InsyaAllah tak lama lagi kita akan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan. Tak sabar rasanya nak memanfaatkan bulan puasa nanti dengan sebaiknya. Dah bersedia ke? Kalau ada yang lupa niat puasa tu boleh la hafal semula daripada sekarang. Bagi yang belum habis ganti puasa tu cepat2 ganti! 😀

Hari ni saya nak share tips macam mana kita nak maintain energetic masa bulan puasa nanti. Supaya kebarangkalian nak melepek disiang hari berpuasa tu kurang dan kita masih mampu menjalani aktiviti dengan produktif! 😀

Tips Kekal Cergas Bertenaga Semasa Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Tips No. 1
Ambil Makanan Karbohidrat Berasaskan ‘Slow-Release Carbohydrate’ – Tubuh mendapat tenaga daripada pembekal tenaga utama iaitu karbohidrat. Karbohidrat ditukarkan kepada glukos dan disimpan didalam hati manakala dalam bentuk glikogen didalam otot-otot. Jadi untuk mengelakkan rasa cepat lapar dan kekal bertenaga sepanjang hari, ambil makanan seperti beras perang, oat, barley, roti wholemeal, bijiran, sayuran dan buah-buahan. Makanan sebegini lambat dihadamkan jadi perut tak rasa cepat lapar. 
Tips No. 2
Digalakkan Untuk Melewatkan Sahur – Ianya sunnah di bulan puasa dan kita dapat pahala!
Tips No. 3
Mengambil Lebih Protein Semasa Bersahur Dan Berbuka Puasa – Dalam masa yang sama, tubuh juga mendapat tenaga daripada protein melalui proses pemecahan molekul protein yang kompleks iaitu glukoneogenesis. Tenaga daripada protein akan digunakan bila bekalan tenaga daripada karbohidrat habis digunakan. Protein mengekalkan tenaga berpanjangan dan menghindarkan rasa cepat lapar. Makanan berasaskan protein ialah, ikan, daging, ayam, telur, susu dan sebagainya.
Tips No. 4
Ambil Makanan Yang Cepat Dihadam Semasa Berbuka – Adalah disunatkan berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti kurma. Kurma adalah manisan terbaik untuk berbuka kerana ia mengandungi gula, serat, karbohidrat dan galian yang lengkap untuk tubuh untuk badan cergas bertenaga dengan segera bagi menggantikan tenaga yang hilang masa berpuasa. Kalau takde kurma, boleh makan kuih-muih atau buah-buahan. Kemudian boleh makan bubur, sup, roti putih dan sebagainya. Makanan-makanan ini cepat dihadam dan dapat memberikan tenaga segera untuk kita bersedia menunaikan solat Terawikh dan ibadat di malam hari.
Tips No. 5
Elakkan Meminum Kafein Dan Minuman Karbonat – Kafein dan minuman karbonat menyebabkan tubuh anda lebih kerap mengeluarkan bendalir melalui air kencing dan menyebabkan tubuh kehilangan cecair dengan cepat.
Tips No. 6
Minum Air Yang Mencukupi – Air kosong, susu, air suam ataupun jus buah-buahan adalah pilihan yang terbaik untuk membantu badan kekal cergas bertenaga.
Tips No. 7
Pengambilan Nutrien Yang Tepat – Shaklee mencadangkan pengambilan set vitamin Mighty 3 Gems yang terdiri daripada Energizing Soy Protein ESP, Meal Shakes dan Performance Drink untuk membantu mengekalkan kecergasan semasa di bulan Ramadhan.
Tips No. 8
Menyegerakan Berbuka! – Adalah disunatkan untuk segera berbuka puasa sebaik saja masuk waktu berbuka. Jangan melengahkan waktu berbuka ye!

Kebaikan Dan Kelebihan Set Mighty 3 Gems

Energizing Soy Protein (ESP) – Merupakan asid amino protein yang membantu memastikan fungsi tubuh berfungsi sempurna. Membekalkan tenaga sepanjang siang hari berpuasa. Membantu mengurangkan rasa lapar.
Meal Shakes – Minuman multivitamin yang lengkap dengan vitamin, mineral dan serat untuk menampung kelompongan zat daripada diet harian. Mengganti semula tenaga semasa berpuasa untuk aktiviti ibadat dimalam hari.
Performance Drink – Membantu mengekalkan hidrasi tubuh untuk memastikan fungsi sel berjalan dengan lancar. Mengurangkan kelesuan semasa berpuasa.

Klik sini untuk order segera dan pembelian mudah step-by-step Mighty 3 Gems Set anda!
http://bit.ly/mighty3gemsset

Semoga kita semua dapat mempersiapkan mental dan fizikal dan dapat menyambut bulan puasa dengan kesihatan dan kecergasan yang optimum. Masa bulan puasa ni la kita nak ambil kesempatan beribadat sebanyak-banyaknya memandangkan pahalanya berlipat-lipat kali ganda. Semoga dengan persediaan diri ditahap yang terbaik dapat membantu kita melakukan ibadat sebaik dan sebanyak mungkin semasa bulan puasa nanti, InsyaAllah! 🙂
Hubungi saya pengedar Shaklee Taman Pelangi Semenyih, Semenyih, Kajang, Beranang, Rinching dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

HAZRINA NASIR [ID 951651]
Call/ SMS/ Whatsapp: 0192692301
Facebook Page: Blossom Widad
COD: Lokasi penghantaran adalah di Tesco Semenyih
*Rencana ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawati, atau mengubati. Anda seharusnya berjumpa dengan pakar perubatan dan kesihatan untuk mendapatkan nasihat perubatan.

Tips Kekal Cergas Bertenaga, Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge