Budak-budak harus lah suka sangat playdough. Termasuklah anak-anak saya. Beberapa bulan lepas saya buat homemade playdough yang of course selamat kalau anak-anak termakan atau saja-saja nak makan. Dah tu tahan sangat lama sampai berbulan-bulan! Memang jimat duit sebab tak perlu beli playdough jenama Play-Doh yang mahal tu. Play-Doh tu memang lah best sebab warnanya cantik dan bau pun wangi.

Tapi yang homemade ni pun not bad at all!

 

Resepi homemade playdough
Resepi playdough homemade

 

Saya dulu-dulu tak berapa suka bagi anak main playdough sebab diorang suka makan terutamanya Ihsan. Then Aisyah pun mengikut lah si Abang. Tapi saya pelan-pelan bagi juga. Yelah kesian kan. Lagipun main playdough ni bagus untuk kuatkan otot jari-jemari tangan. Especially untuk Ihsan yang ada fine motor skill issue. Bila main, anak-anak dapat practice penggunaan jari dan bina imaginasi juga serta melatih fokus.

Tapi tu lah kalau guna Play-Doh tu kena duduk sama-sama perati diorang main. Tak boleh nak lepa. Kalau tak mesti ada yang nak merasa. Kebetulan, ada pulak ahli group Fb Autisme Malaysia share resepi homemade playdough ni. Actually banyak je resepi lain siap boleh letak pewangi lah gold dust lah. Tapi saya suka resepi ni sebab senang sangat. Macam biasa, saya memang suka cari resepi yang simple.

So apa lagi, terus lah salin dan buat. First time ok jumpa resepi playdough kena masak ni hihi 😀 Saya buat guna 1 kg tepung. Lepas tu divide kepada 3 warna. Huishhh memang puas hati lah anak-anak main. Texture dia not bad at all! Dan yang paling penting kalau anak-anak makan memang tak risau lah sebab confirm selamat. Lagipun kandungan garam tinggi, bakteria dan kuman pun takut nak membiak kat situ 😛

 

Play-Doh set
Set Play-Doh Candy Jar. Saya ada juga beli set play-doh ni sebab nak guna acuan-acuan yang best tu!

 

Saya beli juga set permainan play-doh ni. Tengok rupa je pun dah menarik tertaik kan. Ada beberapa set acuan berlainan kat rumah. Yang lama ada yang baru ada. Sebab acuannya best! Nak buat sendiri acuan adalah mustahil. Nak tak nak kena beli. Itu yang buat anak-anak ralit main. Kalau guna alatan memasak Mama kuranglah pula feel nya kan. Cuma bila dah habis rosak playdough Play-Doh ni, kita ganti lah dengan yang homemade okeh!

 

Resepi Homemade Playdough

 

Bahan-Bahannya

2 cawan tepung gandum

1 cawan garam

1 sudu besar serbuk cream of tartar

2 sudu besar minyak

2 cawan air

 

Cara-Cara

1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau adunan.

2. Letakkan atas api perlahan.

3. Sentiasa kacau adunan hingga kenyal hampr-hampir macam dodol.

4. Padamkan api dan biarkan sejuk sikit.

5. Bahagikan doh dan uli ikut warna kesukaan.

6. Boleh terus main dan simpan dalam peti ais supaya tahan lama.

 

Yes you read it right! Rahsianya untuk tahan lama ialah simpan dalam fridge! Anak-anak saya main sampai dah jadi 1 warna playdough homemade ni. Setiap kali habis main simpan dalam fridge. Tahan juga lah 3 4 bulan. Diorang main sampaikan playdough tu dah jadi keras dan lerai baru saya buang. Memang berbaloi-baloi. Kalau beli Play-Doh tu sebotol dah berapa kan? Sikit plak tu. Ini guna tepung dengan bahan-bahan lain tu total cost tak sampai RM10!

Mak-mak sekalian, cuba resepi kat atas tu jangan tak cuba. Confirm tak menyesal 😉

Resepi Homemade Playdough Yang Tahan Lama Dan Selamat Untuk Anak
Tagged on:     

6 thoughts on “Resepi Homemade Playdough Yang Tahan Lama Dan Selamat Untuk Anak

Leave a Reply to Hazrina Nasir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge