Dah lama tak buat bahan bantu mengajar ataupun BBM sekali banyak macam ni. Tapi kali ni cuba siapkan mana2 yang dah lama target nak siapkan. Especially kad suku kata untuk Ihsan belajar membaca. Ihsan guna buku Cahayaku. Cahayaku 1 tu dah habis pun tapi nak kena mantapkan lagi. Selain tu siapkan wors card buku Peter and Jane yang Ihsan dah baca, 3 letter words worksheets, prewriting worksheets, flags (sebab dia minat) and banyak lagi. Tu pun tak semua. Buat mana yang nak guna dulu. Ini pun sebab dah berbulan2 dok tangguh nak buat.

Macam leceh je kan buat semua ni. Drpd cari bahan, print, laminate pastu gunting plak. Makan masa dan tenaga. Ni pun buat2 ni dah berapa malam tido Subuh. Bangun pagi mengantuk gila tak boleh nak function. Dah la memang banyak keje kat rumah ni. Menambahkan lagi keje sedia ada. Dan keje lain pulak tertangguh hahaha 😀

Orang kata rajinnya BUAT SENDIRI. Sebenarnya tak lah rajin pun. Tapi saya paksa diri buat demi anak. Ikutkan hati ku ini wahhh bertabah je lah. Memang banyak buku lah apa lah yang boleh beli kat kedai. Tapi nak cari yang betul2 sesuai dengan Ihsan adalah sangat susah. Kadang2 dah jumpa tapi mak aih mahalnya! Buat sendiri berapa banyak boleh dapat.
Nak ajar anak normal mungkin mudah sebab boleh guna je apa2 bahan yang ada kat pasaran. Tapi untuk ajar ASD kid macam Ihsan kena guna bahan dan kaedah yang sesuai dengan cara pemahaman dan penerimaan dia. Tambah2 lagi kalau kita nak ajar sesuatu yang spesifik memang sangat susah nak cari bahan yang sesuai yang boleh dibeli.
Dan bukan saya saja yang buat BBM sendiri untuk anak. Kebanyakan ASD parents yang mengajar anak kat rumah pun banyak buat sendiri. Hatta parents kepada anak normal pun ramai yang buat. So it’s a common thing nowadays. Mungkin yang menganggap this is a rare thing… sebab dia tak pernah buat kot 🙂
Saya memang minat dengan applying early educations kepada anak2 saya. Bila tau Ihsan is having mild Autism bagi saya being a teacher-Mama bukan lagi sekadar suka2 tapi is a MUST. Mungkin ada yang kata kenapa nak susah2 hantar je pegi sekolah atau pakar. Memang betul!
Untuk anak normal tak jadi masalah kot nak harapkan sekolah je. Tapi untuk Autism kid parents are their first teacher. Kalau pegi therapy session pun therapist akan ajar parents how to apply on kids. Sebab parents ada bersama dengan anak 24/7. Although… pendapat saya tak kira la normal atau special… parents/ home should be children’s first school, bukan orang lain 🙂
PS: Tapi kalau Mama Ihsan dah kaya nanti boleh upah orang buatkan BBM ni. Tak payah buat sendiri. Kena hire PA la macam ni hihihi 😀 Mana tau kan? Keep on dreaming Mama!
posted from Bloggeroid
Bahan Bantu Mengajar (BBM) Untuk Homeschooling

One thought on “Bahan Bantu Mengajar (BBM) Untuk Homeschooling

  • June 15, 2014 at 7:33 AM
    Permalink

    respect saya tgk kesungguhan ina ni. mudah2an Allah membalas segala titik peluh seorg ibu yg gigih demi anaknya ini

    Reply

Leave a Reply to Oyis Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge