Susah Nak Bagi Makan Vitamin Atau Ubat

Budak-budak memang susah nak bagi makan vitamin, supplement, minyak ikan dan apatah lagi ubat. Belum apa-apa baru je nampak ataupun sebut, diorang dah siap gelabah. Mula lah nangis la lari la dan lepas tu start lah drama masing-masing. Kadang-kadang tu kita tak bagitau pun tapi diorang macam tau-tau je nak kena makan ubat, mula lah nak buat perangai. Tapi kalau coklat amboi yang tak pernah tengok dan tak pernah makan pun, dia dah tau dah itu coklat atau jajan. Ada sensor ke apa diaorang ni? hihi 😀 Tapi tak semua lah anak-anak susah nak makan vitamin ataupun ubat. Ramai je yang ok.
Anak-anak saya masa mula-mula introduce ubat dan vitamin memang diorang takut dan tak suka juga. Memang kena pegang lah dan paksa makan. Tapi Alhamdulillah after a few times diorang dah ok. In fact kita yang kena sembunyikan ubat dan vitamin tu. Kalau tak, ada yang ambil heret sana-sini suruh kita yang buka. Kalau vitamin tu memang WAJIB kena sembunyikan sebab si Adik tu pantang nampak je nak minta. Kalau ada yang sakit pula, orang yang tak sakit pun sibuk sua lidah nak makan ubat sekali. Haih macam-macam anak-anak ni kan? 😀

Bila Mula Bagi Makan Vitamin Dan Kenapa?

SUSAH NAK BAGI MAKAN VITAMIN ATAU UBAT, SUPPLEMENT, MINYAK IKAN, ANAK-ANAK, BUDAK-BUDAK TAKUT MAKAN UBAT, BILA MULA BAGI MAKAN VITAMIN, KENAPA BAGI VITAMIN, ANAK-ANAK DAH MULA MAKAN MACAM-MACAM MAKANAN, BERHENTI MENYUSU BADAN, PERLINDUNGAN SISTEM IMUN DARIPADA SUSU IBU, ANAK-ANAK SANGAT MEMILIH MAKAN, PICKY EATER, RISAU PEMAKANAN TAK SEIMBANG, TENGAH LASAK MENGEXPLORE, JANGKITAN PENYAKIT MUDAH SERANG, KUAT LAWAN PENYAKIT, MINYAK IKAN OMEGA GUARD SHAKLEE, VITAMIN C CHEWABLE, MEAL SHAKES, LECITHIN, TIPS CARA BAGI ANAK MAKAN VITAMIN, MULAKAN BERPERINGKAT-PERINGKAT, SCOTTS EMULSION, APPETON WITH LYSINE, SUSU, PICIT MASUK DALAM MAKANAN MACAM AIS KRIM, ATAS BUAH, RASA HANYIR IKAN, SABAR, KONSISTEN, IBU PERLU KREATIF, JANGAN TERLALU MEMAKSA, INTRODUCE MAKANAN BARU, BERI REWARD, JANJARAN, MOTIVASI, HIDANGAN SEIMBANG, MEMBESAR SIHAT, BIJAK, TIPS-TIPS, PENGEDAR SHAKLEE KAJANG
Saya mula bagi makan vitamin pada anak-anak sejak lebih kurang cecah umur 2 tahun. Sebab masa tu anak-anak dah mula makan macam-macam makanan. Masa tu juga diorang dah berhenti menyusu badan sepenuhnya jadi dia tak dapat perlindungan sistem imun daripada susu ibu lagi dah. Masa umur ni juga anak-anak saya sangat memilih makan, very picky eater! Saya rasa risau sebab pemakanan anak-anak saya tak berapa seimbang dan kadang-kadang tu macam tak cukup je. Tambah-tambah lagi dengan umur yang tengah lasak mengexplore, jangkitan penyakit sangat mudah serang kanak-kanak. Sebab tu saya rasa sangat penting bagi anak makan vitamin, supaya sistem pertahanan badan dia kuat untuk lawan penyakit. Sekurang-kurangnya kalau sakit pun tak lah teruk sangat. Yang penting sekali, bila anak membesar happy dan cerdas, kita mak-mak pun tak susah hati! 
Sekarang ni anak-anak saya makan vitamin minyak ikan Omega Guard Shaklee, Vitamin C Chewable, Meal Shakes dan Lecithin.

Tips Cara Bagi Anak Makan Vitamin Atau Ubat

1. Mulakan secara berperingkat-peringkat dan bagi sikit-sikit.
2. Mulakan dengan vitamin berbentuk cecair. Sebelum anak saya makan vitamin Shaklee, saya introduce pada dia Scotts Emulsion dan juga Appeton with Lysine. Saya campurkan dalam susu, jus ataupun bagi sesudu kecil je. Sekali suap dah habis.
3. Saya pilih vitamin berperisa dan manis. Scotts Emulsion tu perasa orange dan Appeton tu rasanya manis. Jadi memang sedap dan anak saya pun tak susah hati sangat nak makan.
4. Bila anak dah mula terima dan makan vitamin berkenaan dengan mudah, saya introduce pula Omega Guard Shaklee. Mula-mula dia macam tak lalu. Jadi saya picit masuk dalam makanan macam ais krim, atas buah, dalam jus jadi dia tak rasa sangat hanyir ikan tu.
5. Bila dia dah boleh adapt, saya bagi pula terus sebiji untuk dia kunyah. Memang dia takde masalah sebab dia pun dah biasa dengan rasa minyak ikan tu. In fact dia suka pula kunyah-kunyah sebab macam candy agaknya.
6. Lepas tu saya mula introduce Vitamin C Chewable dan juga Meal Shakes. Vitamin C Chewable tu memang rasa sedap jadi anak saya takde masalah nak kunyah-kunyah. Meal Shakes tu pula saya campurkan dalam susu, minum begitu saja, campurkan dengan jus, buat smoothie dan sebagainya.
7. Ibu perlu sabar dan konsisten untuk biasakan anak makan vitamin.
8. Ibu perlu kreatif dengan cara nak bagi anak makan vitamin.
9. Sediakan suasana dan mood yang seronok untuk anak makan vitamin. Ceritakan pada dia nanti makan vitamin badan jadi kuat boleh main bola (contoh la kalau anak suka main bola). Selalu ceritakan hebatnya kebaikan vitamin. Anak-anak kan mudah dipengaruhi hihi 😀
10. Jangan terlalu memaksa anak. Kalau dia betul-betul tak nak, esok cuba lagi. Kalau terlalu memaksa nanti anak rasa tertekan dan akan rebel.
11. Bear in mind untuk certain kid, it takes a long time untuk introduce makanan baru. Jadi bagi masa.
12. Beri reward! Kalau anak berjaya makan vitamin yang dia takut sangat tu, bagi ganjaran pada anak supaya dia rasa bermotivasi untuk makan vitamin setiap hari.
Alhamdulillah sekarang ni anak-anak saya memang suka makan vitamin. Setiap kali waktu makan saya pastikan mesti ada sayur, buah, lauk dan karbohidrat. Saya memang tekankan hidangan seimbang. Tapi yelah kadang-kadang diorang makan sikit sangat, tak suka sayur yang saya masak, tak lalu makan lah especially si kecik tu yang cerewet sangat! Jadi saya lengkapkan dengan vitamin untuk pastikan anak-anak saya dapat zat yang cukup dan seimbang. Ini sangat penting untuk anak-anak membesar sihat dan bijak, InsyaAllah!
Oh tips ni juga sangat sesuai untuk anak yang susah makan ubat!
Ok, jangan lupa cuba tips-tips ni! 😀
Hubungi saya pengedar Shaklee Taman Pelangi Semenyih, Semenyih, Kajang, Beranang, Rinching dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:
HAZRINA NASIR [ID 951651]
Call/ SMS/ Whatsapp: 0192692301
Email: blossomwidad@yahoo.com
Facebook Page: Blossom Widad
COD: Lokasi penghantaran adalah di Tesco Semenyih

*Rencana ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawati, atau mengubati. Anda seharusnya berjumpa dengan pakar perubatan dan kesihatan untuk mendapatkan nasihat perubatan. 
Cara Bagi Anak Makan Omega Guard Shaklee, Minyak Ikan Atau Ubat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge