Alhamdulillah at last urusan pendaftaran sekolah untuk darjah satu tahun 2016 nanti untuk Ihsan dah settled di Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching. Sempat juga rushed ke sekolah sebelum pukul 5 petang. Pagi tadi dah called tanya waktu bila boleh pergi berurusan dengan pejabat. Sempat lah sampai sana dalam pukul 4 lebih. Mak aihhh bisingnya sekolah hahaha!

 

Main rumah-rumah guna cushion sofa
Eh ini bukan sekolah. Ini diorang main rumah-rumah masa dah balik rumah tadi. Kusyen sofa Tok Tokwan jadi mangsa 😀

 

Pergi pejabat submit dokumen dan isi borang-borang. Ada lagi satu borang bawa balik nanti hantar kemudian. Tahun lepas dah daftar online. Tahun ni, masa bulan April lepas saya dah hantar dokumen untuk pendaftaran sekolah ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat.

Disebabkan Ihsan akan masuk kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), jadi prosedur pendaftaran tu lain sikit. Tak sama macam pendaftaran untuk anak-anak normal di kelas perdana. Ingatkan dah hantar ke PPD tu dah settled. Rupanya belum. Lega dapat uruskan hal kemasukan sekolah ni hari ni juga.

Actually sebelum ke sekolah petang tu, hari ni Ihsan ada therapy appointment di UKM KL pukul 2 petang. Jadi hari ni masak awal-awal dan makan siap-siap. Bila Aisyah balik daripada tadika, suap dia makan dulu dan salin baju. Then baru terus keluar. Disebabkan UKM KL tu jauh daripada Semenyih ni dan terletak di tengah-tengah KL tu, pukul 1230 tengahari kitorang dah pecut. Nak merempuh traffic jam di KL yang super sesak tu memang hazabedah!

Dapatlah tengok KLCC. Rasa macam orang kampung keluar bandar pula hihihi 😀 Seronok juga tengok bandar besar. Tapi mungkin sebab faktor umur, rasa lemas dan rimas dengan sesak-sesak ni. Lain lah zaman muda-mudi dulu. KLCC tu lah tempat melepak dan berdating. Itu dulu lah punya cerita ok 😛

Ihsan attend terapi di UKM KL ni untuk tujuan research je. Dan kena attend hanya 12 minggu. Hari ni adalah appointments yang ke 5. Tadi Ihsan OK lah. Cuma therapist comment ‘Kenapa dia aktif semacam sangat dan lately dia tak nak behave?”. Haihlah teacher. We are also cracking our heads to figure out how to tackle his unfavorable manners.

Macam biasa lah Ihsan ni. Perangainya ikut musim. Ada waktu OK. Ada waktu hmm memang sunguh rasa teruji! So tak tau lah nak jawab macam mana tadi. But as for task completion dia boleh buat lah. Therapist cakap juga yang memori Ihsan kuat. Memang saya akui. Dia mudah ingat. Cuma nya yang jadi isu kadang-kadang dia tak nak bagi kerjasama.

Masa Abang dah masuk bilik terapi Aisyah kena tinggal kat luar masin sorang-sorang. Sejak dalam pantang dah biasa kena angkut sana-sini ikut Abang attend therapy appointments yang berderet-deret tak habis-habis. Eh tapi best juga sebab kadang-kadang Adik dapat tumpang main banyakkk toys yang best! Moga Adik membesar sebagai insan berjiwa besar yang sentiasa menyantuni ahli syurga 🙂

 

playhouse.jpg
Bestnya kalau ada sebiji playhouse macam ni kat rumah kan Adik? Tapi celah mana Mama nak letak pun taktau lah.

 

Masa nak balik tak sangka terserempak dengan Kak Put dan of course Lope! Rasa seronok sangat! Sebenarnya dah lama follow blog Mama Lope ni. Tapi as silent reader je lah. Dan memang friend dalam FB tapi jarang sekali bertegur. Bila dapat tengok seorang anak istimewa yang kita ikuti perkembangan dia dari dulu dan dapat tengok dia di tahap sekarang, memang rasa happy sangat.

Walaupun tak sempat sembang lama tapi dapat lah touched tangan Lope. Aunty doakan Lope dikurniakan semangat yang tinggi untuk terus mencipta kemajuan. Lepas habis terapi terus balik menuju ke SK Bandar Rinching untuk daftar sekolah sebelum pergi beli kek.

 

kek_hari_jadi.jpg
2hb Jun haritu birthday Ayah. Tapi Ayah di Langkawi. So kek ni share lah sambut dengan birthday Mama hari ni 15hb Jun. Semoga Mama Ayah dilimpahi rahmat dan kebahagiaan selalu. Amin

 

Sebenarnya hari ni birthday Mama saya. Jadi ada makan-makan sikit. Kitorang beli kek pandan. Kira macam small celebration lah petang tadi. Ada nasi arab Adik saya belanja. Lepas makan duduk-duduk kejap bagi anak-anak main lepas tu terus balik rumah. Kepenatan. Semua tidur awal. Saya je yang terkebil-kebil lagi berjaga semata-mata sebab nak update blog.

Rumusan untuk hari ini. Macam-macam cerita ada. All in one 🙂

Urusan Pendaftaran Sekolah Darjah Satu 2016 Di Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge