Mengikut pengalaman saya sendiri, ibu-ibu yang baru lahirkan bayi selalu saja dinasihatkan untuk bagi bayi minum air kosong. Kononnya baby tu haus kalau tak minum. Ada juga alasan sebab penting untuk cuci mulut baby lepas dia ‘makan’. Selalunya orang tua-tua lah yang akan nasihatkan begini. Siap kena marah lagi kalau tak bagi! Tapi nasib baiklah saya berpeluang mendalami ilmu penyusuan susu ibu terlebih dulu sebelum melahirkan anak-anak saya. Jadi suruhan bagi baby minum air masak memang saya bangkang habis-habisan 😀
Tambah-tambah lagi anak-anak saya kedua-duanya hanya minum susu ibu secara exclusive selama 6 bulan. Jadi tiada keperluan untuk bagi mereka minuman lain selain susu ibu. Kalau bayi yang minum susu formula tu lain lah. Tapi saya tak akan komen atau beri pendapat tentang bayi bawah 6 bulan yang minum susu formula sebab anak-anak saya hanya disusukan dengan susu ibu secara eksklusif 🙂

PENGALAMAN, IBU, LAHIRKAN BAYI, DINASIHATKAN, MINUM AIR KOSONG, HAUS, BAHAYA, ALASAN, RISIKO, CUCI MULUT, MAKAN, ORANG TUA-TUA, MARAH, NASIB BAIKLAH, BERPELUANG MENDALAMI ILMU PENYUSUAN, MELAHIRKAN, BAGI BABY, EXCLUSIVE SELAMA 6 BULAN, KEPERLUAN, MINUMAN, SUSU FORMULA, KOMEN, PENDAPAT, BAWAH, EKSKLUSIF, KESAN NEGATIF, AIR MASAK, MENDATANGKAN KESAN, KESIHATAN, CECAIR LAIN, JUS BUAH, THE, MENINGKATKAN RISIKO KEKURANGAN ZAT MAKANAN, PENYAKIT, JANGKITAN, BERTINDAK MENGHAKIS SALUTAN PELINDUNG PENYAKIT, DIHASILKAN, VEKTOR PEMBAWA KUMAN, TIDAK BERSIH, KERACUNAN, MASIH KECIL, BERUSIA 5 MINGGU, MENCAIRKAN GARAM DALAM DARAH, SUHU BADAN RENDAH, KEMBUNG, SAWAN TARIK, KEGAGALAN PENYUSUAN, AKIBAT, KURANGNYA RANGSANGAN HISAPAN, SUDAH KENYANG, BANYAK, AGEN, PENGEDAR SHAKLEE TAMAN PELANGI SEMENYIH, KAJANG, VITAMIN IBU MENYUSU, VITAMIN IBU HAMIL, DAFTAR AHLI SHAKLEE, BISNES ONLINE DARIPADA RUMAH, BISNES MODAL RENDAH, SUSU IBU
Tidak Kepada Air Masak!

Kesan Negatif Memberi Air Kepada Bayi

Amalan pemberian air kosong ataupun minuman lain kepada bayi kurang usia 6 bulan boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan bayi tersebut kerana:
1) Pemberian air kosong atau cecair lain (jus buah/ air teh dan sebagainya) boleh meningkatkan risiko kekurangan zat makanan kepada bayi.
2) Dapat meningkatkan risiko penyakit dan jangkitan:
– Air akan bertindak menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu,
– Air bertindak sebagai vektor atau pembawa kuman sekiranya tidak bersih.
3) Pemberian air kosong dapat meningkatkan risiko keracunan air berlaku:
– Bagi bayi yang masih kecil misalnya baru berusia 5 minggu, minum air terlalu banyak akan mencairkan garam dalam darah yang menyebabkan suhu badan rendah. Bayi akan menjadi kembung dan juga boleh menyebabkan sawan tarik.
PENGALAMAN, IBU, LAHIRKAN BAYI, DINASIHATKAN, MINUM AIR KOSONG, HAUS, TAK MINUM, ALASAN, CUCI MULUT, MAKAN, ORANG TUA-TUA, MARAH, NASIB BAIKLAH, BERPELUANG MENDALAMI ILMU PENYUSUAN, MELAHIRKAN, BAGI BABY, EXCLUSIVE SELAMA 6 BULAN, KEPERLUAN, MINUMAN, SUSU FORMULA, KOMEN, PENDAPAT, BAWAH, EKSKLUSIF, KESAN NEGATIF, AIR MASAK, MENDATANGKAN KESAN, KESIHATAN, CECAIR LAIN, JUS BUAH, THE, MENINGKATKAN RISIKO KEKURANGAN ZAT MAKANAN, PENYAKIT, JANGKITAN, BERTINDAK MENGHAKIS SALUTAN PELINDUNG PENYAKIT, DIHASILKAN, VEKTOR PEMBAWA KUMAN, TIDAK BERSIH, KERACUNAN, MASIH KECIL, BERUSIA 5 MINGGU, MENCAIRKAN GARAM DALAM DARAH, SUHU BADAN RENDAH, KEMBUNG, SAWAN TARIK, KEGAGALAN PENYUSUAN, AKIBAT, KURANGNYA RANGSANGAN HISAPAN, SUDAH KENYANG, BANYAK, AGEN, PENGEDAR SHAKLEE TAMAN PELANGI SEMENYIH, KAJANG, VITAMIN IBU MENYUSU, VITAMIN IBU HAMIL, DAFTAR AHLI SHAKLEE, BISNES ONLINE DARIPADA RUMAH, BISNES MODAL RENDAH, SUSU IBU
Bayi kembunag boleh menjadi punca colic
4) Pemberian air kosong dapat meningkatkan risiko kegagalan penyusuan:
– Akibat daripada kurangnya rangsangan hisapan oleh bayi kerana bayi sudah kenyang kerana banyak minum air kosong, susu ibu akan berkurangan dengan sendirinya.
Sumber: Olahan daripada pamplet Panduan Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya.

Klik sini untuk membaca, Tips Tambahkan Penghasilan Susu Ibu

Hubungi saya pengedar Shaklee Taman Pelangi Semenyih, Semenyih, Beranang, Kajang, Rinching dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

HAZRINA NASIR
Call/ SMS/ Whatsapp: 0192692301
Email: blossomwidad@yahoo.com
Facebook Page: Blossom Widad
COD: Lokasi penghantaran adalah di Tesco Semenyih

*Rencana ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawati atau mengubati. Anda seharusnya berjumpa dengan pakar perubatan dan kesihatan untuk mendapatkan nasihat perubatan.

Keburukan Air Masak Untuk Bayi Bawah 6 Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge