Anak suka buat sepah! Instead of kita marah dan suruh anak berhenti menyepah, why not kita kita jangan halang. Sebaliknya kita switch kepada aktiviti fun learning untuk membina kreativiti kanak-kanak ribena kesayangan di rumah kita tu. Kesannya ialah, anak akan dapat lebih manfaat untuk rangsangan minda, lebih happy dan dalam masa sama kita pun lebih tenang.

Tak payah lah nak marah-marah sangat. Nanti cepat tua dan cepat berkedut.

Buat membazir air liur, masa dan tenaga. Penat nak bebel-bebel tapi diorang takkan berhenti mengexplore segala laci rumah, almari, rak dan sebagainya. Segala khazanah nak dikorek, tengok, pegang, susun, lambung, campak, koyak dan macam-macam lagi. Takpe lah kita biarkan je. Anak-anak kecil hanya sekali. Masa ni takkan berputar kembali. Biarkan anak-anak menikmati zaman kecil yang menyeronokkan.

Let It Go!

 

Anak suka buat sepah di rumah
Adat lah. Anak-anak memang kerjanya menyepah. Itulah cara diorang belajar sambil bermain 🙂

 

Tapi takdelah biarkan je tanpa pengawasan. Kena ada had juga lah. Pastikan barang-barang berharga dan berbahaya simpan baik-baik di tempat yang selamat. Nangis nanti kalau ada yang tempek-tempek skincare set yang mahal tu kan. Ataupun nanti diorang selongkar dapur main tepung, kunyit, rempah-ratus tu semua haa tu dah extreme sangat pulak hihi 😛

 

Kemahiran Menggunting Kertas

 

Lately si Aisyah ni suka sangat main gunting. Saya tak berapa suka sebab yelah budak umur 2 tahun 9 bulan ni kadang-kadang kita tak boleh nak percaya sangat sebab dia belum betul-betul faham konsep bahaya. Dah 2 kali dia potong rambut sendiri. Tak pasal-pasal atas kepala ada jambul. Tegak je dah macam ayam serama. Pernah sekali gunting kena tangan. Tapi tulah dia memang suka kerja gunting-gunting ni. Kejap-kejap dia sebut…

Mama, nak ‘kotong’! Aisyah nak ‘kotong’!

So 2 hari lepas dia sibuk nak ‘kotong’ lagi. Mula-mula dia nak gunting buku si Abang. Oihhh tak boleh lah. Then saya bagi flyers Tesco. Mula-mula saya pilih satu gambar suruh dia potong. Tapi dia nak potong suka hati dia. Daripada potong-potong macam tu je saya bagi dia kertas A4 dengan gam sekali. Punya khusyuk dia buat kerja sorang-sorang. Sekali tak sangka dia buat kolaj!

 

Kemahiran menggunting kertas kanak-kanak prasekolah
Ini lah kolaj yang Aisyah buat. Untuk umur 2 tahun 9 bulan, ni dah cukup bagus!

 

Wow! Memang impressed sangat! Terus saya tampal dekat atas board. Agaknya dia pernah buat kat playschool. Sebenarnya saya bersyukur sebab Aisyah banyak benda yang dia automatically tau sendiri tanpa perlu diajar. Kebanyakan anak neuro-typical memang macam ni. Berbeza dengan anak Autism macam Abang si Aisyah sendiri yang belum pun pass menggunting. Pegang gam pun tak suka sebab rasa melekit (sensory issue).

Lepas menggunting of course lah serpihan kertas bersepah-sepah. Saya suruh dia ambil sendiri dustbin dan kutip sampah. Lepas dia dah siap buang sampah kita pujilah berbakul-bakul. Mesti dia sengihhh sampai telinga. Walaupun lepas tu memang kita kena kemas lah sikit. Apa susah, penyapu dan penyodok kan ada. Sapu aje lah. Yang penting redha dan senyum!

 

Anak Suka Sepahkan Mainan

 

Kalau si Abang pula, dia suka humban semua permainan. Kadang-kadang dia keluarkan satu-satu daripada dalam bilik sebab nak menyusun. Memang perangai anak Autism ni suka menyusun. Saya tak menghalang sangat tapi saya kawal aktiviti menyusun ni. Daripada dia susun-susun tanpa makna, saya galakkan dia bina sesuatu. Maka jadilah model shopping complex, zoo, lorry, castle dan sebagainya. Secara tak langsung bantu kembangkan imaginasi dia.

Bila dah siap saya pun tanya dia macam-macam. Dia cuba untuk explain apa yang dia buat. Dah macam aktiviti speech therapy pulak. Anak puas hati dapat buat something. Saya pulak suprised dengan progress dia 😀

 

Membina kreativiti kanak-kanak
Dia kata ini IOI City Mall. Shopping complex favorite Ihsan buat masa ni. Nampak tak kereta tengah queue nak masuk parking? 😀

 

Ada juga hari yang diorang menyepah tahap tongkang pecah. Honestly saya memang jarang kemas mainan anak-anak. Saya tolong perkemaskan aje lepas diorang susun. Tipsnya? Saya dah biasakan rutin sebelum tidur tiap-tiap malam ataupun sebelum keluar rumah (outing) mesti kemas mainan. Memang tak mudah kalau suruh je. Tapi ada caranya. Nanti saya share lain kali 😉

Nak menggalakkan fun learning, kita perlu kreatif untuk ubah aktiviti tu supaya lebih bermanfaat. Tak perlu nak perfect sangat. Asalkan seronok sudah lah.

 

Bermain Adalah Hak Anak-Anak

 

Anak-anak saya memang kegemaran diorang menyelongkar dan menyepah. Ibarat mencari harta karun kaedahnya. Saya dah tak larat nak kemas laci. Tak larat dah nak larang. Kesian pun ye juga. Saya tau anak-anak bosan. Kita bukannya setiap masa dan keadaan boleh bawa diorang bergembira di luar rumah. Waktu tengahari buta ni takkan nak bawa pergi playground. Takkan tiap-tiap hari nak pergi IOI City Mall dan Tesco atau Toy’s R Us.

Kita pun ada banyak kerja lain nak buat. Memang tak dapat nak entertain anak-anak setiap masa. Tapi sejujurnya saya lebih prefer anak-anak menyepah berbanding duduk di sofa untuk tengok kartun di tv. Saya lagi suka anak-anak saya bergerak. Diorang guna otot kaki dan tangan. Sekejap mainan dihumban keluar. Lepas tu dimasukkan balik dengan diri-sendiri sekali masuk dalam bakul mainan. Secara tak langsung diorang terpaksa exercise.

 

Anak suka buat sepah
Nampak tak? Siap kerusi lagi ok nak mulakan kerja memunggah. Dresser tu memang lubuk favorite. Diorang belek satu-satu apa ada kat dalam. Therapeutic barang kali?

 

Dalam menyelongkar tu ada gaduh-gaduh, tarik-tarik, tolak-tolak, berebut-rebut dan sesi mengadu. Mendengar jeritan dan tangisan tu memang pening! Sumpah tak tipu hukhuk! Tapi itu sebenarnya mengasah kemahiran sosial, komunikasi, pengurusan emosi dan sikap kasih-sayang serta toleransi. Memang kerja kita kejap-kejap terganggu. Boleh kata 5 atau 10 minit sekali mesti terberhenti. Elok-elok mak nak taip je diorang datang. Setiap kali! Wahaha

Masa diorang mengadu tu boleh lah bagi ceramah kenapa perlu berkongsi, tak boleh bergaduh, kesian Abang, kesian Adik dan jangan lupa masukkan nilai-nilai baik contohnya terima kasih, sorry, kasih sayang dengan kiss atau hug dan sebagainya. Dan dalam masa yang sama juga kita sebagai ibu boleh lah berlatih mengawal emosi. Sesungguhnya kehadiran anak-anak ni salah satu hikmahnya mengajar ibu bapa menjadi insan yang lebih sabar.

Tak dinafikan nak menjadikan aktiviti menyepah anak-anak tu sebagai sesuatu yang lebih bermanfaat memang kita perlu juga beri perhatian sikit-sikit instead of biarkan saja diorang dengan permainan masing-masing. Tapi memang berbaloi masa kita yang terganggu-ganggu tu dan rumah yang bersepah kalau dapat bantu latih anak menggunakan otak untuk berfikir dan menyelesaikan masalah. Kita pun dapat luangkan masa dengan anak-anak.

Sebaiknya buat kerja yang memerlukan fokus tinggi waktu anak-anak tidur. Sediakan juga jadual harian dan tiap-tiap hari spend waktu khas untuk main dengan anak-anak secara berkualiti. So anak-anak pun puas hati dapat perhatian dan kurang nak ganggu kita masa mak ayah tengah sibuk. Ibu perlu kuasai pengurusan masa yang baik.

 

Hmmm sebenarnya nak share pasal Aisyah buat kolaj tu je. Dah panjang pulak ceritanya hihihi 😀

Anak Suka Buat Sepah? Jadikannya Aktiviti Fun Learning Untuk Membina Kreativiti Kanak-Kanak
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge