Penyusuan Susu Ibu

Alhamdulillah zaman sekarang ramai orang dah ada kesedaran untuk bagi susu ibu atau pun susu badan kepada baby mereka. Walaupun ibu bekerja, tapi fenomena dan rutin mengepam susu waktu bekerja dan membuat stok susu perahan ataupun Expressed Breast Milk (EBM) dah jadi satu perkara yang biasa. Alhamdulillah saya berjaya menyusukan anak lelaki saya hingga umur 2 tahun dan sekarang sedang menyusukan anak perempuan saya yang dah berusia 1 tahun 9 bulan. InsyaAllah dia juga akan disusukan hingga lengkap tempoh penyusuan 2 tahun. 
Hmmm susah ke bagi susu badan? Bagi saya sangat senang! Tambah2 lagi saya tak perlu berusah-payah nak basuh botol susu, puting dan kalau nak berjalan2 kena pula prepare segala peralatan penyusuan! Wahhh perkara yang paling saya tak suka nak buat! hihi 😀 Tapi tak dinafikan sepanjang tempoh menyusukan anak-anak macam-macam dugaan yang saya alami. Of course dugaan yang paling menakutkan adalah apabila susu tiba-tiba merudum! Walaupun saya surirumah which is agak mudah walaupun melalui fasa susu kurang, saya masih boleh biar je baby melekap. Tapi masalahnya susah nak buat kerja lain sebab baby tak puas menyusu!
PENYUSUAN SUSU IBU, SUSU BADAN, MENGEPAM SUSU WAKTU BEKERJA, STOK SUSU PERAHAN, EXPRESSED BREAST MILK, EBM, LENGKAP TEMPOH PENYUSUAN 2 TAHUN,  DUGAAN, SUSU MERUDUM, BABY MELEKAP, PUNCA SUSU BADAN KERING ATAU KURANG, FAKTOR,  PERUBAHAN HORMON, TEKANAN, STRESS, HORMON OXYTOCIN, PROLAKTIN, PEMAKANAN TAK SEIMBANG, KARBOHIDRAT, PROTEIN, VITAMIN, MINERAL, CUBAAN BERDIET, MENGURUSKAN BADAN, LEBIH KALORI, MEMBAKAR KALORI, KURUS, PENGAMBILAN UBATAN, PIL PERANCANG, KEKERAPAN PENYUSUAN, MENGEPAM, PERMINTAAN, KELENJAR SUSU, SUPPLY BASED ON DEMAND, POSISI PENYUSUAN, GROWTH SPURT, KILANG SUSU, SOLID FOOD, PERSEDIAAN UNTUK IBU BERSALIN, BERPANTANG, MENYUSU, ILMU BERKAITAN BREASTFEEDING, SET KEHAMILAN, BERPANTANG, PENYUSUAN, IBU HAMIL, BERSALIN, MENYUSU, MENGGALAKKAN PENGHASILAN SUSU, SHAKLEE, PENGEDAR SHAKLEE SEMENYIH, PMS, PERIOD

Punca Susu Badan Kering Atau Kurang

Perkara ni berlaku mungkin disebabkan beberapa faktor antaranya:
1. Perubahan hormon – Selalunya akan ada satu ketika susu tiba2 merudum. Ini terjadi mungkin sebab hormon dalam badan ibu semakin berubah kembali kepada keadaan seperti sebelum hamil. Kalau seseorang ibu itu hamil lagi, ini juga menyebabkan susu akan berkurangan. Ataupun mungkin juga ibu mengalami PMS ataupun period jadi penghasilan susu terjejas.
2. Tekanan ataupun stress – Stress juga mempengaruhi hormon dalam badan ibu. Bila ibu stress, hormon oxytocin berkurangan dan mengakibatkan hormon yang menggalakkan penghasilan susu iaitu prolaktin juga berkurangan. Jadi, happy-happy lah selalu!
3. Pemakanan yang tak seimbang – Ibu menyusukan bayi perlu pastikan pemakanan seimbang diamalkan. Ibu menyusu perlu mendapat jumlah karbohidrat, protein, vitamin dan mineral yang mencukupi yang penting untuk penghasilan susu.
4. Cubaan berdiet ataupun menguruskan badan – Ibu yang berdiet selalunya akan cuba mengurangkan makan. Sedangkan ibu menyusu memerlukan lebih kalori untuk penghasilan susu badan dan dalam masa sama menyokong keperluan tenaga diri sendiri. Menyusukan bayi dapat membakar banyak kalori. Jadi ibu-ibu jangan risau, menyusu pun boleh kurus tau!
5. Pengambilan ubatan – Sesetengah ubatan mempengaruhi hormon ibu seterusnya mengganggu penghasilan susu contohnya pil perancang. Jadi sebolehnya berbincanglah dengan doktor untuk memilih ubat yang sesuai dan tidak mengganggu proses penyusuan.
6. Kekerapan penyusuan ataupun mengepam – Ibu perlu menyusukan bayi ataupun mengepam sekurang-kurangnya 3 jam sekali untuk memastikan otak dapat signal yang permintaan sentiasa ada. Jadi otak akan mengarahkan kelenjar susu untuk menghasilkan susu. Konsep asas penyusuan adalah supply based on demand. Jadi, mesti rajin-rajin susukan baby dan pam!
7. Posisi penyusuan – Kadang-kadang posisi penyusuan yang salah menyebabkan baby tak dapat menghisap susu dengan berkesan. Menyebabkan susu tak keluar dengan sempurna. Bila breast tak dikosongkan, jadi susu juga tidak dihasilkan.
8. Growth spurt – Kadang-kadang pada satu masa baby akan mengalami growth spurt! Waktu ni baby akan menyusu lebih banyak daripada biasa! Permintaan berlaku secara mendadak dan mengejut sedangkan kilang susu perlukan masa untuk menghasilkan susu. Kalau baby dah mula makan solid food, pastikan baby makan solid food yang secukupnya dan seimbangkan dengan pemberian susu ibu.

Persediaan Untuk Ibu Bersalin, Berpantang Dan Menyusu

Sebelum melahirkan bayi seeloknya ibu dapatkan sebanyak mungkin ilmu berkaitan breastfeeding. Breastfeeding akan jadi lebih mudah sekiranya dilengkapi dengan ilmu. Juga sangat membantu ibu untuk menjayakan breastfeeding sampailah baby berumur 2 tahun. Shaklee mencadangkan set kehamilan, berpantang dan penyusuan bagi ibu hamil, bersalin dan menyusu. Nutrien yang lengkap dan mencukupi boleh membantu perkembangan dan kesihatan ibu dan bayi daripada kehamilan hinggalah ke peringkat breastfeeding. 
Apa yang sangat menariknya, set vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk ibu hamil, boleh diteruskan pengambilan sampailah ke peringkat breastfeeding. Jadi memang sangat jimat. Set penyusuan susu ibu Shaklee boleh membantu menggalakkan penghasilan susu! Dan jangan lupa baca Tips Tambahkan Penghasilan Susu Ibu ni!
Hubungi saya pengedar Shaklee Taman Pelangi Semenyih, Semenyih, Kajang, Beranang, Rinching dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:
HAZRINA NASIR [ID 951651]
Call/ SMS/ Whatsapp: 0192692301
Email: blossomwidad@yahoo.com
Facebook Page: Blossom Widad
COD: Lokasi penghantaran adalah di Tesco Semenyih

*Rencana ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawati, atau mengubati. Anda seharusnya berjumpa dengan pakar perubatan dan kesihatan untuk mendapatkan nasihat perubatan. 
Punca Susu Badan Kurang Atau Kering

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge