Macam mana nak kekal istiqomah ataupun maintain konsisten mengajar anak di rumah? Soalan ni sebenarnya kawan saya tanya bulan lepas. Dia cadangkan saya tulis dalam blog. Baru hari ni saya ada keupayaan nak kongsi tentang ni. Punya lah lama nak jawab. Nampak sangat time management saya banyak lagi nak kena baiki. Agaknya kawan saya tu dah tau dah apa nak buat. Tapi takpelah saya share jugak. Apa-apa pun to (you know who you are) sorry lambat! Hihi ๐Ÿ˜€

 

Tips konsisten mengajar anak sendiri di rumah
Ini adalah learning room untuk anak-anak saya. Tapi saya jarang guna bilik ni. Sebab Adik dah pandai memunggah dan minta macam-macam. Nanti apa kerja pun tak jalan kalau belajar kat sini hihi!

 

Ok. Macam biasa saya tak nak cakap susah. Tapi saya tau tak mudah juga nak mengajar anak sendiri di rumah kalau tak kena gayanya. Saya seorang ibu yang homeschool anak lelaki Mild Autism berumur 6 tahun di rumah sejak awal tahun 2014. Saya berhentikan anak daripada tadika sebab persekitaran tadika biasa tak kondusif untuk anak saya. Dan saya juga homeschool anak perempuan normal berumur 3 tahun separuh masa. Sebab Si Adik ni dah masuk playschool.

Samada anak typical ataupun special needs kedua-duanya ada cabarannya masing-masing. Yelah setiap anak tu unik. Pendekatan masing-masing pun perlu berbeza-beza. Tapi honestly at times saya rasa lagi mudah nak ajar Si Abang berbanding dengan Si Adik. Kalau dengan Abang, dia agak lurus dan saya hanya perlu tegas. Tapi dengan Adik memerlukan saya banyak bermain psikologi. Saya perlu bersabar 2 kali ganda dengan Adik haha! Mungkin juga sebab dia kecil lagi.

Perkara paling utama bila mengajar anak-anak of course la apa yang diharapkan ialah anak-anak dapat bagi kerjasama yang baik. Barulah lesson berjalan lancar, kita pun seronok nak mengajar dan anak-anak pun enjoy. Tapi, langit tak selalu cerah ye mak-mak sekalian. Dan tipulah kalau takde sekalipun anak-anak buat perangai. Diorang bukan anak patung ye dak? Tapi mereka sebenarnya anak-anak yang banyak akal, sungguh cerdas lagi cergas.

Ada waktu, saya yang menangis dan merajuk. Kalau boleh rasa nak guling-guling huwarghhh!

Gitu (-___-“)

 

Tips Istiqomah Mengajar Anak Di Rumah

 

Tapi, *pling-pling!* (bunyi magic wand), ada caranya untuk kita terus bermotivasi dan bersemangat waja dalam tugas mendidik anak-anak walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang datang melanda. Kata supermom kan masing-masing. Takkan anak buat perangai sekali dah nak give up. Anak-anak kita memang bijak, tapi kita perlu jadi lagi bijak. Ok?! Ada beberapa tips yang saya lakukan untuk kekal bersemangat dan istiqomah mengajar anak di rumah.

Bila dah dapat rentak, kacang aje nak tackle diorang ni (ecehhh). InsyaAllah ๐Ÿ™‚

 

1. Sediakan Persekitaran Yang Sesuai

Sediakan satu bilik ataupun ruang untuk mengajar anak. Sebolehnya di tempat yang tak terlalu luas, jauh daripada alatan permainan, peralatan elektronik ataupun TV dan jauh daripada katil. Sediakan kerusi dan meja. Untuk anak yang ada masalah fokus, letakkan tempat duduk anak bersebelahan dinding dan jauhkan barangan serta elakkan warna yang boleh menarik perhatian atau ganggu fokus anak.

Kadang-kadang saya mengajar anak dalam learning room macam dalam gambar di atas. Tapi lately saya suka mengajar atas meja jepun dalam bilik tidur sebab lebih senang nak kawal anak-anak hihi

 

2. Sediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Sediakan learning material yang sesuai. Iaitu yang mudah untuk kita guna untuk mengajar dan anak pun mudah nak faham. Sebolehnya gunakan material yang nampak fun dan tak terlalu menggunakan buku sepenuhnya. Untuk kuatkan ingatan dan pemahaman, boleh guna bahan audio dan video, buat games, lukisan dan lain-lain. Ibu perlu kreatif untuk pelbagaikan teknik pengajaran.

 

Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) supaya learning session lebih fun!
Bahan bantu mengajar (BBM). Ada yang boleh dibuat sendiri.

 

3. Sediakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) Ataupun Lesson Plan

Bila mengajar anak di rumah, mesti ada sebab kenapa kan? Kadang-kadang sebab anak lemah dalam subjek tertentu. Jadi, adalah penting sebenarnya sediakan rancangan apa nak ajar anak. Dalam buku tu, tuliskan subjek apa, apa target kita nak capai, langkah-langkah pengajaran untuk capai objektif, bahan apa nak guna dan tempoh pengajaran.

Macam saya simple je saya buat. Saya bahagikan ikut minggu. Dan bila dah cukup sebulan saya tengok target dah tercapai tak. Kalau belum, saya continue lagi dengan penambahbaikan. Kalau siapa kerja cikgu mesti dah biasa buat ni. Tak perlu nak teliti sangat. Asalkan cukup untuk jadikan panduan pun dah ok.

Ada ibu yang tak sediakan lesson plan khusus. Ikut suka saja nak ajar anak apa-apa. Tiada salahnya. Ini mungkin sesuai untuk anak yang tiasa masalah pembelajaran. Saya percaya masing-masing ada tujuan dan objektif nak capai. Kadang-kadang bukan hasil akhir yang kita nak. Tapi proses pembelajaran menyeronokkan dilalui anak-anak tu yang sangat penting.

 

Rancangan pengajaran individu (RPI) bagi setiap subjek untuk anak homeschooling
Untuk setiap subjek yang saya target nak fokus, saya senaraikan apa tajuk-tajuk yang nak diberi penekanan berserta cara nak mengajar.

 

4. Buat Rekod Pencapaian Ataupun Jurnal

Boleh sediakan 1 buku nota dan catatkan semuanya berkaitan homeschooling ataupun pengajaran, Atau combine je dengan nota lesson plan di atas. Dengan adanya rekod, ibu boleh kenal pasti apa kelemahan anak dan cara yang sesuai untuk atasi. Ibu juga boleh tengok sejauh mana anak dah improve hasil usaha keras ibu mengajar selama ni.

Dalam masa sama ibu boleh tengok pencapaian diri sendiri dalam usaha mengajar anak. Ini boleh jadi satu motivasi yang sangat baik.

 

Lesson plan mingguan dan bulanan untuk anak homeschooling
Bila dah tau apa nak diajar, saya susun dalam jadual ikut mingguan dan bulanan. Saya ikut je progress anak. Kalau belum boleh, saya sambung minggu atau bulan seterusnya.

 

5. Keep Motivated!

Ya, motivasi yang berterusan sangat penting untuk pastikan kita keep moving! Salah satu cara nak kekal bersemangat, dekatkan diri dengan kumpulan yang mempunyai minat yang sama. Contohnya join group berkaitan homeschooling, banyakkan membaca bahan-bahan berkaitan, follow laman idea aktiviti untuk anak-anak dan lain-lain. Lebih banyak ilmu yang kita dapat, lebih mudah untuk kita jalankan proses pengajaran.

Selain tu bila berkongsi idea dan cerita dengan ibu lain, masing-masing boleh terinspirasi dan memberi inspirasi antara satu sama lain.

 

6. Sediakan Jadual Waktu Ataupun Routine

Bagi saya jadual adalah perkara paling utama kena buat. Sebab jadual ibarat GPS yang akan pandu kita ke destinasi. Boleh sediakan jadual waktu bila anak-anak nak belajar etc. Ataupun at least sediakan rutin harian. Paling-paling tak, tulis atas kertas nota dan tampal untuk rujukan sekeluarga. Pagi buat apa, tengah hari buat apa dan malam nak buat apa.

Tak perlu detail sangat pun takpe janji ada. Masa flexible dan boleh diubahsuai. Jadi anak-anak dan kita sendiri pun tak lah rasa terikat sangat. Nak buat secara santai pun boleh. Cuma mesti disiplin untuk carry out tugas di waktu tersebut. Bila ada jadual, automatically kita ajar anak berdisiplin dan mematuhi arahan juga.

 

Jadual waktu harian untuk ibu dan anak-anak di rumah
Jadul waktu sangat membantu untuk pastikan rutin harian berjalan lancar di rumah

 

 

7. Kenal Pasti Sikap Anak Dan Pendekatan Yang Sesuai

Setiap anak ada kesitimewaan tersendiri. Jadi ibu kena kenalpasti apa kelebihan dan kelemahan anak. Macam anak saya, Si Abang adalah visual dan auditory learner. Dia mudah ingat dan faham benda yang dilihat dan didengar. Jadi selalunya saya gunakan bahan seperti video, gambar-gambar yang menarik, audio dan bahan-bahan yang saya buat sendiri. Dengan Abang selalunya saya bertegas sebab saya perlu ajar dia untuk stay still dan tingkatkan fokus.

Untuk Adik, dia tak berapa boleh duduk diam lama-lama, cepat bosan, cepat merajuk kalau bertegas dan juga sangat manipulative. Jadi dengan Adik ni saya kena guna kaedah fun learning dan reverse psychology. Contohnya sambil menyanyi dan menari sambil belajar. Disebabkan dia kinesthetic learner (selalu nak bergerak je) so tugasan untuk dia saya bagi sikit-sikit. Buat sikit, main-main kejap then sambung lagi.

 

8. Kaji Sistem Pengajaran Yang Ada Dan Ubahsuai Ikut Kesesuaian Sendiri

Ada banyak sistem pengajaran yang ada. Kalau join group homeschooling, boleh jumpa Quranic home schooling, road schooling, Islamic home schooling, Montessori dan macam-macam lagi. ย Untuk ajar membaca ada macam-macam kaedah. Begitu juga untuk ajar mengaji dan mengira.

Bagi saya setiap sistem ada kelebihan masing-masing. Saya takde guna sistem yang spesifik. Cumanya saya sesuaikan ikut apa yang saya nak fokus pada anak-anak.ย Saya gabungkan Autism intervention, fun learning dan juga kaedah Islamik. Saya juga guna macam-macam keedah untuk ajar sesuatu. Kadang-kadang saya ubahsuai ikut perkembangan dan kesesuaian anak-anak.

 

Jadual waktu homeschooling anak di rumah
Saya buat jadual waktu belajar yang flexible untuk anak. Boleh ubah daripada masa ke semasa. Behavior chart tu therapist yang buatkan untuk Ihsan. Tq teacher!

 

9. Persediaan Sebelum Mulakan Pembelajaran

Kadang-kadang nak ajar anak-anak tapi anak-anak dan ibu sendiri tak cukup ready. Untuk anak-anak pastikan diorang tak mengantuk, cukup makan dan selesa. Untuk ibu pula pastikan mood tengah bagus. Nak mengajar anak perlukan kesabaran yang tinggi. Bila mood anak atau ibu tak ok, anak susah nak bagi kerjasama dan ibu pula susah nak bertoleransi.

Silap-silap anak menangis dan ibu pula naik angin. Jadi pengajaran dah jadi tak seronok. Sebaiknya singkatkan sesi pengajaran dan sambung waktu lain ataupun tangguhkan saja ke waktu lain. Boleh juga ganti sesi berkenaan dengan pendekatan yang lebih menyeronokkan contohnya buat aktiviti fizikal ataupun guna gadget seperti ipad untuk belajar (sekali-sakala apa salahnya kan?).

Sebelum mulakan sesi, boleh buat simple brain exercise, melompat, bermain (buat simple puzzle) dan sebagainya. Lepas tu bolehlah mulakan kelas dengan membaca doa ye.

 

10. Take A Break And Have Fun!

Kadang-kadang ibu terlalu serius dalam menggalas tugas mengajar dah macam cikgu disiplin. Rumah pun dah macam sekolah. Dah lah anak tu penat balik daripada sekolah. Dekat rumah kena hadap teacher Mama pulak. Sadis betul. Jadi ibu-ibu ingatkan diri sendiri jangan terlalu nak kejar kesempurnaan dengan push anak. Jangan juga compare anak-anak antara satu sama lain.

Come on, give them a break! Raikan setiap pencapaian anak-anak samada sikit atau banyak. Anak-anak sesekali perlukan rehat dan motivasi untuk refresh sebelum melompat dengan lebih tinggi. Hargai dan bersyukur dengan setiap kemajuan walaupun kecil. Beri reward kepada anak. Setiap kali berjaya mengajar, ibu jangan lupa reward diri sendiri. Sebab ini pencapaian untuk ibu juga!

 

11. Disiplin

Mengajar anak di rumah perlukan disiplin yang sangat tinggi. Ibu kena patuhi rules, jadual ataupun rutin yang ibu sendiri dah tetapkan. Boleh tambah ilmu pengetahuan dengan banyakkan membaca bahan-bahan yang berkaitan serta perkongsian daripada ibu-ibu lain. Kadang-kadang kita dah lah penat kerja. Balik nak ajar anak lagi. Memang letih. Tapi carilah motivasi secara fizikal dan rohani. Berdoa banyak-banyak untuk diri sendiri dan anak. Bila bersemangat lebih mudah untuk disiplin.

 

12. Tanya Diri ‘Why You Do What You Do’.

Sebaiknya ibu senaraikan sebab-sebab kenapa ibu nak mengajar anak sendiri. Baca setiap kali sebelum mengajar. Bila ada waktu rasa nak give up ataupun down sangat, tanya balik kepada diri sendiri kenapa ibu nak mengajar sendiri anak di rumah? Apa yang ibu harapkan daripada anak? Dan apa yang ibu perlu buat demi anak? Push factor yang kuat dapat bantu ibu untuk terus keep moving.

Last resort kalau mengajar sendiri adalah mustahil bagi ibu, cari jalan untuk source out. Sekurang-kurangnya kebimbangan (concern) terhadap permasalahan anak tak dibiarkan begitu saja. Apa-apapun jangan lupa banyakkan berdoa agar diberi kesabaran yang jitu, kesihatan yang baik, anak-anak terang hati dan dengar cakap serta diberi kemampuan oleh Allah untuk mengajar dengan baik.

 

Mendidik sendiri anak di rumah memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Ibu perlu komited. Sistem yang baik memang boleh bantu ibu berjaya capai objektif yang ditetapkan. Jadi ibu-ibu sekalian, boleh cuba tips-tips di atas. Kalaupun mungkin usaha kita masih putus-putus tapi sekurang-sekurangnya ianya berterusan. Biasalah kita mak-mak pun bukan robot. Ada ups and downs masing-masing. Sikit-sikit tapi konsisten adalah lebih baik daripada tak cuba langsung.

Walaupun dizaman sekarang, nak beri pendidikan pada anak-anak adalah mudah. Ada banyak options. Cari je child enrichment center, hantar saja ke tadika, hire cikgu tuition pun boleh dan lain-lain. Sediakan je ongkosnya. Tapi bagi saya, home is the always the first school and mom is always the first teacher. Jadi saya tak harapkan guru 100%. Especially untuk ibu yang mempunyai anak berkeperluan khas macam saya, homeschooling could be the best option.

 

Ibu adalah guru anak sepanjang hayat!
Moms are life’s best teacher!

 

Saya bukanlah pakar dalam bab mengajar ni. Style saya, redah dan ikut suka hati je. Walaupun Si Abang berbeza dan tak dapat adapt dengan persekitaran pembelajaran normal, tapi dia ada potensi untuk belajar. Alhamdulillah dengan pendekatan yang sesuai, Si Abang dah pandai membaca, mengira, menulis, mengaji dan lain-lain berkat saya mengajar dengan penuh sabar (kadang-kadang hilang sabar juga haha!).

Sekarang ni dah jadi trend ibu mengajar sendiri anak di rumah. Kadang-kadang progress anak lambat, kadang-kadang cepat. Itu biasa. Proses mengajar anak tu sendiri sebenarnya banyak mengajar hati dan naluri seorang ibu. Memang mencabar. Tapi it worth all the struggles bila dapat tengok setiap kemajuan anak. Priceless! Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa kongsikan dengan para ibu yang lain ya.

Lastly, all the best mommies!

Tips Istiqomah Mengajar Anak Di Rumah Untuk Para Ibu
Tagged on:             

14 thoughts on “Tips Istiqomah Mengajar Anak Di Rumah Untuk Para Ibu

  • May 21, 2015 at 9:37 AM
    Permalink

    tips yang sangat berguna. Semoga kita lebih berdisiplin dan istiqomah dalam mendidik anak-anak syurga

    Reply
  • August 17, 2015 at 10:49 PM
    Permalink

    Semoga istiqamah. Dan dipermudahkan urusan untuk mendidik ank anak. Yang penting pembelajaran mestilah dlm suasana yang seronok dan penuh kasih sayang. Semoga berjaya.

    Reply
    • September 9, 2015 at 5:56 PM
      Permalink

      InsyaAllah, semoga saya dapat selalu mendidik anak dengan cara yang menyeronokkan. Terima kasih atas doa dan ingatan ๐Ÿ™‚

      Reply
  • May 4, 2016 at 4:59 AM
    Permalink

    assalamualaikum puan. boleh ke share kan contoh jadual yang puan buat untuk anak dan juga parents. boleh emailkan pada saya.

    Reply
    • May 6, 2016 at 8:40 PM
      Permalink

      Waalaikumussalam puan. Jadual untuk parents seperti dalam gambar dalam entry. Jadual untuk anak-anak saya tak spesifik sangat dan saya ubah-ubah ikut apa nak fokus drpd masa ke semasa. Saya masukkan subjek 3M, arts, akhlak, ibadah, hafazan, lifeskill, motorskill, play therapy. Sehari saya cuba buat 2-3 jam. Kalau tak sempat 1 jam pun kira ok. Jadual semuanya hanya untuk guide saja dan act as reminder. Tp selalunya saya buat ikut mood anak-anak, urgency, bahan2 yang ada, kesempatan masa etc ๐Ÿ˜€

      Reply
  • January 27, 2017 at 9:53 AM
    Permalink

    terima kasih,semoga beri manfaat.

    Reply
  • May 18, 2017 at 9:00 AM
    Permalink

    assalamualaikum,blh tak nk minta jadual mingguan yang terapi buat untuk anak puan?saya pun ada anak asd umur 7 tahun.jadual untuknya tak pernah tersusun dengan baik

    Reply
    • May 21, 2017 at 11:38 AM
      Permalink

      Ya boleh. Saya kongsikan dalam next entry ye. Malam ni atau esok boleh refer entry terbaru. Nanti puan boleh save image.

      Reply

Leave a Reply to sabrina mat daud Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge