Macam mana cara untuk para ibu nak elak rasa marah dan pukul anak? Jeng jeng saya rasa ramai ibu hadapi dilema dan perasaan ni. Anak-anak buat perangai tu biasa lah. Nak-nak pulak kalau anak ramai. Setiap sorang ada macam-macam pe’el. Ada kerenah yang menggelikan hati tapi ada juga yang menguji kesabaran. Kebanyakan mak alami benda yang sama. Tapi apa yang berbeza adalah macam mana kita tangani situasi dan emosi kita and to what extent kita boleh pergi.

 

Cara Elak Pukul Anak
14 Cara Yang Mungkin Boleh Bantu Ibu Daripada Marah Dan Elak Pukul anak

 

Alkisahnya pagi ni terbaca satu luahan sorang ibu ni. Dia minta nasihat macam mana nak buat. Sebab lately dia selalu baran dengan anak dia. Anaknya 2 orang. Sorang baby sorang lagi bawah 5 tahun. Abang kepada baby ni dilempang bagai sebab maknya selalu hilang sabar. Sedangkan apa yang anak dia buat tu bukanlah apa sangat. Sedih membacanya. Ramai yang bagi pendapat, nasihat, teguran dan kata-kata semangat. Termasuklah aiols ni. Tapi saya PM dia saja.

 

Honestly saya rasa the mom really needs help. And she did what she needed to dengan cara seek for advice.

 

Walaupun ada yang marah si emak ni tadi, tapi saya pujilah sikap dia sebab dia berjaya rendahkan ego. Dia tau dia perlukan pertolongan jadi dia berani kongsi masalah dan mengakui kesilapan dia. Itu tandanya dia sayanglah anak-anak dia. Saya faham sangat perasaan si emak ni sebab saya pun pernah rasa marah dan hilang sabar dengan anak-anak. Memang tak best hokeh! Kalaulah ada pill ajaib kita telan je, terus hilang perasaan baran tu kan best?

Tapi berangan je lah. Memang tak ada. So apa nak buat? Bila dah mula rasa asyik nak mengamuk je dengan anak-anak dan tangan tu ringan je nak pukul, boleh cuba try test cara-cara yang saya kongsikan ni. Ada yang memang saya amalkan dan ada yang saya dapat daripada bahan bacaan dan perkongsian orang lain.

 

Cara Elak Rasa Marah Dan Pukul Anak

 

Ada banyak sebab mak-mak ni suka marah-marah lepas tu tangan tu suka je hinggap kat anak. Kadang-kadang kalau dapat kenal pasti a few punca kenapa ibu mudah marah tu lagi senang kita nak cuba atasi.

 

1. Dapatkan Rehat Secukupnya

Kalau dah namanya jadi mak memang kena bekerja 24 jam sehari 7 hari seminggu. Serba-serbi kita nak kena buat. Surirumah ke ibu bekerja ke sama je. Bila penat sangat memang susah nak kawal emosi. Jadi cuba beringat selalu. Kerja memang tak pernah habis, tapi badan perlu rehat. Kalau penat sangat cuba rest sepuas-puasnya. Kalau saya, tidur lah paling best.

 

2. Ambil Masa Bertenang Dengan Ubah Posisi

Baru lepas marah anak? Memang rasa sucks sangat kan πŸ™ It’s ok benda dah lepas. Now move forward! Ubah posisi daripada berdiri kepada duduk. Ataupun daripada duduk kepada baring. Ambil masa untung tenangkan diri. Tinggalkan semua kerja dan anak-anak yang tengah meraung. Cari tempat yang senyap contohnya kunci diri sendiri dalam bilik untuk seketika.

 

3. Ambil Wudhuk Dan Bersolat

Boleh ambil wudhuk ketika marah. Air yang sejuk boleh menyejukkan anggota badan dan meredakan perasaan yang tengah marah. Lepas wudhuk buat solat sunat. Masa solat fikiran lebih fokus dan tenang. Secara tak langsung kita sebenarnya cuba melepaskan tanggungan perasaan kepada Allah semasa berdoa.

 

4. Luang Masa Berkualiti Dengan Anak

Dah tenang? Panggil anak-anak. Peluk dan usap-usap mereka. Sama-sama duduk di tempat lapang. Buat perkara-perkara yang menenangkan contohnya makan makanan favorite macam ais krim ataupun buah. Boleh juga main sama-sama atau tengok kartun di sofa. Ataupun Β boleh baring dan tidur sama-sama. Pendek kata buat perkara yang relax dan menenangkan. Anak-anak ni kadang-kadang nak perhatian, tu je. Bila tak dapat attention sebab tu lah diorang buat perangai.

 

5. Istighfar

Sentiasa basahkan lidah dengan zikir istighfar ataupun lazimi membaca dalam hati sentiasa. Istighfar dapat bantu kita kekal fokus dan tak mudah hanyut dengan permainan emosi. Emosi yang lemah memudahkan lagi syaitan untuk cucuk jarum dan semarakkan lagi api kemarahan. Sekurang-kurangnya istighfar juga ingatkan kita supaya tak bertindak melampaui batas.

 

6. Amalkan Surah Toha Ayat 1 – 5

Saya amalkan baca surah ni setiap hari. Sebelum baca saya niatkan untuk anak-anak semoga dilembutkan hati agar tak jadi anak yang keras hati, degil, malas dan sebagainya. Saya baca juga ayat ini untuk diniatkan kepada diri sendiri supaya menjadi benteng pertahanan diri agar tak mudah diperngaruhi bisikan syaitan dan jadi mudah marah. Malah saya baca juga dan niatkan untuk suami agar jadi bapa dan suami penyayang selalu.

 

7. Amalkan Surah Asy-Syura Ayat 19 Dibaca 19X

Saya amalkan membaca surah ini untuk anak-anak. Tapi sebenarnya elok juga diamalkan untuk diri sendiri dan suami. Apa salahnya selalu berdoa dengan harapan yang baik-baik. Jangan tunggu ada masalah baru nak doa ye tak? Saya baca dengan niat semoga dilembutkan hati dan memohon doa yang saya harapkan bagi setiap orang. Ini supaya hati orang yang didoakan akan menjadi lembut dan berubah sikap kepada yang diharapkan.

 

8. Amalkan Membaca Zikir Ya Latif

Zikir ni bagus untuk melembutkan hati yang keras, merendahkan ego dan dibukakan hati untuk mudah menerima ilmu, rezeki, hidayah, kefahaman, iman dan sebagainya. Boleh amalkan untuk diri sendiri, suami dan anak-anak. Masa anak-anak tidur boleh usap ubun-ubun sambil berzikir.

 

9. Kongsi Perasaan Dengan Suami Ataupun Orang Yang Rapat

Kadang-kadang, ada orang suami tak berapa ambil tahu hal anak-anak. Semua serah kat isteri. Tsk! Seeloknya kena lah sama-sama bekerjasama dan ambil tahu. Suami ni kadang-kadang lupa sebab busy sangat dengan kerja. Jadi cuba lah berbincang baik-baik. Agih-agihkan tugas dan cuba bekerjasama. Kalau tak boleh juga luahkan kepada mak, ayah atau kawan. Mungkin diorang boleh bagi cadangan yang sesuai. Sekurang-kurangnya dapat bercerita je pun dah boleh kurangkan beban dihati.

 

10. Cari Pertolongan Daripada Pihak Tertentu

Memang ada ibu yang stress sampai tahap depressed hinggakan anak-anak jadi mangsa kemarahan. Puncanya mungkin daripada masalah rumahtangga, masalah kewangan, masalah kesihatan, dadah, keganasan rumahtangga dan sebagainya. Untuk elakkan jadi lebih teruk, tolonglah bangkit and seek help! Boleh pergi klinik kesihatan terdekat dan minta refer letter untuk dirujuk kepada pakar psikologi di hospital. Psychologist boleh bantu kita tangani tekanan emosi dan perasaan dan cadangkan tindakan lanjut.

Boleh juga terus hubungi mana-mana pihak ataupun badan berwajib untuk dapatkan pertolongan terutamanya kalau dah melibatkan soal keselamatan. Kadang-kadang orang tak tau kita ada masalah serius jadi macam mana lah bantuan nak sampai kalau kita sendiri tak bertindak.

 

11. Pergi Bercuti

Asyik dengan rutin harian dan pemandangan yang sama tiap-tiap hari, pun boleh jadi letih. Jadi boleh pergi bercuti sekeluarga. Tak semestinya kena makan kos yang tinggi. Pergi dekat-dekat dan murah-murah je pun okay contohnya pergi pantai ke. Perubahan tempat dan suasana sambil makan minum dan buat perkara yang best memang boleh merehatkan minda dan emosi. Bila balik rumah rasa lebih refreshed dan bersemangat untuk sambung rutin harian.

 

12. Buat Jadual Harian

Kita mak-mak ni kadang-kadang memang banyak benda nak kejar setiap hari. Nak buat tu nak buat ni. Kalau ada yang tak siap tu mulakah stress kan. Tapi anak nak perhatian juga. Jadi cuba buat jadual dan patuhi jadual tu. Susun jadual bila nak buat kerja bila nak main dengan anak, bila anak-anak kena tidur dan sebagainya. Luangkan masa berkualiti buat apa anak suka sama-sama. Masa anak-anak nap siang mak boleh curi waktu untuk buat kerja yang tertangguh.

 

13. Selalu Berdoa Sepenuh Hati Dan Menjaga Amalan Rohani

Jangan sesekali lupa untuk berdoa sepenuh hati. Mengadu lah kepada Allah segala kegusaran yang ada. Doa lah dengan spesifik dan minta lah sepenuh hati apa yang kita harapkan untuk diri sendiri, suami dan setiap anak. Pelihara amalan wajib dan amalan rohani lain. Kalau saya, bila sedih sangat saya suka baca Al-Matsurat. Setiap orang ada amalan masing-masing untuk dekatkan diri kepada Allah. Masa beribadat, cuba fokus, tenangkan diri, muhasabah selalu. Yang penting istiqomah.

 

14. Have Fun And Enjoy Life!

Walaupun sibuk uruskan rumahtangga, anak-anak, bisnes ataupun kerjaya, tapi jangan lupa kita juga perlukan masa untuk diri sendiri. Buat perkara-perkara yang kita suka macam hobi berkebun, membaca, bersenam, tengok movie ataupun baking. Nikmati hidup dan luangkan masa dengan orang-orang yang kita sayang seperti keluarga dan kawan-kawan. Take a break sekali sekala memang sangat perlu!

 

Kadang-kadang kita tengok orang marah dan pukul anak kita rasa tak patut dan kesiannn sangat. Kita plak lelebih emo, sedih dan nangis depan laptop. Lap-lap air mata dan hingus bagai. Kadang-kadang bagus juga ada yang share permasalahan macam ni. Secara tak langsung jadi ingatan untuk kita. Bolehlah kita imbas-imbas balik macam mana gaya kita pernah marah anak-anak. Pernah sampai tahap singa lapar? Pernah bertukar jadi serigala jadian? Ada tak rupa macam raksasa gorgon?

Pfft………. m_(-_____-“)_m

Huduh benau kan. Beriya kesian kat anak orang. Agak-agak kesian jugak tak kat anak-anak sendiri? Kalau suruh anak-anak describe agaknya mesti dia cakap kita ni mengerikan.Β Tapi memang ada mak-mak yang tak perrrnah tinggi suara apatah lagi pukul anak-anak. WOW! Memang ada. Ramai. Tabik toing toing! Kita jadikan orang yang ada kesabaran tinggi menggunung ni sebagai idola! πŸ™‚

Perkongsian ini sekadar untuk muhasabah dan ingatan diri-sendiri. Semoga boleh membantu sikit-sikit kalaupun tak banyak, bagi ibu-ibu yang dalam senyap sebenarnya memerlukan pertolongan. Jom tiap-tiap hari bangun pagi perbaharui azam jadi mama, ibu, emak, ummi dan bonda yang sentiasa lemah-lembut dan mengasihi anak-anak. Semoga dengan kesabaran kita melayan sikap anak-anak dengan berhemah, diorang akan membesar sebagai anak soleh solehah yang kaya jiwanya πŸ™‚

 

14 Cara Elak Rasa Marah Dan Pukul Anak Untuk Para Ibu
Tagged on:     

4 thoughts on “14 Cara Elak Rasa Marah Dan Pukul Anak Untuk Para Ibu

  • November 18, 2015 at 12:55 PM
    Permalink

    saya pun slalu pkul anak…time buat keje rumah penat….dia msti amik minyak wangi pastu ckp pedih saya panik takut effect apa2 dia mkn ke apa ke ..umo 2 tahun….saya pkul dia cubit sampai lebam…kadang lempang dia….saya memang panas baran kalo saya penat.semua jadi sekelip mata tanpa kawalan saya….seolah2 syaitan dah menang…saya mmg xprasan kalo marah…kalo saya marah lpas tu bila dia dah nangis smpai xleh nafas bru sya trsedar….sebab tula badan dia kecik xnak membesar….saya betul2 perlukan pertolongan….thanx

    Reply
    • November 20, 2015 at 10:52 AM
      Permalink

      Puan Memey Kia, tahniah sebab puan nak usaha cuba jadi lebih baik πŸ™‚ Puan sebenarnya ibu yang penyayang. Cuma mungkin faktor keadaan yang buat puan kalah dengan emosi. Saya nak ajak puan add saya di fb, Hazrina Nasir. Nanti puan boleh join group fb Mak Tak Marah Anak. Ada macam2 cerita dalam tu. So you are not alone. Boleh berkongsi cerita dan tanya pendapat. Yang mana sesuai boleh cuba buat. Sementara tu saya cadangkan juga puan buat setiap satu tips yang saya share dalam entry ni. Cuba istiqomah. Cari orang terdekat yang boleh dipercayai untuk bercakap2 dan meluah kalau ada masalah. Dan jangan putus2 istighfar walaupun dalam hati. Puan boleh, insyaAllah. Hugs! πŸ™‚

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge