Assalamualaikum 🙂
Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bangun bernafas menghirup udara Allah. Masih diberi peluang untuk tunaikan solat Subuh. Masih ada suami tersayang disisi. Masih berpeluang tatap wajah anak2 permata hati yang masih lagi tengah tido. Masih ada mak ayah tempat meluah rasa dan talian hayat bila ada kecemasan, masih cukup makan minum, masih ada rumah tempat berlindung, ada kereta untuk bergerak. Alhamdulillah banyaknya nikmat Allah. Tapi adakah cukup bersyukur?
Tapi kenapa hati masih tak berapa tenang? Kurang berdoa? Rasanya panjang dah doa lepas solat. Sebut satu2, spesifik lagi. Kurang berzikir? Rasanya setiap masa dok beristighfar tambah2 nak mengadap 2 orang kanak2 ribena yang tengah membesar ni sangat perlu ubat hati sentiasa. Kurang mengaji? Rasanya hari2 baca Quran. Don’t know exactly sebab apa. Tapi rasanya tau sebab apa. 
Bila kita ada sesuatu yang diluar kuasa kita dan kita tak dapat nak ubah dan jadikan macam yang kita nak semudah menekan on off switch button, susah hati nak tenang. Susah hanya kalau kurangnya kebergantungan pada Allah. Setiap hari mengingatkan diri ye itu kerja Allah. Tapi hati tetap nak persoalkan kenapa, bila, macam mana, sampai bila, boleh ke? Eh banyak lagi lah. Tanda kurangnya iman dan ketakwaan terhadap Allah. Memang susah, tak semudah melafazkan di mulut. Tak nak cakap susah. Tapi hati tak boleh tipu.
Kadang2 takde apa pun sebenarnya. Tapi kadang2 hati rapuh. Bukannya robot. Manusia kan. Ye tau kena kuat. Ujian Allah tu untuk menguatkan. Eh teringat2 rindu2 sedih2 tu pun ujian jugak tau. Apa ingat sakit pening kesusahan kepayahan tu je ke ujian? Kesenangan tu pun ujian. Cuma bila ujian dari segi kekurangan rasa, harta, fizikal tu lebih mudah la kita nak ingat Allah. Bila senang kita lagi mudah alpa. Tak semua lah begitu..
Janganlah cakap kena la kuat. Sebab kita tak tau pun dah sejauh mana dah level kuat dia dah pernah capai. Jangan cakap kena la sabar. Sebab kita tak tau pun dah sejauk mana level sabar dia dah capai. Jangan cakap kat dia kena positive! Amboi2 senangnya cakap! Eh habis tu nak cakap apa kan? hihi 😛 Kadang2… telinga yang mendengar dengan tekun untuk jadi tempat meluahkan tu adalah sangat2 apa yang diperlukan.
Dia bukan nak nasihat. Dia lebih tahu pun apa dia kena dan perlu buat. Kalau tukar tempat dan letak dalam kasut dia yang menghadapi agaknya kita pun jauh daripada mampu nak hadapi semua tu. Jangan juga cuba mengajar apatah lagi kalau kita tak pernah hadapi benda yang sama. Sebab sebaik kita buka mulut untuk menasihat sebenarnya awal2 lagi dah menunjukkan ketidakfahaman kita. Hanya menambah kecewa dia. Tak payah jadi goody2 sangat. Bukan ego, bukan degil. Cuma kadang2 penat. Yelah kita manusia, bukan malaikat. Nabi Muhammad SAW pun pernah rasa sedih. Apatah lagi manusia biasa ni…
Jadi pendengar yang baik dah cukup. Dengar dengan ikhlas dan hati terbuka. Bukan mendengar untuk mengkritik! Cakap semoga terus sabar ye… atau semoga terus kuat… atau semoga dipermudahkan… cakap dengan intonasi yang betul tau… dan ataupun doakan yang baik2… atau just give a big tight hug! Itupun dah cukup. Yelah hati… semoga menjadi hati yang kuat macam berlian. Bukan macam kaca senang pecah. Semoga hati dapat pegang pada tali Allah. Bukan hanya sekadar dibibir. Mencabar juga ye nak asuh, besar dan kuatkan iman. Semoga menjadi hati yang bertakwa kepada Allah. Boleh melepaskan urusan Allah sepenuhnya kepada Allah dan hanya fokus kepada urusan sendiri yang boleh diusahakan. Barulah boleh jadi insan yang betul2 bersyukur sebab dapat fokus pada banyaknya nikmat yang Allah limpahkan disekeliling. Instead of fokus kepada benda secoet yang takde. Bukan senang ye nak jadi insan yang beriman, bersyukur, bertakwa.
Apa aku membebel ni? Today is 6th Remembrance Day. Dah 6 tahun dah umur A’bid kalau ada. Besar dah. How time flies. Tahun depan patut dah masuk darjah 1. Dah 6 tahun tapi masih belum ada kekuatan untuk berkongsi cerita. Pada lebih kurang waktu ni… pukul 8.30 waktu Jepun… baru je beberapa minit lahirkan A’bid. Kelahiran tanpa tangisan. Dah 6 tahun dah teringin nak catat segala memori yang terakam saat tu sementara masih ingat tapi tak juga tertulis sampai sekarang. Nak tulis untuk ingatan dan kenangan diri sendiri sebab itu antara memori terhebat yang Allah hadiahkan. Berkongsi nafas selama 9 bulan. Bertemu muka untuk 3 hari, takde pun memori gelak ketawa segala. Tapi sampai sekarang sangat terasa kuatnya perasaan kehilangan tu. Hebatnya kuasa kasih sayang. Sungguh powerful. Pelik kan? Nikmat yang Allah cipta. Hanya Allah yang mampu cipta. Semoga terus dapat menikmati rasa ini dengan syukur dan penuh hikmah. Mahalnya syurga Allah tu. Sangat2 mahal! Takpela kita cuba kejar jugak2…
Okay mungkin ini lah sebabnya. Harapnya lebih tenang lepas ni 😀
Al-Fatihah untuk Ahmad ‘Abid Qiwaidir. Allah, tolong sampaikan salam sayang rindu Mama yang sangat2 ye! Thank you Allah 🙂
A’bid’s 6th Remembrance Day 🙂

One thought on “A’bid’s 6th Remembrance Day :)

  • May 19, 2014 at 4:40 PM
    Permalink

    Ina, it’s really hurt.. I know.. walaupun tak merasainya.. tapi sbgai seorang ibu, sy turut merasa sebak baca entry ni.. Moga dia tenang di sana… Moga ada pertemuan lagi dengan dia di sana..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge