Ramai anak-anak yang boleh pegang pensil sendiri tanpa perlu diajar. Tapi ramai juga yang mak ayahnya perlu mengajar anak macam mana cara memegang pensil yang betul. Seterusnya sampailah dia pandai menulis dan melukis sendiri.

Actually isu tak pandai menulis ni bukannya selalu jadi pada special kid saja tapi pada anak normal pun boleh jadi. Setiap anak tu perkembangan dia berbeza-beza dan setiap anak juga unik. Jadi masing-masing ada kelebihan masing-masing. Kadang-kadang ada budak yang lambat sangat pandai menulis.

 

Cara ajar anak pegang pensil dan menulis
Anak belum pandai menulis? Jangan risau. Boleh cuba ajar dan banyakkan latihan.

 

Tapi sepatutnya mak ayah perlu faham, mungkin anak lebih cenderung kepada aktiviti fizikal jadi kurang fokus kepada benda yang dia kurang minat. Ataupun otot tangan lemah sikit. Tak larat nak tulis lama-lama. Mungkin tak perlu sampai tahap kena pergi terapi tapi mak ayah yang memahami boleh bantu untuk latih anak instead of marah kata anak malas belajar dan sebagainya.

Walaupun tak semua tapi kebanyakan anak istimewa Autisma memang ada isu motor halus termasuklah Ihsan. Adik Ihsan si Aisyah naturally boleh pegang pensel dan dah mula menconteng grafitti sejak umur 2 tahun. Tapi dengan Ihsan Mama haruslah ajar beliau from basic. Usaha ni bukan makan masa satu dua hari ataupun sebulan dua. Tapi makan tahun!

Untuk permulaan dulu, saya bagi je dia main conteng-conteng suka hati dia. Dan saya bagi je pen, marker, krayon, kapur dan lain-lain untuk dia berkenal-kenalan dengan alatan menulis tu. Tak kenal maka tak cinta kan. Bila dia dah familiar dengan alatan tu dan kita dah kenal pasti mana yang dia paling selesa nak guna, baru kita move to next step.

Memang bukan satu perjalanan yang straight forward bagi anak yang ada motor skills issue macam Ihsan. Penuh dengan tangisan dan linangan air mata nak belajar menulis. In fact mula-mula dulu Ihsan langsung tak nakkk pegang pensil. Of course lah dia benci. Otot tangan dan jari dia lemah.

Tapi hari ni Ihsan dah pandai menulis dan melukis. Lagi best, dia tak boleh berhenti sebab itu lah hobby dia sekarang. Walaupun cara penulisan dan melukis dia banyak lagi perlu diperbaiki tapi saya nampak dia ada style sendiri. Honestly saya selalu kagum dengan hasil kreativiti dia.

 

Hasil lukisan anak kecil Autisma
Ini sebahagian kecil hasil lukisan Ihsan. Saya kumpul dan pilih-pilih. Mana yang OK saya tampal dalam scrap book. Untuk kenangan. Bukan mudah nak sampai tahap ni tau. Sobs!

 

Cara Mengajar Anak Pegang Pensil Untuk Menulis Dan Melukis

 

So saya share cara saya ajar Ihsan pegang pensil untuk menulis dan melukis. Ada beberapa perkara yang sebenarnya kita kena faham dan bagi perhatian. Cara-cara yang saya kongsikan ni bukan saja specifically untuk Autism kid tapi juga untuk normal kids. Cuma untuk anak normal banyak steps boleh langkau.

 

1. Banyakkan Senaman Tangan (Proprioceptive Pressure Massage)

Untuk anak Autisma, memang ada kecelaruan sistem saraf yang affect keseluruhan sistem tubuh termasuklah tangan yang digunakan untuk menulis. Ini disebabkan oleh kecelaruan integrasi deria ataupun sensory integration dysfunction.

Jadi sebelum aktiviti menulis boleh buat senaman ni pada tangan. Senaman ni bantu rangsang saraf-saraf untuk lebih peka, kuatkan sambungan sendi dan otot dan kurangkan tekanan saraf pada bahagian berkenaan. Proprioceptive pressure massage ni boleh buat pada seluruh bahagian sendi tubuh.

Saya tak jumpa video yang OK. Tapi dalam video ni ada lah tunjuk sikit macam mana cara nak buat prorioceptive deep pressure.

 

2. Banyakkan Buat Aktiviti Menggunakan Jari Dan Tangan

Bagi anak main macam-macam permainan dan aktiviti yang perlu gunakan jari. Contohnya main playdough, guna penyepit baju dan sepitkan di kotak, main puzzle yang ada knob, buat jemput-jemput guna kinetic sand, kutip beras masukkan dalam botol, guna tweezer untuk sepit cotton balls, main koyak-koyak kertas, main theraputty dan sebagainya.

Tunjukkan anak cara buat aktiviti-aktiviti di atas menggunakan 3 jari untuk latih jari anak untuk buat tripod grip masa pegang pensil. Buat juga senaman fizikal melibatkan tangan untuk kuatkan otot tangan contohnya wheelbarrow (berjalan guna tangan), main tumbuk-tumbuk, banyakkan bergayut pada monkey bars dan lain-lain. Jadi tangan tak cepat letih atau penat kalau terpaksa banyak menulis.

 

3. Menconteng Atas Kertas Mahjong Besar Ditampal Pada Dinding Menggunakan Pen Yang Berdiameter Besar

Bagi anak peluang untuk menconteng. Letakkan kertas besar pada dinding dan bagi anak pen yang berdiameter besar supaya dia mudah nak pegang. Guna krayon atau pen marker yang berwarna terang supaya anak mudah nampak hasilnya dan tak mudah give up.

Bila melukis di dinding, lebih mudah berbanding melukis atas meja sebab tak banyak otot yang perlu fokus. Suruh anak sambungkan titik, turisan, tiru dan lukis bentuk-bentuk asas macam bulatan, segitiga, bujur dan sebagainya. Buat juga latihan garis lurus ke bawah, ke tepi dan garisan berombak serta zigzag.

 

4. Sediakan Tempat Dan Posisi Yang Betul Serta Alat Bantuan Menulis Seperti Pemberat Dan Qalamiy

Masa anak menulis di dinding, pastikan tangan dia tak terangkat tapi terletak pada kertas. Boleh guna pemberat dan letak pada pergelangan tangan untuk bagi tangan anak steady. Dulu saya cuma guna napkin dan ikat botol bedak pada tangan Ihsan hihi. Lepas tu boleh latih menulis atas kertas besar yang dihampar atas lantai.

Bila anak dah mula boleh bagi kerjasama nak pegang pensel, boleh mula latih menulis atas meja.  Kalau menulis di atas meja pula, pastikan dua-dua belah tangan terletak atas meja dan tangan yang menulis juga tak terangkat daripada atas kertas. Boleh guna alat genggaman pensil seperti Qalamiy untuk latih anak pegang pensel yang betul. Atau boleh juga guna pensel yang berdiameter besar dan berbentuk segitiga.

 

4. Sediakan Material, Ruang Dan Peluang Untuk Anak Bebas Berlatih

Saya memang selalu bagi dia marker untuk lukis atas whiteboard. Ada 2 boards yang memang selalunya dia je yang conquer. Tujuannya sebab saya tengok dia enjoy dan tenang bila melukis. Dia boleh fokus lamaa. Dan saya pun nak bagi dia practise selalu. Memang banyak marker pen dalam rumah ni sebab asyik kena beli je hahaha! Dia pula bila dah guna tak nak tutup hukhuk!

Saya sediakan juga used A4 papers untuk dia menconteng-conteng, juga buku mewarna dan buku pra-penulisan. Tapi selalu juga kertas A4 baru saya yang jadi mangsa. Habis kertas Mama! Saya belikan krayon berdiameter kecil dan pensil warna juga bila dia dah boleh pegang pensil dengan betul.

Dia bebas nak lukis bila-bila masa dia suka. Masa mula-mula dulu entah apa-apa yang dilukisnya. Memang conteng-conteng je. Dan dia lebih suka conteng diri sendiri berbanding atas kertas. Daripada muka sampailah ke kaki. Kadang-kadang bukan kaler pun tapi dok kikis krayon dengan kuku atau tekan-tekan kaler sampai rosak.

Tapi nasib baiklah Ihsan ni perangainya tak berapa minat nak buat grafitti atas dinding atau lantai. Kalau tak habis lahhh. So, beri material ikut peringkat kemajuan anak.

 

5. Banyakkan Latihan Menggunakan Water Color

Honestly saya jarang guna cara ni. Sebab Ihsan pantang nampak air mesti nak tumpahkan dan dia ada sensory issue so tak suka basah-basah. Tapi sekarang dia dah OK so boleh lah nak bagi main water color kerap sikit. Untuk permulaan, guna je jari. Main cop-cop dan sebagainya. Memang lah comot. Tapi nak anak pandai kan kan? 😉

Lepas tu boleh guna berus lukisan yang besar. Latih anak lukis bentuk-bentuk asas dan mewarna. Ini boleh kuatkan pergelangan tangan. Bagus juga untuk latih anak kembangkan imaginasi.

Bila melukis ni, kadang-kadang imaginasi anak Autisma ni terhad. Jadi kita kena rajin-rajin main sama-sama. Demo dan tunjuk pada dia sambil-sambil bercerita. Suruh dia tiru dan dalam masa sama kita prompt dia untuk lukis sendiri benda-benda lain.

 

6. Beri Sokongan (Support) Supaya Anak Lebih Yakin

Masa mula-mula dulu memang saya terpaksa berkeras nak mengajar Ihsan menulis. Nampak pensil je dia dah mengamuk. Memang stress sangat dulu huhu. Sebenarnya waktu tu saya pun belum pandai nak mengajar so main redah je. Tapi lama-lama Ihsan terpaksa akur. Bila dah boleh pegang tapi dia tak pegang dengan cara betul pun. Dan tulisan dia sangat lah fine. Tak nampak apa dia tulis. Memang tangan lemah.

Jadi untuk tak nak bagi dia pun stress sangat, bila menulis saya support dengan pegang tangan dia sama-sama. Supaya dia rasa lebih yakin dan genggaman tangan dia lebih kuat. Saya guide gerakan tangan dia. Sampailah lama-lama bila dia makin stabil, saya cuma pegang saja just for his confidence. Lepas tu perlahan-lahan saya lepaskan tanpa dia sedar (sebab tengah fokus melukis kan hihi) sampailah sekarang dah tak payah pegang.

Masa dia dah mula berlatih menulis guna pensil, dalam masa sama saya masih buat tips nombor 1 hingga nombor 5 di atas secara berterusan.

 

Menulis ni sebenarnya tough bagi anak-anak yang baru nak belajar. Banyak otot nak guna bukan saja tangan tapi tengkuk, lengan, postur badan nak kena betul. Dalam masa sama perlukan koordinasi mata dan tangan yang baik. Semua ni perlu seiring.

Macam anak Autisma contohnya mana dengan sensory issue lagi tak selesa nak pegang material, dengan tak boleh fokusnya, pendengaran dan penglihatan yang hyper-sensitive ataupun hypo-sensitive yang menggangu dia untuk concentrate. Eh macam-macam lah! Dah nak terus suruh pegang pensel menulis? Hoih!

Jadi memang parents kena sabar kalau nak mengajar anak. Ikut perkembangan anak secara berperingkat bermula daripada yang paling asas. Dah pandai sikit tingkatkan cabaran task tu. Boleh bertegas tapi berpada-pada ikut kemampuan anak. It could be a very slow process. Tapi takpe, banyakkan bagi latihan secara konsisten serta berterusan. Tak perlu terkejar-kejar dan membanding-banding dengan anak-anak yang lain.

Memanglah zaman sekarang ni umur 3 tahun pun budak-budak dah masuk tadika. Umur 4 tahun dah kena mula belajar menulis A B C. Sadis betul dengan nasib kanak-kanak sekarang yang tertekan dengan zaman yang makin kiasu ni. Sepatutnya umur macam ni perlu fokus kepada pembinaan peribadi dan pembangunan diri. Kena main banyak-banyak melasak dan beraktiviti. Tapi tulah…

Anyway, kat rumah galakkan anak enjoy aktiviti dalam bentuk yang menyeronokkan. Takdelah anak pun stress asyik kena paksa pegang pensil dan buku je macam di tadika. Guna kaedah yang anak rasa seperti bermain tapi sebenarnya dia tengah belajar. Anak tulis tak cantik takpe. Jangan terlalu fokus kepada kesempurnaan tapi celebrate setiap tiny achievement! Next time saya kongsikan apa lagi aktiviti-aktiviti yang saya buat untuk practise menulis ni.

Semoga bermanfaat 🙂

Cara Saya Mengajar Anak Memegang Pensil, Seterusnya Pandai Menulis Dan Melukis
Tagged on:             

15 thoughts on “Cara Saya Mengajar Anak Memegang Pensil, Seterusnya Pandai Menulis Dan Melukis

  • February 11, 2016 at 4:02 PM
    Permalink

    Assalamualaikum…Kak Hazrina,tq yer sy pon tercari-cari solutions utk ank sy…. Slps bc article akk br lega sikit hati ni … Ank lelaki sy msk 4thn thn ni… Tp masih blm brp pandai nk memegang pensil,menulis,melukis…. Tq ye sy share tips akk…

    Reply
    • February 13, 2016 at 1:24 AM
      Permalink

      Waalaikumussalam Siti. Alhamdulillah. Semoga dapat membantu. Anak baru 4 tahun kan. Bagi anak masa untuk develop daripada asas bermula dengan gross motor skill. Nanti dia dah ready insyaAllah boleh fokus kepada fine motor skill pulak 🙂

      Reply
  • March 24, 2016 at 10:43 PM
    Permalink

    Terima kasih kak hazrina….tdi sy rasa down sgt bila cikgu tadika anak (aisyah 4 tahun) bgtau aisyah xnak mnulis d skolah..dh tanya dgn aisyah..dia bgtau dia x tau nak mnulis….rasa lbih bersemangat nak ajar aisyah..

    Reply
    • March 27, 2016 at 4:04 PM
      Permalink

      Sama2. Semoga dapat membantu. Menulis ni kemahiran tinggi. Beri anak masa sebab setiap anak perkembangannya berbeza2. Tips untuk anak umur 4 tahun boleh dilatih dengan cara fun learning (banyakkan hands on skill activity/ worksheet yang fun macam tracing, connect the dots dll) dan bukannya terlalu academically/ konventional 🙂

      Reply
  • Pingback: Bila Mak Pergi Tadika Untuk Tengok Report Card Anak | HazrinaNasir.Com

  • January 31, 2017 at 5:30 PM
    Permalink

    tq..saya nk try cara puan…

    Reply
  • February 4, 2017 at 11:12 PM
    Permalink

    Terima kasih puan atas perkongsian yg sgt bermanfaat bg sy.. Puan seorg ibu yg sgt tabah..Anak sulung sy 6thn perempuan.. Mula tadika 5 thn.. Masih belum boleh menulis dgn baik.. Setiap kali parents meet mesti cikgu ckp dia tak suka dan tak fokus masa belajar menulis.. Membaca dan mengaji sudah fasih.. Hati sy sering risaukan dia.. Thn 2018 darjah 1.. Harap sy setabah puan utk bantu ank belajar menulis

    Reply
    • February 8, 2017 at 8:48 PM
      Permalink

      Sama-sama. Moga perkongsian saya bermanfaat. InsyaAllah moga anak puan pun makin progress. Kadang-kadang anak-anak ni bukan tak boleh. Tapi ada pace nya masing-masing. Puan teruskan bagi masa dan galakan. Boleh cuba guna kaedah yang lebih fun.

      Reply
  • May 23, 2017 at 10:16 PM
    Permalink

    Assalamu’alaikum Kak Hazrina, saya Shinta dari Indonesia. Tak sengaja membaca tulisan kakak tentang cara mengajar anak pegang alat tulis.
    Anak saya, a boy 8 y.o. and he is dysgraphia. Dia jika hold pencil too close with paper. Semoga cara2 dari kakak bisa saya coba ke anak saya. Terimakasih, jazakillahu khair

    Reply
    • May 24, 2017 at 12:00 AM
      Permalink

      Waalaikumussalam. Alhamdulillah jika penulisan saya bermanfaat. Anak Shinta sebaya dengan anak saya. Semoga anak Shinta makin progress insyaAllah amin. Boleh merujuk dengan occupational therapist anak from time to time untuk reference yang lebih tepat ye 🙂

      Reply
  • September 3, 2017 at 12:12 AM
    Permalink

    Hello Ibu Hazrina, saya Yuli di batam-indonesia. Anak saya sdh mau 4tahun jg blom mau menulis & cara pegangan pensil suka salah. Saya ingin beli alat bantu pegangan pensil yg ibu sebut Qalamiy. Dimana bs dapat ya? Thx

    Reply
    • September 3, 2017 at 3:25 PM
      Permalink

      Hello Yuli. Pada pendapat saya normal kalau anak 4 tahun masih tak suka atau belum boleh menulis dengan betul. Boleh buat banyak aktiviti fun learning dengan anak menggunakan tangan. Contohnya painting, main playdough, main pasir, main lego, buat art and craft dan sebagainya untuk kuatkan otot tangan dan latih fine motor skill dia. Untuk latih menulis, boleh buat aktiviti tracing, connect the dots, free scribbling supaya dia tak sedar yang dia sedang belajar in a fun way. Untuk dapatkan Qalamiy boleh cuba tanya di page ini ya https://www.facebook.com/MomNTotsShoppe/

      Reply

Leave a Reply to YuLi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge