BISNES SHAKLEE ADALAH MLM!
HAA TERKEJUT? 😀
Ok jom baca lanjut.
Faham tak apa sebenarnya MLM tu? MLM ataupun Multi-Level-Marketing yang mana kalau disebut tak dinafikan ramai betul orang yang ALAH ataupun ALLERGIC! Nak dengar penerangan pun tak nak! Sebab kalau dah terdengar mesti terpengaruh punya! Saya pun sama fikir macam tu juga dulu. Jadi walaupun family saya amalkan vitamin Shaklee sejak dah bertahun-tahun (sejak saya sekolah lagi) tapi baru tahun lepas saya terbuka hati nak berbisnes Shaklee.
Konsep Bisnes MLM Shaklee
Okay mula-mula sekali saya nak bagi 1 contoh. Kita ambil baju lah. Baju dibuat di kilang-kilang. Daripada kilang, baju-baju ni akan dibeli oleh pemborong pada harga borong. Pemborong ni pula akan jual baju-baju ni kepada pengimport daripada pelbagai negara. Contohnya Malaysia, Jepun, Singapura dan lain-lain. Pengimport Malaysia ni pulak bila dah beli baju-baju ni, dia akan jual kepada pemborong-pemborong lain pula. Pemborong-pemborong ni pula akan jual kepada kedai-kedai yang ada order baju ni. Bila dah sampai kedai-kedai, barulah boleh dijual kepada pelanggan pada harga runcit.
BISNES SHAKLEE MLM, MULTILEVEL MARKETING SHAKLEE, KONSEP BISNES MLM SHAKLEE, NETWORK MARKETING SHAKLEE, PEMASARAN RANGKAIAN, SHAKLEE BUKAN SISTEM PIRAMID, NETWORK MARKETING LUASKAN PASARAN PRODUK, SISTEM RANGKAIAN BERPERINGKAT-PERINGKAT, BISNES MLM MENIPU, THE RIGHT LEADER, THE RIGHT GROUP, JADI AHLI SHAKLEE
Pemasaran Rangkaian Bisnes Shaklee
Sepanjang proses yang berlaku tadi, harga modal nak buat baju tersebut mungkin sebenarnya RM10 saja. Tapi disebabkan ianya melalui banyak peringkat, harganya semakin naik sebab setiap pihak akan jual lebih mahal daripada sebelumnya. Of course lah kan sebab nak dapat untung. Sepanjang proses tu jugak syarikat pengeluar baju ni tadi akan buat pengiklanan sebab nak promote. Dia buat iklan kat tv, billboard, pamplet dan banyak lagi. Ni semua memakan kos dan kos ini sebenarnya dah dimasukkan sekali dalam harga jualan baju tadi. Dengan kata lain, pembeli akhir tu secara tak langsung membantu membayar kos untuk pengiklanan. Kita nak beli baju. Bukan nak beli iklan. Kan? 😛
Shaklee Bukan Sistem Piramid
JADI, konsep Shaklee pun lebih kurang macam tu juga. Kalau kita tengok, sistem Shaklee bukanlah piramid. Sebab takde pun kena pasang 2 kaki ke apa ke. Ataupun dengan istilah lain head-hunting. Tak pernah pun saya atau leader dalam group disuruh mencari kaki atau kepala. Apa yang ditekankan adalah buat SALES! Sebab bisnes Shaklee adalah berasaskan sales 😀
BEZAnya Shaklee ni… daripada Shaklee menjual kepada pemborong lah, pengimport lah apa lah… dia terus jual kepada Independent Distributor. Setiap ahli Shaklee berdaftar adalah terikat terus dengan syarikat tanpa orang tengah. Tugas pengedar adalah buat sharing tentang produk dan kenalkan kepada orang lain. Jadi pengedar dah tolong promote kat situ. Daripada Shaklee bayar kat tv untuk pengiklanan baik dia bayar pengedar sebab tolong pasarkan produk dia. Sebab apa? Kalau tengok dalam memberkit Shaklee tu, memang salah satu objektif Shaklee adalah nak bantu lebih ramai orang lain tingkatkan kualiti hidup dengan cara menjana pendapatan.
Rangkaian MLM (MLM Networking) Untuk Luaskan Pasaran Produk
MLM Shaklee tak lebih daripada tujuannya nak luaskan pasaran produk. Kalau anda adalah pengedar Shaklee yang tinggal kat Kedah. Ada customer dari Johor nak beli ESP segera. Nak COD jugak! Macam mana nak hantar? Itulah fungsinya network. Saya perlu ada downlines atau rakan kongsi bisnes di serata tempat. Jadi, kita boleh cakap kat downline yang dok kat Johor, Tijah ada orang nak ESP lah. Saya tak kerugian walaupun customer tu tadi tak beli secara terus daripada saya. Sebab UV jualan tetap masuk ke dalam UV terkumpul berkumpulan. Dalam masa sama saya sebagai upline ataupun leader dapat membantu Tijah ni dapatkan customer. Tijah boleh jual stok ESP dia dan dapat harga runcit lagi. Win-win situation kan? Tijak bantu kembangkan bisnes saya dan saya bantu Tijak dengan memberikan tunjuk-ajar dalam bisnes.
Alah… macam KFC, McDonalds, Bata semua tu. Semua bila bisnes dah makin besar mestilah nak luaskan rangkaian. Jadi kita pun macam tu juga. Bila ada network dan rangkaian, kita ada team work. Boleh bahagi-bahagi tugas. Selaku upline ataupun leader saya boleh sampaikan info kepada direct downline saya. Downline saya boleh sampaikan info kepada downline mereka dan seterusnya. 
Kenapa Perlu Guna Sistem Berperingkat-Peringkat Ataupun Network Marketing?
Kalaulah Shaklee ni bisnesnya 1 peringkat saja. Pengsan lah leader tu tak sempat makan minum. Kalau dia ada 200 anak buah. Setiap anak buah perlu berhubung secara terus dengan leader. Leader terpaksa melayan sms atau mengadap laptop jelah melayan anak buah. Berbanding kalau secara MLM networking, leader mungkin perlu berhubung dengan 10 orang downline dia. Setiap downline pula akn sampaikan maklumat kepada downline mereka masing-masing. Proses tunjuk-ajar ataupun coaching bisnes serta pemantauan juga akan berjadi lebih efektif dan berkesan.
Awas Dengan Bisnes MLM Yang Menipu
Kadang-kadang, bisnes tersebut dah cukup bagus sistemnya. Tetapi ada pula segelintir yang memandai-mandai meng’MLM’kan bisnes tersebut dengan menyuruh downline laburkan duit sebanyak sekian-sekian untuk beli stok. Alasannya nanti downline akan cepat naik pangkat. Ada juga MLM yang sememangnya menindas orang bawah, yang diatas tak perlu bekerja, sistem piramid, mengamalkan head-hunting dan sebagainya. 
Tapi Shaklee tak macam tu. Pokok pangkalnya, pilihlah THE RIGHT LEADER dan THE RIGHT GROUP.

Klik sini untuk membaca, Peluang Menjana Pendapatan Online Dari rumah Dengan Shaklee

Untuk maklumat lanjut Pengambilan Vitamin Semulajadi dan Pendaftaran Ahli Shaklee:

Hubungi saya sekarang! ^-^
HAZRINA NASIR
Shaklee ID: 951651
Call/ SMS: 0192692301
Email: blossomwidad@yahoo.com
Facebook Page: Blossom Widad

Rencana ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawati, atau mengubati. Anda seharusnya berjumpa dengan pakar perubatan dan kesihatan untuk mendapatkan nasihat perubatan.
Konsep Bisnes MLM Shaklee

2 thoughts on “Konsep Bisnes MLM Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge