Saya ni dah lama tak baking kek. Tapi Jumaat lepas saya cuba resepi kek coklat moist kukus yummilicious. Tanpa disangka-sangka menjadi pulak tu, Alhamdulillah! Dah cuba rasa sekali susah pula nak berhenti. Nak makan lagi dan lagi. Kisahnya sejak bermastautin di Malaysia since tahun 2011 saya memang jarang-jarang buat kek. Kalau buat pun mesti bakar dalam oven.

Disebabkan Hari Sabtu lepas ada Majlis Penghargaan Dan Anugerah Pelatih PDK yang Ihsan attend, saya gagah memikirkan sesuatu nak masak. Sebab dalam surat ada cakap ibubapa digalakkan bawa pot luck untuk bersarapan beramai-ramai. Saya fikir nak buat benda yang mudah je, semua orang makan dan yang penting dijamin sedap.

Fikir punya fikir akhirnya decided nak muka kek coklat sebab itu je yang rasa yakin nak buat. Terus lah Google for recipe. Dalam banyak-banyak tu terbekenan dengan resepi Kek Coklat Moist Kukus tak lain tak bukan daripada blog Mama Anas, Chief Ros Jintan Manis di Osaka sana.

 

Resepi Kek Coklat Moist Kukus
Resepi Kek Coklat Moist Kukus

 

Kalau dah Ros punya resepi InsyaAllah confirm sedap. Kalau tak jadi tu sebab salah sendiri lah kot tak reti buat hihihi 😀 Kononnya lepas Asar nak buat. Entah sibuk dengan apa-apa entah sudahnya lepas Isya baru start. Masa buat tu si Abang dah pengsan ketiduran. Si Adik nak juga duduk dengan Mama. Sampai tersengguk-sengguk la menolong dan menunggu.

Rasanya ni kali ke 2 kot buat kek coklat kukus ni. Kukus? Saya memang kurang suka mengukus sebab kena tunggu lama dah tu selalu tak jadi. Memang tak pandai. Dah la kena tunggu lama. Memang tak rajin 😛 Tapi kali ni nak try juga sebab sebenarnya kalau kukus memang lagi sedap. Texture dia lagi lembab, lembut dan sticky gitu. Alhamdulillah la memang jadi dan puas hati sangat.

Next time boleh cuba lagi. Dah yakin nak buat lagi. Sebenarnya depends on resepi juga kot. Tapi resepi ni memang thumbs up! So recommended kalau ada yang nak cuba buat. Confirm tak menyesal. Sebab sedap yummylicious menjilat sudu sampai berkilat! 😀 Untuk malam tu saya buat 2 adunan terus. 1 untuk bawa ke majlis esoknya. 1 untuk makan sendiri.

 

Resepi Kek Coklat Moist Kukus

Sumber: Blog Jintan Manis

 

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

1 cawan serbuk koko

2 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil baking soda

3/4 cawan minyak masak

1 cawan gula

1 cawan air suam

1/2 cawan susu pekat

3 biji telur

beberapa titik esen vanila

 

Topping:

1. 1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila.

2. Guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

 

Cara-cara:

1. Ayak tepung gandum, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.

2. Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

3. Masukkan tepung yang siap diayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula. Masukkan esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. Jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.

4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet. Curahkan adunan ke dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek.

5. Kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit. Sejukkan. Bila dah sejuk, letakkan topping.

 

Yang kelakarnya masa buat kek ni, entah berapa kali tertinggal step. Terpaksa lah gostan balik. Dah siap tuang dalam acuan kek terpaksa pulak tuang balik dalam whisk bowl sebab tertinggal gula. Lepas tu tertinggal minyak. Masa nak masak, acuan ke dua pulak tak muat. Terpaksa letak dalam acuan kecil-kecil. Sudahnya ada macam-macam bentuk.

Punya lah dah jarang buat kek. Kekok pulak rasa. Selalunya buat muffin je senang. Tapi yang penting nasib baik jadi. Yang untuk dibawa ke majlis pun elok aje rupanya. Alhamdulillah. Ada lagi baki 2 ketul dalam peti ais. Dah tinggal sikit makin menjadi rebutan. InsyaAllah nanti nak buat lagi 🙂

 

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Yummylicious, Cuba Sekali Nak Lagi!
Tagged on:

2 thoughts on “Resepi Kek Coklat Moist Kukus Yummylicious, Cuba Sekali Nak Lagi!

Leave a Reply to Hazrina Nasir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge