Salam Ramadhan 1436H kepada semua umat Islam dan selamat mengimarahkan bulan puasa tahun 2015 dengan membanyakkan amal ibadat. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas untuk bertemu dengan Ramadhan kali ni. Hari ni dah 4 Ramadhan. Dah hampir seminggu kita berpuasa. Dekat rumah ni saya dengan DH jelah puasa. Kanak-kanak 2 orang tu belum lagi belajar berpuasa.

Azam saya tahun ni, nak manfaatkan Ramadhan sebaik boleh. Segala apa yang kurang di bulan puasa tahun lepas harapnya dapat dipertingkatkan. Memang bulan puasa ni kita perlu lebih menginsafi dan bermuhasabah diri akan salah silap yang kita dah buat samada sengaja atau tak. Kita gantikan dengan ibadat yang kita buat dengan penuh keikhlasan.

 

Selamat menyambut bulan Ramadhan 1436H. Banyakkan beribadat sepanjang bulan puasa.
Salam Ramadhan 1436H

 

Harapannya semoga segala amal ibadat dan kebaikan yang kita buat diterima Allah dan sebagai ganjaran Allah beri limpahan kerahmatan melimpah ruah kepada diri kita sendiri, anak-anak dan keluarga tersayang. Jadi mesti fokus untuk mengerjakan solat wajib dan sunat, membanyakkan bersedekah, beriktikaf di masjid, membaca Al-Quran dan berzikir, berdoa sepenuh hati dan sebagainya.

Ganjarannya berlipat ganda bagi setiap amal ibadat yang dibuat sepanjang bulan puasa ni. Harapan saya juga semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus istiqomah ambil peluang memanfaatkan bulan puasa ni. Dan of course semoga kita kekalkan hingga ke bulan-bulan seterusnya. Bukannya pada bulan puasa ni je.

Tahun ni macam biasa saya buat Terawikh di rumah je. Kalau tak siapa nak jaga anak-anak ni. Teringin juga nak bawa. Tapi anak-anak belum faham dan belum boleh duduk diam-diam. So DH saja pergi. Nasib baik surau dekat je dengan rumah. Selang beberapa baris rumah ke belakang. Tak lah dekat sangat-sangat tapi tak lah jauh sangat.

Semoga kami dapat fokus beribadat ke paras optimum tapi dalam masa sama boleh seimbangkan urusan rumahtangga, anak-anak dan kerja masing-masing. Ya Allah kalau permudahkan lah. Amin.

Salam Ramadhan 1436H, Selamat Mengimarahkan Bulan Puasa Tahun 2015
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge