Mengantuknya mata macam ada batu kat kelopak ni. Rasa nak terlelap sangat2 dah. Tapi kalau boleh nak buat kerja sikit. Tapi kalau dah mengantuk macam ni otak pun boleh beku. Tula usia dah meningkat cepat je mengantuk. Tanda2 penuaan. Elokla tu. Dia suruh tido awal bangun awal banyak2kan tahajud dan amal ibadat. Ingat muda lagi ke wey?!
Hari nak genap hari ke 6 Aisyah admitted kat KPJ Kajang ni. Honestly rasa seronok juga sebab macam berehat2 je kan hahaha! Takyah pikir apa nak masak, nak makan apa. Takyah gaduh2 dengan anak2. Nasib baik la ada medical card insurance kalau tak mimpi la nak dok lama2 kat hospital. Taktau la berapa bil. Tapi takpe Prudential bayar. Dah la siang tadi denfar staff kata dekat staff sorang lagi charge to patient. Haaa setiap alatan yang digunakan sepajang duduk hospital tu daripada sekecik2 hinggalah sebesar2 ada label dia masing2. Bila guna je, label tu dia lekat masuk dalam buku akaun patient. Kira la nanti berapa banyak kena bayar setiap satu. Ngeri kalau kena bayar sendiri. Jadi… bersyukur lah hospital kerajaan charge murah sangat2 sebab kerajaan tanggung. Memanglah servis tak seberapa. Yelah orang ramai staff tak cukup. Tapi tu pun bagus sangat daripada langsung takde kan?
Eh sebenarnya nak cerita… sepanjang dok sini ada nampak Dr Asmunni yang dulu attended Ihsan masa Ihsan admitted lebih setahun lalu. Masa tu dia 2 tahun 8 bulan. Dr ni lah yang cakap dia rasa Ihsan ASD. Once dia cakap tu terus saya cakap memang kami sefamily ada concern pun dah tengah tunggu follow up dengan government hospital. Tapi disebabkan kepastian Dr ni, dia suggest terus diagnose dan buat apa patut tak payah2 tunggu2 lagi dah. Itulah saat permulaan yang pasti kepada perjalanan hidup baru Ihsan. Sesekali ada nampak Dr tu masa ward round daripada jauh. Segan nak tegur. Taktau pun nak cakap apa. Dah la teringat2 tu buat rasa bercampur-baur. Takpelah malas nak going down the memory lane. Kita go forward saja takde rewind2. Aisyah kali ni dengan Dr Meena. 
Anyway Aisyah getting better. Cuma tetiba hari ni boleh plak nak start batuk and berkahak balik. Tadi pagi sedut takde pun. Petang sedut ehh sebanyak2nya plak. Tapi nasib baik dah takde demam2. Cuma sekarang ni nak tengok esok result darah dia ok tak. Result darah hari ni takde sebab darah ambik pagi tadi dah clotted. Cehhh membazir darah je. Dah la free2 kena cucuk lagi kat kaki plak tu. Dr kesian nak cucuk lagi sekali hari ni. Ikut saya tak kisah je sebab nak tau result macam mana. Si kecik tu sakit sekejap je takpe. Hmmm takpelah. Harap esok boleh lah balik. Rasa seronok dok kat sini pun tapi hati tu tetap kat rumah. Seronok sini dapat rehat je. Tapi kat rumah tu kacau-bilau. Tak suka nak harap2kan orang lain. Waktu macam ni kalau husband mempunyai skill mantap urusan rumah tangga memang bonus lah. Oklah nak habiskan baki2 makanan Aisyah. Lepas tu nak buat kerja sikit then tido.
Teringat

2 thoughts on “Teringat

  • October 9, 2013 at 8:13 AM
    Permalink

    sakan sungguh aisyah kasi mama bercuti2 hehe.takpe ina,nikmati percutian percuma mu ini,hihi.
    moga aisyah cepat2 sembuh yer…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge