIT LEMBUT, LEMBAP, BERMAYA, VITAMIN C, ANTIOKSIDAN, KEROSAKAN AKIBAT CAHAYA MATAHARI, RADIKAL BEBAS, MENYEMBUHKAN LUKA, ALFALFA COMPLEX, DETOKSIFIKASI, ZINC, RADANG, PEMBENTUKAN KOLAGEN, PROTEIN, GARLIC, ANTIBIOTIK SEMULAJADI, SINUS, SELSEMA, GLA COMPLEX, ZINK

Punca-Punca Jerawat

Ok jom kita tengok apa punca-punca jerawat supaya kita lebih faham kenapa ianya boleh terjadi. Ok macam ni, kulit kita ada liang roma. Liang roma bersambung melalui folikel (saluran) dengan kilang minyak di bawah kulit. Kilang minyak ni hasilkan sebum iaitu sejenis cecair berminyak. Sebum ni membawa sel-sel kulit mati melalui folikel keluar daripada kulit. Bulu roma tumbuh melalui folikel dan keluar daripada kulit. Tapi bila liang roma tersumbat, menyebabkan bakteria terkumpul, maka akan terjadilah jerawat. Jerawat yang tak bejaya keluar akan menyebabkan masalah blackhead dan whitehead.
Terdapat beberapa punca kenapa liang roma tersumbat dan jerawat ni terjadi. Antaranya ialah:
1. Pengaruh Hormon Yang Tidak Seimbang – Usia remaja adalah peringkat dimana tubuh sedang mengalami perubahan hormon yang sangat ketara. Sebab waktu ni tubuh sedang mengalami tumbesaran yang pesat. Perubahan hormon yang hebat ni menyebabkan kulit lebih berminyak dan terjadilah jerawat. Ini lah yang terjadi kepada saya dulu.
2. Faktor Kebersihan – Kurang menjaga kebersihan muka contohnya tidak mencuci muka menyebabkan liang roma tersumbat dengan pelbagai kekotoran. Kulit kita ni bernafas dan berpeluh. Ada minyak muka semulajadi jadi. Semua ni sebabkan kekotoran melekat di muka. Kalau kita sentuh atau pegang muka lagilah muka jadi kotor. Terdapat bakteria dan kuman yang boleh menyebabkan jerawat.
3. Stress Ataupun Tekanan – Apabila tertekan, hormon menjadi tidak seimbang dan membuatkan rembesan minyak berlebihan berlaku dan lebih banyak liang roma tersumbat.
4. Faktor Persekitaran – Kita terdedah kepada pelbagai faktor persekitaran seperti udara, air, cahaya matahari dan lain-lain. Ini semua memberikan kesan terhadap keadaan kulit dan dalam masa sama mencemarkan kulit. Contohnya kalau asyik terdedah bawah cahaya matahari, kulit lebih mudah berpeluh, tersumbat, menjadi radang dan sebagainya.
5. Pemakanan – Apa yang kita makan mempengaruhi tubuh badan. Jerawat adalah antara cara tubuh mengeluarkan kekotoran atau toksin daripada badan. Memakan makanan berminyak dan tinggi lemak boleh menambahkan lagi masalah jerawat. Selain tu kalau ada masalah allergi dan resdung, juga boleh memburukkan lagi masalah kalau termakan makanan tertentu contohnya makanan laut.
6. Alahan – Penggunaan produk harian contohnya pencuci muka, krim pelembap, sabun mandian dan sebagainya mempunyai bahan kimia tertentu yang mungkin menjadi punca kerengsaan kulit. Kita guna tapi tak tau pun produk tu sebenarnya tak sesuai untuk kulit kita jadi ini boleh memnyebabkan ketidakseimbangan fauna kulit seterusnya menyebabkan jerawat.

Cara Elakkan Jerawat

Nak elakkan jerawat senang je, elakkan perkara-perkara yang boleh trigger jerawat seperti yang tersenarai di atas tu tadi! Jaga kebersihan, jaga pemakanan, elakkan stress, minum air mencukupi, gunakan produk yang dijamin selamat dan sebagainya. Dalam menjaga pemakanan, pengambilan vitamin membekalkan nutrien yang sangat membantu memperbaiki jerawat.
Saya selalu cadangkan untuk muka yang acne-proned, berminyak, berjerawat batu dan jerawatnya bernanah, boleh amalkan vitamin-vitamin berikut:
1. Vitamin B Complex – Membantu melancarkan peredaran kardiovaskular yang membantu memperbaiki keadaan kulit. Membantu sel kulit mendapat zat yang mencukupi dan lebih sihat. Kulit akan kelihatan lebih lembut, lembap dan bermaya.
2. Vitamin C – Bersifat antioksidan yang melindungi kulit daripada kerosakan akibat cahaya matahari dan radikal bebas. Menyembuhkan luka akibat jerawat.
3. Alfalfa Complex – Sebagai agen detoksifikasi yang membantu membersihkan darah daripada toksin atau kotoran yang mencemarkan sel kulit iaitu salah satu punca jerawat. Sangat membantu memperbaiki masalah resdung, alahan, allergy dan sebagainya.
4. Zinc Complex – Kajian menunjukkan zink memperbaiki radang kulit seperti jerawat, membantu penyembuhan luka dan allergy pada kulit. Membantu pembentukan kolagen dan protein untuk pertumbuhan kulit.
5. Garlic – Antibiotik semulajadi yang menguatkan sistem imun untuk menghalang jangkitan penyakit dan serangan kuman yang menyebabkan, sinus, allergy, selsema, kulat dan sebagainya.
6. GLA Complex – Membantu menyeimbangkan hormon, melegakan simptom PMS, memperbaiki tekstur dan penampilan kulit.
Ok last but not leat, jangan lupa cuci muka ye adik-adik, kakak-kakak, abang-abang! Boleh cuci muka dan guna produk Enfuselle Shaklee yang sesuai untuk kulit sensitif dan berjerawat. Kalau cuci muka pun malas, alahai susah nak cakap lah 😛
Hubungi saya pengedar Shaklee Taman Pelangi Semenyih, Semenyih, Kajang, Beranang, Rinching dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:
HAZRINA NASIR [ID 951651]
Call/ SMS/ Whatsapp: 0192692301
Email: blossomwidad@yahoo.com
Facebook Page: Blossom Widad
COD: Lokasi penghantaran adalah di Tesco Semenyih

*Rencana ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawati, atau mengubati. Anda seharusnya berjumpa dengan pakar perubatan dan kesihatan untuk mendapatkan nasihat perubatan. 
Ketahui 6 Punca-Punca Jerawat Di Muka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge