Ye bersunat pun ada dapat hadiah tau. Alkisahnya hari Ahad lepas kitorang pergi ke Toys R Us di IOI City Mall, Putrajaya yang besar dan baru tu untuk cari hadiah Ihsan sempena berjaya berkhatan. Petang lepas Asar baru bertolak daripada Semenyih. Tak jauh pun daripada rumah. Untung lah macam ni, bersunat pun boleh dapat present. Nasib baik bersunat tak boleh banyak kali kan 😀

Ihsan berkhatan pada 2 April, awal bulan lepas di Hospital Kajang. Tak sangka pula lepas tu ada dapat hadiah raya daripada Jiddah (MIL saya) dan Tok (Mama saya) Ihsan. Ada juga duit raya dapat daripada kenalan saya. Memandangkan Ihsan memang suka permainan gitar dan kebetulan memang takde lagi gitar di rumah, boleh lah beli.

 

Kedai permainan Toys R Us IOI City Mall, Putrajaya.
Toys R Us IOI City Mall, Putrajaya.

 

Ihsan minat lori tapi takkan asyik nak beli lori je kan. Sebelum ni ada juga pergi Tesco dan nampak permainan gitar. Murah je tak sampai RM20. Tapi tak tahan lama. Daripada pengalaman sebelum ni pernah beberapa kali beli permainan tapi bertahan lah sekejap. Baru beberapa hari dah ada yang tercabut lah patah lah. Kalau satu RM10 tapi kalau dah 10 kali beli total jadi RM100!

Tapi takde satu pun yang bertahan. Jadi baik beli satu yang boleh tahan lama.

 

Syurga Permainan Toys R Us

 

Toys R Us, kita adalah permainan katanya. Tapi memang pun bila kita masuk Toys R Us kita lah permainan mereka. Sebab kita dipermainkan dengan segala makneka toys yang bisa menggoncang jiwa. Bukan budak-budak je yang tak tentu arah. Mama diorang pun hampir-hampir on the loose jugak. Sikit lagi nak merajuk dengan Papa diorang sebab hampir tak dapat beli learning materials hihihi ;P

 

Permainan Hello Kitty
Besarnya kotak permainan Hello Kitty tu separuh badan beliau. Sorry ye Adik next time ok?

 

Asalnya nak beli gitar je. Tapi Si Adik, Aisyah sempat pula buat drama sambar sekotak besar warna pink permainan model playhouse Hello Kitty. Langsung melekat di badan macam kena gam UHU tak boleh lepas lagi dah! Bila cuba ambil dan pujuk letak balik kedengaran lah suara nyaring, menangis sambil hentak-hentak kaki lepas tu lari ambil balik. Amboi boleh tahan hihihi ;P Dah lah apa yang dia nak tu mahal sangat. Nampak pun macam tak berapa kuat. Halus-halus pula tu ada harapan cerah nak hilang.

 

Present gitar permainan untuk anak
Ihsan dah lama minta gitar. Alhamdulillah akhirnya dapat juga. Smart kan? 😀

 

Saya kalau beli mainan ni kena pilih-pilih sikit. Sebolehnya saya nak beli yang tahan lasak, contohnya permainan daripada kayu atau plastik yang kukuh. Takpun beli educational toys boleh guna untuk belajar. Kalau boleh tak nak yang kecil sangat unless dia dah pandai main dengan cermat. Faham-faham lah budak-budak main macam mana. Nanti dikorek-korek, ditarik-tarik, dicabut-cabut. Belum lagi dicampak-campak, diketuk-ketuk, dikepak-kepak dan macam-macam eksperimen lagi.

 

Permainan puzzle bagus untuk perkembangan otak anak
104 Disney’s princesses puzzle. Memang kurang sesuai untuk anak dara umur 2 tahun 7 bulan. Tapi asalkan dia suka, ikutkan je 😀

 

Tapi ast last berjaya pujuk Aisyah ambil puzzle. Itu pun mula-mula salah ambil terbagi yang Mickey Mouse. Member lemahhh je nak pegang pun. Terus tukar dengan Disney’s Princesses wow serta-merta excited pegang tak lepas-lepas. Muka pun manis je dah. Ihsan pun dapat lah gitar warna merah putih dan Mama dapat beli learning material, picture cards yang boleh guna untuk handle speech therapy di rumah. Itu pun mula-mula ambil 3 set. Terpaksa letak 2 set. Hasben suruh survey tempat lain dulu kot lagi murah.

 

Learning materials for Autism kid
Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sangat sesuai untuk guna for speech therapy.

 

Tujuan asalnya nak beli gitar je pun. Tapi lamanya bertapa dalam Toys R Us tu. Letih fikir dan pilih toys apa nak beli phew! Sebelum balik, tapau Big Apple doughnuts sikit. Perut dah laparrr 😀

 

USL Education Syurga Bahan Bantu Mengajar

 

Hari esoknya tu, lepas bawa Ihsan pergi appointment di UKM KL kami singgah di USL Education di Kajang Perdana. Kalau nak tau USL Education ni adalah pusat menjual bahan bantu mengajar. Jadi kat sini ada banyak sangat educational toys yang berasaskan kayu, plastik, bahan-bahan montessori, bahan-bahan terapi untuk special needs kid, alatan dan perabot tadika, alat-alat permainan playground macam slides, monkey bars, sand pits dan banyak lagi lah.

 

USL Education Kajang Perdana
USL Education Kajang Perdana. Besar kedainya.

 

Masa pertama kali sampai sini kami anak-beranak jadi tak keruan. Anak-anak pun macam tak nak balik. Jenuh heret keluar kedai. Masa tu kami beli almari buku, meja dan kerusi untuk bilik belajar budak-budak ni. Ada diskaun masa tu jadi memang berbaloi-baloi sangat. Kali ni pergi kami nak compare harga learning material picture cards tapi rupanya sini tak banyak jual. Jadi yang kitorang tengok di Toys R Us tu memang ok lah, harganya pun murah dan banyak pilihan.

Honestly harga barang-barang di USL Education memang pricey sikit. Tapi kualitinya no doubt memang tahan lasak dan ada banyak sangat pilihan for educational toys daripada kayu dan plastik. Kalau pengusaha tadika ke sesuai lah datang sini boleh beli banyak dan harga boleh borong sikit lah kot. Saya memang suka tempat ni. Recommended juga! Tapi kalau nak pergi kena ada budget lebih sikit ye.

 

Alhamdulillah anak-anak happy dapat toys. Bagi saya toys is investment untuk rangsang otak anak. Jangan sangka permainan adalah tak berguna. Walaupun gitar, boleh tekan-tekan ada bunyi tapi boleh latih anak untuk belajar meniru, berimaginasi dan seterusnya latih kemahiran komunikasi dan sosial especially bagi special needs kid with Autism macam Ihsan ni. InsyaAllah nanti-nanti boleh terjah kedai mainan lagi cari mainan untuk adik pulak dan Mama pun nak juga 😀

 

Cari Hadiah Bersunat Di Toys R Us IOI City Mall, Putrajaya
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge