Semalam hari Sabtu 18 April 2015 first time kami anak-beranak joined aktiviti formal Pusat Dalam Komuniti (PDK) iaitu Majlis Penghargaan & Anugerah Pelatih Bagi Tahun 2014. Majlis dibuat di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Beranang ataupun nama lainnya Mara Japan Industrial Institute (MJII). Memang dekat je dengan rumah. Mula daripada pukul 8.00 pagi sampai lah pukul 1.00 tengahari.

Majlis PDK di KKTM Beranang
Mama, Ihsan dan Aisyah di Majlis Penghargaan Dan Anugerah Pelatih PDK di KKTM Beranang

 

Pusat Dalam Komuniti (PDK)

 

Fyi, Ihsan attend PDK Semenyih sejak awal tahun lepas. Jadi ini dah masuk tahun ke 2 Ihsan belajar di PDK. PDK ni sebenarnya satu community center untuk anak-anak istimewa berkeperluan khas. Pengurusan PDK ni adalah dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan dapat dana daripada JKM. Cikgu-cikgu yang bekerja menguruskan anak-anak istimewa ni pun sebenarnya adalah volunteer yang diberi elaun bulanan. Dan anak-anak istimewa yang attend PDK ni pun dapat elaun bantuan bulanan khas.

Ada ramai anak istimewa yang attend PDK ni. Masing-masing terdiri daripada pelbagai latar-belakang dan condition. Ada Autisma (ASD), Cerebral Palsy (ASD), Down Syndrom (DS), Global Develpmental Disorder (GDD), lembam dan sebagainya. Saya tak pasti had umur untuk attend PDK ni. Tapi yang saya nampak paling kecil ada yang umur 2 tahun. Dan yang paling besar dah berumur 20 an. Dan Ihsan attend PDK ni pada hari Selasa dan Rabu saja sebab PDK ni kecil tapi pelatih agak ramai.

 

PDK Semenyih
PDK ialah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti

 

Jadi malam sebelum pergi saya buat sikit coklat kek kukus. Sebab untuk sarapan pagil ibubapa dialu-alukan bawa pot luck untuk dimakan beramai-ramai. Dah lama tak buat kek. Nasib baik jadi!

 

Majlis Penghargaan Dan Anugerah Khas Untuk Anak-Anak Istimewa

 

Back to majlis tadi, walaupun Ihsan takde join apa-apa persembahan tapi kami decided nak pergi juga. Lagipun sebab Papa Ihsan salah sorang AJK PDK daripada kalangan ibu bapa. Jadi kita pun nak bagi support lah kan. Dalam masa sama saya pun nak merasai juga dan nak tengok macam mana perjalanan majlis dengan anak-anak istimewa ni. Mula-mula tu rasa macam malas nak pergi pun ye. Dah lah lama kan. Boleh ke Ihsan ni bertahan hihi

Tapi memang betul pun. Pagi tu bila sampai di KKTM, sejam lepas dah makan sarapan apa semua dan majlis pun baru betul-betul nak mula Ihsan dah ajak balik haha! Dah bosan lah tu. Tapi bukan Ihsan je. Ramai je budak-budak lain bila dah bosan masing-masing pun tunjuk macam-macam aksi. Saya ada bawak bekalan buku dan pensel warna tapi tak laku juga. Tapi keadaan terkawal lah dan dia boleh disabarkan. Sebenarnya kita pun nak latih dia dalam majlis sosial macam ni.

Tujuan majlis ni sebenarnya sebagai penghargaan dan anugerah untuk anak-anak istimewa ataupun pelatih PDK ni. Semua yang hadir dapat cenderahati. Yang dah masuk sekolah, diberi sijil dan semalam juga ada pemberian elaun untuk mereka yang hadir. Masa penyampaian anugerah dan sebagainya, pihak jemputan sendiri yang tak kisah nak mendekati anak-anak ni sebab nak hulur sijil dan hadiah masing-masing.

Apa yang seronoknya bila attend majlis yang dikhaskan untuk anak-anak istimewa ni, semua parents dah understood behavior masing-masing. Jadi memang ramai budak yang tak duduk diam, berlari, panjat sana-sini, menangis, berguling. Eh semua ada! Even Ihsan pun asyik lah naik stage sebab dia nak main alat-alat muzik percussion yang dah di set up kat atas stage. Berapa kali hasben kena naik bawa dia turun.

Yang bestnya walaupun macam tu semua orang pun tak kisah. Kita parents pun tak risau, malu, ataupun nak rasa marah. Sebab anak-anak orang lain pun macam tu. Jadi masing-masing memahami keadaan dan suasana tu. Kita jaga anak masing-masing je untuk keselamatan. Tak perlu bimbang apa orang cakap atau anak kita mengganggu orang lain. Tempat pun lapang dan luas. Dekat belakang ada dibentang tikar kalau anak-anak nak bergolek-golek. Protokol memang tak wujud dalam kamus majlis ni 😀

 

Perkongsian Amalan Untuk Ibubapa Daripada Puan Mastura Adik Kepada Prof Muhaya

 

Masa majlis semalam ada ucapan-ucapan daripada para jemputan. Salah sorangnya Pengarah Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor iaitu Puan Mastura. Puan Mastura ni adik kepada Prof Muhaya. MasyaAllah memang hebat adik-beradik. Seronok dengar ucapan Puan Mastura. Banyak intipati berguna dan motivasi yang boleh diambil. Puan Mastura beri kata-kata semangat betapa bertuahnya ibubapa ada ahli syurga didepan mata. Cuma perlu sabar dan jaga ahli-ahli syurga ni.

 

Puan Mastura Pengarah PPPS
Ini Puan Mastura, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Selangor

 

Walaupun tak mudah tapi insyaAllah ada ganjaran yang Allah nak bagi. Kata beliau lagi, jangan rendahkan kuasa doa. Sebagai ibubapa doalah selalu jangan putus-asa dan yakin dengan doa tersebut jangan ragu-ragu dengan kekuasaan Allah yang maha memakbulkan apa saja. Ditengah malam kalau terjaga, jangan lepaskan peluang untuk bertahajud paling malas pun 2 rakaat saja. Hatta kalau malas sekalipun jangan lepaskan peluang untuk angkat tangan dan berdoa.

Last but not least, Puan Mastura bagi tips untuk diamalkan iaitu setiap hari kita solat 5 waktu maknanya kita akan baca Al-Fatihah 17 kali sehari. Sebaiknya hayati dan fahami baca ayat-ayat dalam Al-Fatihah. Dan setiap kali selepas baca ayat ‘iyya kana’budu wa iyya kanasta’in’, jangan lupa niatkan dan doa dalam hati segala apa yang nak dihajatkan. Kemudian teruskan baca Al-Fatihah sampai habis.

 

Beri Peluang Kepada Anak-Anak Istimewa

 

Masa majlis ni semalam, sebenarnya saya rasa terharu bila tengok anak-anak ni semua had so much fun! Mood dan aura kegembiraan tu kita dapat tengok dan rasa dalam majlis tu. Walaupun sebenarnya majlis tu sangatlah simple, dengan bisingnya dan dengan kerenah anak-anak ni memang nampak berterabur. Tapi majlis tetap berjalan dengan tenang dan lancar. Anak-anak bebas nak buat apa saja tanpa sekatan daripada sesiapa. Sesuatu yang anak-anak ni jarang dapat buat kalau di majlis lain.

Semalam ada bacaan doa daripada pelatih lelaki dewasa, persembahan percussion dan persembahan pentomin. Kemampuan anak-anak ni untuk buat persembahan-persembahan tu (dengan bimbingan para cikgu) bagi saya adalah sangat membanggakan. Bukan mudah nak buat diorang patuh dan ikut arahan bila buat sesuatu. Jangan kita compare dengan anak-anak yang normal. Apa yang saya nampak semalam anak-anak ni diberi peluang dan kebolehan mereka diraikan.

 

Persembahan percussion anak istimewa PDK Semenyih
Persembahan Percussion Pelatih PDK Semenyih

Peluang Untuk Ibubapa Berkenalan Dan Bertukar Ilmu

 

Saya pun ambil peluang lah nak beramah-mesra dengan parents lain semalam. Saya dapat tengok betapa sabarnya mak ayah lain layan kerenah anak-anak. Sikit sebanyak saya dapat muhasabah diri. Saya dapat sembang-sembang dengan mak-mak yang tinggal berdekatan dengan rumah. Bila kita bercerita dengan orang yang in the same shoes, kita dapat rasa lebih bersemangat. Banyak input baru yang kita boleh dapat.

Personally saya rasa seronok sangat semalam. Sebab dapat peluang tengok anak-anak berkeperluan khas lain. Yang agresifnya, yang paralyzednya, yang hypernya. Dan seperkara lagi yang saya noticed, anak-anak yang lebih dewasa samada lembam ataupun Down Syndrome tapi sangat lah penyayang dan peramah. Caring sangat selalu tanya pasal adik-adik yang kecik-kecik ni. Jiwa diorang sangat tulus.

Anak-anak macam ni sebenarnya memang boleh pergi jauh kalau diberi peluang. Banyak kelebihan tersendiri melebihi anak normal lain dalam aspek-aspek tertentu. Untuk anak istimewa, parents kena pandai curi kesempatan untuk asah dan feed lagi anak-anak ni ikut kebolehan masing-masing.

 

Dekati Anak Istimewa

 

Orang ramai tahu kewujudan anak istimewa. Tapi jarang orang cuba nak mendekati. Mungkin orang tak tau untuk apa dan macam mana. Anak istimewa ni ada macam-macam kategori. Setiap kategori ada cabaran masing-masing. Golongan istimewa ni sebenarnya masih terpinggir. Kemudahan untuk memenuhi keperluan mereka masih kurang. Apatah lagi kefahaman masyarakat kepada golongan ni.

Saranan saya, cuba-cuba lah mendekati golongan ni. Boleh pergi mana-mana pusat anak istimewa seperti PDK contohnya. Tengok, kenali, fahami dan dekati untuk luangkan masa. Semoga masyarakat kita lebih prihatin, penyayang dan berjiwa kebajikan. Anyway, Alhamdulillah kami sekeluarga memang seronok sangat semalam. Paling best sebab Ihsan dan Aisyah pun happy! 🙂

 

Pusat Dalam Komuniti (PDK): Majlis Penghargaan Dan Anugerah Pelatih Bagi Tahun 2014
Tagged on:         

2 thoughts on “Pusat Dalam Komuniti (PDK): Majlis Penghargaan Dan Anugerah Pelatih Bagi Tahun 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge