Selalu saya kongsi tentang vitamin untuk makan je, hari ni saya nak kongsikan sikit tentang motivasi yang saya dapat daripada rancangan Positif Pagi di TV3 dalam bulan Januari lepas. Vitamin untuk jiwa dan minda pulak πŸ˜€ Jemputan pada hari tu adalah Dr. Azizan Osman seorang usahawan berjaya yang sangat saya kagumi! Apa yang disampaikan beliau bagi saya sangat2 menarik. Perkongsian ni adalah untuk ingatan saya sendiri dan sesiapa saja di luar sana yang nak berjaya.
Saya tulis ni semula ikut ayat saya sendiri sebolehnya tanpa tinggalkan ayat2 penting DAO. Rasa dah macam buat assignment masa belajar dulu pulak πŸ˜€

Kolam Jiwa


DAO, MOTIVASI, POSITIF PAGI, TV3, PERKONGSIAN, VITAMIN MINDA, INDIVIDU, HATI, DALAMAN MENCERMINKAN DIRI LUARAN, BESAR ATAU KECIL, KOLAM JIWA KOTOR, PUNCA KENAPA, AURA, STRESS, ISU, PERTENGKARAN,  SIFAT-SIFAT, BERKUMPUL, KESAN, SEMPIT, PEMARAH, BERSIH, PENUH KELADAK, BERSYUKUR, FOKUS, REZEKI, HEBAT, HIDUP, SUMBANGAN, CAS POSITIF CUCI, NIKMAT, SEBAIK-BAIK MANUSIA, MANFAAT, SENYUMAN, SALAM, MENDOAKAN KESEJAHTERAAN, RAHSIA ORANG KAYA BERJAYA, BERSEDEKAH, TARIKAN MAGNET JIWA, CAS-CAS NEGATIF, BESAR, TENANG, BAHAGIA EMOSI, KEBAIKAN, THE POWER OF GIVING, BERKAT, KEBERKATAN, BERI KASIH SAYANG, GEMBIRAKAN MAK AYAH, NIAT, PRINSIP, SEIMBANG, MENYUMBANG IBU BAPA, HIDUP UNTUK MEMBERI , KUALITI MENINGKAT, JANGAN PERCAYA, TAPI CUBA, MELAKUKAN PENTING BERBANDING BERFIKIR-FIKIR, BUAT TANPA HENTI LAKUKAN TANPA NANTI, AZIZAN OSMAN PAKAR KEUSAHAWANAN PEMASARAN, PENGEDAR SHAKLEE TAMAN PELANGI SEMENYIH, SEMENYIH, BERANANG, KAJANG, RINCHING, SELURUH MALAYSIA
Hidup Untuk Memberi

Setiap individu ada hati. Hati adalah kolam jiwa kita. Keadaan kolam jiwa dalaman mencerminkan bagaimana diri kita luaran. Besar atau kecil kolam jiwa kita tu?

Kolam Jiwa Kotor

Punca kenapa kolam jiwa kotor adalah sebab banyak keladak. Diri kita ada aura. Bila berkeladak ni, ada banyak masalah. Contohnya stress, isu, pertengkaran dan sifat-sifat negatif. Semuanya berkumpul. Keladak ni pun lama-lama jadi banyak. Kesannya, kolam jiwa jadi sempit dan sesak. Kita jadi pemarah, susah nak terima benda positif. Hidup jadi tak bahagia, tak tenang, hidup penuh dengan aura negatif dan makin banyak masalah datang bertimpa2. Sebab aura negatif ni akan menarik lebih banyak cas-cas negatif. Walaupun cas positif ada datang, tapi tak dapat nak bersihkan kolam jiwa tu sebab dah mendap penuh dengan cas negatif. Dia akan melimpah keluar.

Kolam Jiwa Bersih

Jadi macam mana cara nak bersihkan kolam jiwa yang penuh keladak ni?

1) Bersyukur
Bersyukurlah daripada sekecil2 nikmat hingga ke yang besar. Terlalu banyak untuk disyukuri. Bangun pagi syukur Ya Allah aku masih bernafas. Syukur Ya Allah masih dapat tengok suami anak isteri. Syukur Ya Allah aku ada rumah tempat berlindung, makanan untuk isi perut, kereta untuk bergerak dan banyak lagi. Jangan fokus kepada apa yang takde. Jangan hidup untuk complain. Sebaliknya BERSYUKURLAH, ALHAMDULILLAH. Udara yang Allah bagi hirup tu pun rezeki. Hebat mana pun kita tak mampu cipta udara. Tanpa udara kita tak dapat hidup.

2) Banyakkan Memberi (Sumbangan/ Sedekah)

Lebih banyak memberi, lebih banyak cas positif datang cuci. Asas memberi adalah syukur dengan nikmat. Nnt Allah tambah lagi banyak. Sebaik-baik manusia memberi manfaat kepada orang lain. Contoh sumbangan atau sedekah ialah sumbang kasih sayang. Tak semestinya kena ada duit baru boleh bersedekah. Ada orang kata, saya takde duit tak boleh nak buat sumbangan. Senyum pun satu sedekah. Free je! Kita beri senyuman, buat orang rasa gembira. Memberi salam pun satu sedekah. Kita beri salam, dah mendoakan kesejahteraan orang lain.

Rahsia orang kaya yang berjaya salah satunya sebab banyak bersedekah. Hidup ni ada timbal balik. Nak banyak duit, beri banyak duit. Nak gembira, gembirakan orang lain. Lama-lama kolam jiwa akan jadi lebih bersih. Sebab tarikan magnet jiwa menarik lebih banyak cas positif dan bersihkan cas-cas negatif ni keluar. Kolam jiwa lama-lama jadi makin besar dan lapang. Bila kolam jiwa besar, kita akan perasan hidup lebih tenang, kita jadi lebih bersyukur, bahagia secara emosi, secara fizikal rezeki akan jadi banyak membiak2. Setiap kebaikan yang kita buat, kita akan dapat semula 10 kebaikan. Memberi itu misi. Orang akan ingat kebaikan kita. Betapa hebatnya The Power of Giving.

3) Berkat

Salah satu cara nak dapat keberkatan ialah bersedekah. Ibu bapa kita daripada kita kecil hingga ke besar, kerja mereka asyik memberi kepada kita. Tau2 je kita dah besar. Jadi, beri sumbangan pada mak ayah. Beri kasih sayang. Gembirakan mak ayah. Nak tarik kebahagiaan, kena beri kebahagiaan. Stress akan hilang.

Sangat penting bila kita bangun pagi, terus fikir apa yang kita boleh beri hari ni? Lebih berkat sebab awal2 dah niat macam tu. Prinsip memberi ni kena tengok apa kita nak, kalau nak ilmu, beri ilmu, nak duit, bagi duit. Beri harta, perlindungan, pendidikan. Semuanya kena seimbang. Bila tak balance, menyebabkan Allah tarik ke tempat lain. Jadi, selalu2 lah menyumbang kepada ibu bapa.

Kolam Jiwa Besar – Hidup Untuk Memberi

It’s a process. Kita tak nampak sehari dua. Tapi kita akan perasan kualiti hidup makin lama makin meningkat.

Jangan percaya. Tapi cuba.

Melakukan lebih penting berbanding berfikir-fikir.
Buat tanpa henti dan lakukan tanpa nanti.

Hubungi saya pengedar Shaklee Taman Pelangi Semenyih, Semenyih, Beranang, Kajang, Rinching dan Seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut produk vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

HAZRINA NASIR
Call/ SMS/ WhatsApp : 0192692301
Email: blossomwidad@yahoo.com
Facebook Page: Blossom Widad
COD: Lokasi penghantaran adalah di Tesco Semenyih
*Rencana ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawati atau mengubati. Anda seharusnya berjumpa dengan pakar perubatan dan kesihatan untuk mendapatkan nasihat perubatan.
Kolam Jiwa – Hidup Untuk Memberi

One thought on “Kolam Jiwa – Hidup Untuk Memberi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge