Pernah tak alami situasi dimana bila nak kuruskan badan ataupun kurangkan berat badan, berat badan akan turun tapi sampai satu masa berat badan tak berganjak dan akan naik balik?
Bila terjadi keadaan macam ni mesti anda rasa produk kurus yang digunakan tu tak berkesan. Mesti ada terfikir macam ni kan?
Seterusnya bila nak cuba beli produk lain pulak, mesti akan membuatkan anda bertanya, “Produk ni kalau kita dah stop makan, berat badan naik semula tak?”.
Sebagai seorang agen Shaklee, ini antara soalan yang paling selalu saya terima bila ada customer yang nak survey ataupun berminat nak beli vitamin untuk bantu pengurangan berat badan 😀
Situasi berat turun naik turun dan naik semula secara berterusan ni dinamakan Diet Yo-Yo.

Apakah Diet Yo-Yo?

Diet Yo-Yo ataupun Yo-Yo Dieting adalah kejadian apabila seseorang yang berusaha untuk menguruskan badan mengalami pengurangan berat badan mendadak diikuti dengan penambahan berat badan, diikuti semula dengan pengurangan berat dan seterusnya kitaran tersebut berulang turun naik seperti yo-yo. Istilah Diet Yo-Yo diperkenalkan oleh Kelly D. Brownell, Ph.D yang merupakan seorang saintis Amerika dan professor yang pakar dalam bidang obesiti dan berat badan di Yale University.
KURUSKAN BADAN, KURANGKAN BERAT, NAIK BALIK, PRODUK KURUS, TAK BERKESAN, AGEN SHAKLEE SEMENYIH, BISNES ONLINE,  SOALAN, SURVEY,  BELI VITAMIN, BERAT TURUN NAIK, DIET YO-YO, YOYO DIETING, KELLY D. BROWNELL, SAINTIS AMERIKA, PROFESSOR PAKAR BIDANG OBESITI BERAT BADAN YALE UNIVERSITY, PUNCA KEJADIAN, AMALAN SALAH, CRASH DIET, MENGELAKKAN MAKAN MAKAN, PENGAMBILAN MAKANAN KARBOHIDRAT, PEMAKANAN SIHAT, SEIMBANG, SENAMAN BERTERUSAN, FOKUS DAPATKAN BERAT IDAMAN, KESAN JANGKA PANJANG, KEKURANGAN NUTRIEN, ZAT PENTING, SEL TUBUH BERFUNGSI, OTOT KEKURANGAN TENAGA, MENGECUT, LESU, MEMBAKAR KALORI, METABOLISME OTOT, KITARAN BERULANG, KESAN, AKIBAT, SEMANGAT, AZAM, FOKUS, IDEAL, PRESTASI KERJA, PRODUKTIVITI TERGANGGU, MEMBAZIRKAN WANG, PELANGSINGAN, MEMINUM AIR, BERDISIPLIN, BERSENAM, POSITIF, METABOLIK,  INSULIN, HORMON SEX ESTROGEN, ABDOMEN, INSULIN RESISTANCE, DIABETES, TEKANAN DARAH TINGGI, SAKIT JANTUNG, BERLAPAR, PELAN PELANGSINGAN CINCH SHAKLEE

Punca Menyebabkan Berat Badan Turun Naik Seperti Yo-Yo

Punca kejadian yo-yo diet adalah kerana amalan diet secara salah seperti ‘Crash Diet’. Diet seperti ini membuatkan seseorang individu cenderung untuk mengambil langkah drastik dengan mengelakkan makan pada waktu makan, mengelak pengambilan makanan berat seperti karbohidrat, makan terlalu sedikit atau sebagainya. Cara diet begini selalunya tidak selamat dan tidak menyihatkan kerana tidak mengambil kira pemakanan yang sihat dan seimbang serta senaman yang berterusan. Individu lebih cenderung dan fokus nak dapatkan berat badan idaman secepat mungkin tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

Apa Yang Terjadi Ketika Diet Yo-Yo?

Apabila seseorang mengamalkan cara berdiet yang salah seperti di atas, menyebabkan tubuh individu tersebut mengalami kekurangan nutrien dan zat yang sangat penting untuk sel-sel tubuh berfungsi secara optimum. Apabila ini terjadi, otot-otot tubuh kekurangan tenaga dan mengecut. Otot-otot menjadi lesu dan tidak berupaya untuk bekerja membakar kalori. Seterusnya menyebabkan metabolisme otot berkurangan. Tindak-balas ini terjadi supaya tenaga hanya dilepaskan sedikit demi sedikit kerana otot perlu dipelihara supaya tidak terus rosak.
Jadi apabila kelesuan yang teruk melanda, menyebabkan individu tersebut cuba makan semula seperti biasa menyebabkan berat badan tiba-tiba naik semula secara mendadak. Sedangkan otot tubuh memerlukan masa untuk kembali pulih dan metabolisme badan pun ambil masa untuk kembali meningkat. Tapi bila berat badan dah kembali naik, anda panik dan cepat-cepat berdiet semula. Begitulah seterusnya kitaran yang sama berulang-ulang!

Kesan Akibat Diet Yo-Yo

Diet Yo-Yo menyebabkan:
1. Anda kehilangan semangat, azam dan fokus untuk terus kekal mencapai berat badan ideal.
2. Prestasi kerja dan produktiviti terganggu akibat kekurangan tenaga untuk bekerja dan berfikir.
3. Membazirkan wang kerana terpaksa berterusan membeli produk pelangsingan sedangkan anda boleh menjimatkan wang kalau diet diamalkan secara sihat dan seimbang disertai dengan amalan meminum air yang mencukupi, berdisiplin, bersenam dan bersikap positif.
4. Kejadian berat badan turun naik secara berulang-ulang juga boleh menjadi punca kepada peningkatan hormon metabolik seperti insulin, dan meningkatkan hormon sex seperti estrogen. Perubahan ini menyebabkan peningkatan berat di bahagian tengah tubuh dan abdomen yang mana mengikut kajian, mempunyai perkaitan dengan insulin resistance, diabetes, tekanan darah tinggi dan sakit jantung!

Cara Mengelakkan Diet Yo-Yo

Untuk mengelakkan kejadian Diet Yo-Yo, anda boleh mengamalkan diet yang sihat tanpa perlu berlapar dengan mengikuti Pelan Pelangsingan Cinch Shaklee yang terdiri daripada 3 langkah penting.

Hubungi saya pengedar Shaklee Taman Pelangi Semenyih, Semenyih, Beranang, Kajang, Rinching dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:
HAZRINA NASIR
Call/ SMS/ Whatsapp: 0192692301
Email: blossomwidad@yahoo.com
Facebook Page: Blossom Widad
COD: Lokasi penghantaran adalah di Tesco Semenyih

 
*Rencana ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawati atau mengubati. Anda seharusnya berjumpa dengan pakar perubatan dan kesihatan untuk mendapatkan nasihat perubatan.
Diet Yo-Yo Menyebabkan Berat Turun Naik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge