Ok hari ni aiolss kakak surirumah sepenuh masa nak buat review harga barang selepas perlaksanaan GST. Semalam first time membeli-belah barang dapur di Tesco sejak GST bermula 😀 Nak juga mention kan hihi. Kitorang selalu buat grocery shopping di Tesco Semenyih. Ada juga Mydin Semenyih Hypermarket tapi jauh sikit. Kena merentas Pekan Semenyih yang semedang jam tahap hazabedah tu. Pasar basah pun ada di Pekan Semenyih. Tapi asyik pergi Tesco je sebab dekat sangat.

 

Perlaksanaan Cukai GST 6% adakah betul tak mempengaruhi kenaikan harga barang?
Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) 6% yang dikenakan mempengaruhi kenaikan harga barang tak?

 

Kisahnya hari ni saja lah nak buat review sikit berkenaan harga barang. Nak compare sikit. Hari ni kitorang restock barangan dapur yang dah kehabisan. Beli sayur, buah, sos, rempah, kicap, tepung, gula, frozen foods, susu anak, diapers dan banyak lagi. Kebanyakannya barang makanan. Well, macam biasa lah memang barang yang selalu dok guna. Kebetulan pula macam biasa Tesco suka buat promosi barangan tertentu. So ada adalah barang dapat beli murah sikit daripada biasa.

 

Masa bayar pulak ada guna kupon yang dah dapat sebelum tu, dapatlah diskaun sikit. Bila dah bayar check balik dalam resit, jumlah yang dibayar untuk tax GST 6% tak lah banyak. Sebab tak semua jenis barang kena tax pun. Senang cakap macam tak rasa sangat lah bezanya walaupun ada GST (terhad kepada grocery shopping je ok). Tapi apa yang saya nak sebut hmmm memang ada kenaikan harga barang. In fact ada yang dah naik harga sebelum 1 April 2015 hari tu lagi.

 

Contohnya macam susu budak. Ada brand susu yang tukar packaging sebelum 1 April haritu. Kandungan kalau sebelum ni 1 kg tapi sekarang 900 gram. Harga mahal sikit daripada biasa. Maknanya awal-awal lagi pengeluar susu ni dah kira untung rugi diorang lepas pelaksanaan GST. Agaknya sebab diorang tak nak absorb tax tu jadi terpaksa buat macam ni? Rasanya ada lagi yang buat macam ni tapi tak perasan lah produk apa.

 

Selain daripada Tesco hasil pemerhatian kat tempat-tempat lain specifically yang jual makanan, memang ada naik harga. Contoh macam burger ada penambahan harga 30 sen banding sebelum ni. Kaya ball harga lebih 20 sen. Harga kuih dah jadi 4 biji RM2. Rasanya banyak lagi yang naik harga tapi yang saya perasan ni je lah. Alasan diorang sebab kos bahan mentah dah naik jadi terpaksa naikkan harga.

 

Kalau peniaga kecik-kecilan ni sikit sebanyak terkesan juga kot sebab kos bahan mentah naik. Tapi banyak sangat ke naik nya? Entah lah ye. Saya tak nak ulas lebih-lebih. Macam saya cakap awal-awal tadi, nak buat review harga je. Tapi kesimpulannya memang ada lah kenaikan harga. Kalau tambah sana-sini-sinun sikit banyak lah nak kena cover. Tapi the big point here is ramai yang mungkin sebenarnya turut ambil kesempatan kaut untung berlebihan? No? Saya yakin ada.

 

Pengawalan dan penguatkuasaan is the big issue here. Kalau harga naik tapi kualiti dan kuantiti terjaga dan berpadanan no big deal lah kan. Ramai dah yang cakap. So saya mengiyakan saja. Kasi sebat sikit orang-orang yang tamak suka kaut untung berlebihan ni. Bukan isu lama pun. Daripada dulu level kejujuran peniaga di Malaysia (tak semua ya) agak kurang. Tidak menuding kepada sesiapa. Ramai yang jujur. Tapi again ini secara umum saja. Takpelah kita wait and see hari esok-esok macam mana.

 

So apakah pengajarannya? Biasakan beli apa yang memang perlu saja. Boleh pilih brand yang not bad tapi dengan harga lebih murah contoh macam sabun basuh pinggan dan sabun mandi. Asalkan ada buih boleh membersih dengan berkesan ha ok lah tu. Shower gel tu lagi mahal banding sabun buku tau. Boleh beli sabun Popinjay tu confirm jimat wangi pun ye hihihi 😛 Untuk makanan pulak, sebolehnya beli bahan mentah dan masak sendiri. InsyaAllah lebih sedap dan berbaloi. Bersih, suci dan diyakini Halal. Gittew.

 

Kita kena lah membeli secara berjimat cermat ye kengkawan. Supaya tidak berlaku pembaziran. Sikit-sikit pun lama-lama jadi bukit. Mari berazam menjadi surirumah yang bijak dan berhemah. Ok bai.

 

Selepas Perlaksanan GST: Review Harga Barang Oleh Seorang Surirumah
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge