Setiap kali bagi consultation kepada customer, mesti saya akan pesan ‘jangan lupa minum air 3L!’ hihi… Penting sebenarnya minum banyak air tambah-tambah lagi kalau ada makan vitamin.

Berapa Banyak Air Nak Minum Sehari?

Mengikut Institute of Medicine, anggaran kasar yang disarankan bagi seorang lelaki biasa ialah 3L iaitu bersamaan lebih kurang 13 gelas. Untuk perempuan pula lebih kurang 2.2L iaitu bersamaan dengan 9 gelas air. 70% daripada tubuh kita adalah terdiri daripada air. Jadi paras air yang cukup dalam tubuh sangat penting!
Dengan kata lain, bagi setiap berat badan 20kg, kita mesti minum 1L air. Jadi cubalah kira berata berat badan masing-masing. Contohnya kalau 50kg, dah kena minum 2.5L air. Ini adalah sukatan biasa bagi seorang lelaki dan perempuan normal yang sihat dalam keadaan biasa.
minum air 3L, Berapa Banyak,  13L , 3 gelas, 2.2L,  9 gelas, berat badan 20kg, Siapa Perlukan Lebih , Ahli sukan, menggunakan tenaga, mengeluarkan peluh, terdedah panas cahaya matahari, Individu sakit, makan ubat, proses pemulihan, Ibu menyusukan bayi, persekitaran, pemakanan vitamin, diserap, toksin, Kesan Kekurangan, Kehausan melampau, Sakit kepala, Kelesuan, Mulut kering, Kecelaruan fikiran, Kepeningan, risiko batu karang, pergerakan sendi, siapa, demam, pencernaan, sembelit, mencantikkan kulit , keanjalan, berkedut, kering, segar, sel, organ tubuh, melawan jangkitan penyakit, kekejangan otot, oksigen, asid laktik, darah,  warna, kencing, cystitis, bahaya, fungsi, buah pinggang, punca, jerawat, bisul, acne, masalah kulit, water retention, nafas berbau, Water Intoxication, keracunan air, sistem darah, pH, Halusinasi, MuntaH, Loya, Sawan, cara, kematian, bersukat, pengedar shaklee semenyih, jadi ahli
 Setiap 20kg Berat Badan Memerlukan 1L Air

Siapa Perlukan Lebih Air?

Walau bagaimanapun, individu-individu tertentu sangat perlu minum air lebih banyak daripada biasa. Misalnya:
1. Ahli sukan yang banyak menggunakan tenaga dan mengeluarkan peluh
2. Individu yang bekerja di luar pejabat, terdedah kepada panas cahaya matahari
3. Individu yang sakit dan perlu makan ubat untuk proses pemulihan
4. Ibu yang menyusukan bayi
5. Individu yang terdedah kepada persekitaran tercemar seperti asap kenderaan, sinaran UV matahari, haba daripada mesen dan sebagainya.
Termasuklah individu yang mengamalkan pemakanan vitamin. Ini kerana air sangat diperlukan untuk membolehkan vitamin dapat diserap dan boleh berfungsi sengan berkesan dalam tubuh. Dalam masa sama, toksin daripada tubuh dapat disingkirkan daripada badan dengan lancar.

Kesan Kekurangan Air?

Kekurangan air boleh menyebabkan:
1. Kehausan yang melampau
2. Sakit kepala
3. Kelesuan
4. Sensitif atau mudah terusik
5. Kurang membuang air kecil atau tidak membuang air kecil
6. Mulut kering
7. Kecelaruan fikiran
8. Kepeningan

Fungsi Air Dalam Tubuh

Air sangat memainkan peranan penting dalam tubuh antaranya:
1. Mengurangkan risiko batu karang, melancarkan pergerakan sendi dan kurang kebarangkalian untuk mendapat demam.
2. Untuk melancarkan sistem pencernaan dan mengurangkan sembelit.
3. Air mencantikkan kulit dan memberikan keserian kepada wajah. Mengekalkan keanjalan dan elastisiti pada kulit. Air menyingkirkan toksin dan kotoran daripada tubuh. Kekurangan air menyebabkan kulit berkedut, kering dan tidak bermaya.
4. Air memberikan tenaga dan rasa segar sebab sel dan organ tubuh dapat berfungsi dengan baik.
5. Air membantu melawan jangkitan penyakit, membantu proses pemulihan tubuh dan melawan sakit kepala.
6. Kekurangan air meningkatkan kebarangkalian kekejangan otot. Kekurangan oksigen dalam arah menghasilkan asid laktik yang menjadi punca kejang. Air diperlukan untuk membekalkan oksigen kepada tubuh secara berterusan.
7. Untuk mengetahui samada air yang diminum cukup atau tak, boleh periksa warna air kencing samada berwarna cair ataupun keruh pekat. Kalau keruh pekat maknanya masih terdapat sisa buangan dalam pundi kencing yang tak dikeluarkan sepenuhnya yang boleh menyebabkan cystitis dan jangkitan buah pinggang.
8. Air membantu melancarkan sistem perkumuhan dan membantu tubuh membuang bahan buangan. Kekurangan air menyebabkan najis menjadi keras dan menyekat kelancaran pergerakan bahan buangan ke luar tubuh. Ini menyebabkan sembelit berlaku. Sembelit menyebabkan toksin berkumpul dalam darah, dan memberi kesan kepada kulit yang seterusnya boleh menjadi punca jerawat, bisul, acne dan pelbagai masalah kulit.
9. Punca muka bengkak atau sembab apabila bangun daripada tidur boleh berpunca daripada kekurangan minum air. Amalan meminum air pada waktu malam sebelum tidur boleh mengatasi masalah water retention.
10. Kurang minum air menyebabkan bakteria dalam mulut tak dapat dibersihkan dan disingkirkan seterusnya menjadi punca nafas berbau.

Bahaya Minum Air Berlebihan? 

Memang bagus kita minum air secukupnya setiap hari tapi, minum air berlebihan boleh mendatangkan bahaya. Tambah-tambah lagi kalau minum segaligus! Sebab apa? Minum air berlebihan boleh menyebabkan Water Intoxication atau pun keracunan air. Bila terlalu banyak air masuk dalam badan, buah pinggang tak dapat memproses air dengan terlalu cepat untuk keluar daripada badan sebagai bahan perkumuhan. Ini sangat membebankan buah pinggang. Dalam masa yang sama air yang berlebihan akan masuk ke dalam sistem darah, menyebabkan pH, suhu dan sebagainya dalam sistem tubuh terganggu dan organ-organ penting tak dapat berfungsi dengan baik. Seterusnya boleh menyebabkan:
1. Kecelaruan
2. Halusinasi
3. Sakit Kepala
4. Muntah
5. Loya
6. Kurang selera makan
7. Keletihan dan kekejangan
8. Pengsan
9. Sawan
10. Koma dan kematian

Cara Minum Air Yang Terbaik?

Cara yang terbaik untuk minum air ialah sikit-sikit tapi kerap secara bersukat. Contohnya kalau berat badan kita ialah 50kg jadi kita perlu minum sekurang-kurangnya 2.5L air. Jadi boleh bahagikan 2.5L tu kepada 5 bahagian waktu solat (kalau Muslim). Jadi daripada Subuh ke Zohor pastikan minum 500ml air dan begitulah seterusnya sampai cukup 2.5L. Kalau anda rasa sibuk sangat dan tak sempat nak minum air, pastikan diet harian yang anda ambil adalah kaya dengan air contohnya banyakkan buah-buahan, sayur-sayuran, makan makanan berkuah dan sebagainya.
Untuk maklumat lanjut Pengambilan Vitamin Semulajadi dan Pendaftaran Ahli Shaklee:

Hubungi saya sekarang! ^-^
HAZRINA NASIR
Shaklee ID: 951651
Call/ SMS: 0192692301
Email: blossomwidad@yahoo.com
Facebook Page: Blossom Widad

Rencana ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawati, atau mengubati. Anda seharusnya berjumpa dengan pakar perubatan dan kesihatan untuk mendapatkan nasihat perubatan.
Berapa Banyak Air Nak Minum Sehari?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge