Kenapa nak pilih homeschooling sedangkan dah ada banyak sekolah bersepah-sepah di luar sana? Hantar je lah kan senang? Susah-susah je kan nak ajar sendiri ye dak? πŸ™‚ Sekarang ni dah jadi trend ramai parents homeschooling anak masing-masing. Kaum ibu lah yang ramai jadi ‘cikgu’ dirumah.

Ada banyak sebab kenapa ramai ibubapa pilih untuk ‘homeschool’. Termasuklah saya. Paling common kita dengar sebab mak ayah tak puas hati dengan cara pengajaran di tadika ataupun sekolah. Maklumlah kan module pembelajaran di negara kita lebih kepada belajar sebab nak lulus exam ataupun dapat A ataupun dapat 100% dalam semua subjek.

Kenapa pilih untuk homeschool
Kalau anak tak sesuai belajar di sekolah harian biasa, homeschool mungkin pilihan terbaik.

 

Ada banyak lagi sebab lain sebenarnya. Macam saya sendiri tak pernah terfikir pun nak homeschool. Tapi keadaan dan situasi memaksa saya untuk homeschool Ihsan. Saya hantar Ihsan masuk tadika masa umur 2 tahun 8 bulan. Fyi, Ihsan diagnosed as having mild ASD (Autisme). Jadi pakar cadangkan saya masukkan dia ke tadika.

Tujuannya supaya dia boleh tingkatkan lagi kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial. Untuk Mild Autism kid, selalunya memang pakar galakkan diorang bercampur sebanyak boleh dengan normal kids. Kena exposed diorang sebanyak-banyaknya dengan dunia luar supaya dia tak duduk dalam dunia dia saja. Tapi ramai orang tak faham.

 

Susahnya Nak Cari Tadika

 

Puas lah survey sana sini. Bagi saya normal lah untuk anak umur belum cecah pun 3 tahun tak boleh duduk diam. Ihsan bukannya hyper (ADHD) tapi sebab fokus rendah jadi dia agak restless terutamanya di tempat baru. Tapi orang takut nak terima. Diorang fikir kenapa tak hantar ke special school je? Susahnya nak cari tadika je pun.

Tadika murah atau mahal sama saja. Sebenarnya setiap tadika ada ratio untuk terima anak istimewa. Tapi malangnya tak semua tadika terima. Sebabnya cikgu-cikgu tak cukup pengetahuan nak handle anak-anak ni. Ambil kira faktor kos, staff, murid ramai etc. Dan yang utama sekali kurang memahami, kesabaran dan kasih sayang untuk anak istimewa.

Tapi akhirnya saya jumpa 1 tadika ni. Beriya saya pusing semua fasa dalam taman perumahan. Tapi tadika yang paling dekat dengan rumah yang terima Ihsan. In fact masa called principal tu, dia yang yakinkan saya suruh hantar dan cuba dulu. Jadi kita as parents ni rasa welcomed la sikit kan.

Masuk tadika awal
Masa ni umur baru 2 tahun 8 bulan. Lebih kurang baru 1 minggu masuk tadika. Masih ‘baby’ lagi waktu ni.

 

Sepanjang dekat situ overall Alhamdulillah cikgu-cikgu layan dengan penuh sabar dan kasih-sayang. Saya tak nafikan banyak cabaran bagi pihak tadika dan saya sendiri. Tapi we always be opened to each other dan apa-apa kami bincang.Β Ihsan belajar di situ sampai umur 4 tahun setengah lebih kurang.

Awal tahun 2014 saya berhentikan Ihsan. Sebabnya Ihsan semakin besar, dia macam tak enjoy pergi sekolah sebab panas, ramai orang, bising dan takde orang layan. Bagi pihak sekolah pula, students makin bertambah, cikgu-cikgu kurang jadi nak bagi close attention to Ihsan agak mustahil lah.

Jadinya Ihsan selalu diexcluded daripada aktiviti-aktiviti macam hari sukan, graduation day dan macam-macam. Saya faham dilemma pihak tadika. Diorang sayang Ihsan. Tapi saya tak boleh expect lebih daripada kemampuan diorang. Dan saya tahu Ihsan dah tak boleh fit himself there.

 

Homeschool Pilihan Terbaik Buat Masa Ni

 

So setelah difikir masak-masak, saya bagitau principal tadika nak hentikan Ihsan. Diorang tanya juga kenapa dan berat hati nak lepaskan tapi saya rasa ini yang terbaik. Ihsan banyak improvement sejak masuk tadika. And for that, saya bersyukur dan thankful sangat dengan pihak tadika.

Masa hari terakhir saya dengan principal bersembang heart to heart. Saya faham tak mudah nak terima student Autism kalau setting tadika tak menepati keperluan anak berkeperluan khas. Sekarang umur Ihsan dah masuk 5 tahun 8 bulan. Walaupun home-schooled tapi banyak progress Ihsan, Alhamdulillah.

Anak cepat pandai membaca
Umur 5 tahun 8 bulan Ihsan dah boleh membaca BM. Sekarang tengah nak kukuhkan lagi bacaan. Kena banyak latih membaca. Dulu cikgu2 tak yakin Ihsan boleh membaca. Tapi saya ajar kat rumah, boleh aje pun πŸ™‚

Pendapat saya, kalau nak buat homeschooling memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Kesabaran dan minat juga kena seiring. Saya harap saya dapat tumpukan 100% masa di rumah dengan urusan rumahtangga dan mendidik anak-anak. Tapi saya masih ada komitmen lain yang perlu saya fokus juga.

Tak susah pun nak homeschooling, tapi tak mudah juga kalau homeschooling anak istimewa. Dalam masa sama saya bekerja daripada rumah. Namun tak mustahil untuk handle semua kalau pandai seimbangkan. Saya masih berusaha dan terus berusaha.Saya buat ikut kemampuan dan cuba tingkatkan daripada semasa ke semasa.

Option untuk buat homeschooling dah makin common dikalangan ramai orang terutamya parents kepada special needs kid. Ramai orang yang saya kenal berhenti kerja sebab nak ‘ajar’ anak sendiri di rumah. Kemudahan untuk Autism masih sikit dan tak semua tempat ada. Yang ada pun kebanyakannya swasta dan yuran sangat mahal.

So, a mom got to do what a mom got to do. Saya lah Mama, saya lah nurse, saya lah tukang masak, saya lah tukang kebun, saya lah isteri dan saya juga lah cikgu, saya lah therapist dannn banyak lagi. Saya dah jatuh minat dengan homeschooling. Semoga saya terus passionate dan usaha untuk memajukan Ihsan sentiasa mendapat keberkatan πŸ™‚

Kenapa Pilih Homeschooling?
Tagged on:             

2 thoughts on “Kenapa Pilih Homeschooling?

  • March 21, 2016 at 9:02 PM
    Permalink

    Salam, boleh tak kongsikan syllabus yg dia jar kpd anak di Rumah?
    Krn saya pun berminat utk homeschool anak saya yg me puncak masalah sensori dan kurang tikus
    Sekrg anak saya berumur 5 thn

    Reply
    • March 22, 2016 at 5:39 PM
      Permalink

      Salam sis πŸ™‚ Saya mengajar mengikut tahap/ progress anak dan ikut kepada apa target saya terhadap anak. Antara yang saya ajar BM, BI, math, sains, iqra, hafazan Al-Quran, arts, exercise (motor skill & fine motor), sensory integration, life skill, akhlak/ tauhid, ibadah. Saya susunkan dalam jadual. Seminggu setiap subjek tu belajar lebih krg 2 kali. Limit masa lebih kurang 15-1 jam depends kepada kerjasama anak dan keadaan.

      Reply

Leave a Reply to Rashidah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge