Saya suka tengok orang. Habit ni hadir dalam diri saya entah lah sejak bila. Tapi memang interesting bila tengok macam-macam gelagat manusia ni. Daripada situ saya akan buat analisis dalam kepala sendiri. Bukan bermaksud nak menghakimi. Tapi lebih kepada mengambil pengajaran baik buruk. Selalunya saya akan compare dengan kehidupan saya sendiri. Honestly memang banyak yang kita boleh belajar dengan mengkaji manusia.

Salah satu tempat yang bagi saya sangat menarik nak tengok macam-macam jenis manusia daripada pelbagai latar belakang, adalah di hospital. Memang kita boleh nampak macam-macam situasi dan ‘cerita’. Perasaan sendiri pun boleh jadi turun-naik, seriously! Kebetulan pulak menjadi Mama kepada Ihsan memang lah wajib ulang-alik pergi hospital. Yelah sebab nak attend therapy yang macam-macam tu kan ­čśÇ

 

KLCC
Ini KLCC. Nampak gah sangat kan? Di celah-celah hutan batu ni terselit macam-macam cerita kehidupan. Daripada UKM KL boleh nampak KLCC ni.

Sumber: Google Image

 

Terapi Di UKM KL

 

Termasuklah terapi hari ni di UKM KL. Hari ni appointment pukul 2 petang. Ini kali ke 2 appointment ngam-ngam lepas lunch hour. Memang kena ada strategi daripada pagi sebab nak make sure tak lewat sampai. Memang jauh lah daripada Semenyih nak menuju ke area KLCC sana. Dengan heavy traffic nya lagi. Cukuplah terapi kat situ for 3 months. Ihsan attend terapi kat situ untuk tujuan research saja. Ada lagi 6 kali nak kena pergi. Huish!

Tempatnya dan therapists nya ok sangat. Tapi tu lah nak ulang-alik tu aduhai…

So lepas husband ambil Aisyah di tadika dan Ihsan di PDK, sampai je rumah terus suap makan nasi dengan lauk telur. Simple tapi cepat dan mengenyangkan. Dua-dua budak ni ada waktu cerewet. Tapi diorang suka telur. So kita bagi yang diorang confirm tak tolak. Senang tak payah gaduh-gaduh. Dah lah nak kejar masa lagi kan. Baju apa semua dan standby siap-siap kat bawah. Habis makan je terus cuci badan sikit, tukar baju dan terus keluar.

Alhamdulillah sampai lebih kurang 10 minit sebelum appointment. Elok-elok sampai je Ihsan cakap nak b*rak lah pulak. Terkejar-kejar ke toilet. Masa masuk toilet kitorang terserempak dengan sekumpulan dewasa dan kanak-kanak yang OKU penglihatan. Saya tak pasti diorang nampak sikit atau tak. Tapi rupanya sedikit celik. Terfikir ehh diorang buat terapi di sini juga ke?

Saya terfikir macam tu sebab saya tak pasti kalau orang OKU penglihatan, terapi macam mana yang diorang perlukan. So takpelah, saya settlekan Ihsan. Rupanya dia nak buang air kecil je. Cehhh beriya lah Mama kalut-kalut sebelum tu. Padahal dia pakai diaper dan dah basah pun! (Ihsan dah diaperless di rumah tapi bila outing masih on training).

 

Insan-Insan Istimewa

 

Lepas tu kitorang terus tunggu di luar bilik terapi. Masa tu saya terserempak lagi dengan diorang. Masa tu baru saya perasan yang emaknya tak nampak. Mata sedikit tersembul. Ada anak lelaki lebih kurang 8 tahun bermata besar dan sebelahnya kelabu dan tersembul. Dan dalam dukungan baby perempuan kedua-dua matanya besar dan tersembul. Ketiga-tiganya! Memang terkejut! (dalam hati je). Diorang pun menunggu sambil anak-anak tu main-main kat situ.

Kitorang pun duduk. Bila Ihsan dah masuk bilik terapi husband pun turun semula pergi solat. Masa tu saya dengan Aisyah. Daripada situ mula lah kami bertegur sapa. Rupanya diorang sekeluarga penghidap glaucoma. Anak-anak pulak dapat secara genetik. Kakak tu tinggal di Taman Medan. Dia tak kerja. Suaminya pun OKU penglihatan. Suaminya kerja mengurut.

Saya dapat tau lagi, anak ada 3 orang. Kecuali yang sulung je Alhamdulillah normal. So dia lah yang nak diharapkan. Si Abang Ngah yang umur 8 tahun tu baru je operate. Nanti nak operate lagi. Sepatutnya sekarang dah darjah 2. Tapi tangguh dulu lah sebab asyik keluar masuk hospital. Dia dihantar ke sekolah asrama di Penang (jauhnya mak aihhh!). Sedihnya! Sebab sekolah di Jalan Batu KL tu takde asrama. Nak ulang-alik hari-hari susah.

Si baby girl bongsu tu umur 1 tahun 7 bulan. Tapi belum boleh jalan. Sebab tu datang situ untuk buat fisioterapi di kaki. Yelah bila kurang nampak memang affect perkembangan motor kasar. Masa sembang-sembang tiba-tiba si baby tu nangis nak susu. Yelah memang waktu tidur petang ngantuk lah kan. Maknya buatkan susu. Saya perhati aje. Memang penglihatan akak tu limited sebab kena tengok dekat-dekat.

Saya dapat tau lagi, si baby tu pun banyak kali nak kena operation tu untuk mata. Memang saya tengok mata dia besar sangat. Saya tengok, saya yang terasa sakitnya. Macam dah tak muat soket mata dia. Masa bagi minum susu mak dia kata baby tu dulu lahir tak cukup bulan. Lahir mulut sumbing. Dah operate. Tapi masih belum tutup penuh lelangitnya. Dulu kecik-kecik susah nak kerja dan tinggalkan bagi orang jaga. Sebab minum susu guna tube.

Actually akak tu datang dengan monorail. Dia datang dengan sorang kawan yang OKU penglihatan juga. Saya tak pasti kategori apa. Mata dia macam juling tapi dia boleh nampak lah. Dia pun bawak anak dia perempuan yang juga sama OKU penglihatan macam dia. Anak-beranak matanya sama. Saya tak sure anak dia terapi untuk apa. Rasanya diorang ni lebih nampak berbanding family kakak tadi.

Kawan dia ni muda sikit  berbanding saya. Dia tinggal di Jalan Tun Razak. Tapi kalau tak salah dengar tadi dia datang jemput akak tu dengan anak-anak untuk pergi sama-sama. Macam-macam jugak lah bersembang dengan diorang tadi. Saya perhati gerak-geri, dengar dan teliti percakapan diorang. Diorang sama je macam orang normal. Hidup macam biasa macam takde apa-apa.

Yelah sejak lahir kan? Dah get used to it barangkali.

 

Erti Tawakal

 

Dalam keadaan kurang nampak macam tu tapi masih boleh berjalan ke sana-sini dengan penuh yakin. Saya yang rabun ni kadang-kadang lupa cermin mata letak kat mana pun dah rasa rimas bila terasa sedikit kabur. Ibu-ibu ni keluar rumah dengan anak-anak berjalan di kotaraya KL yang penuh sesak demi rawatan untuk anak-anak. Naik public transport dalam persekitaran masyarakat yang kurang peka dan mesra OKU, bagi saya it’s tough!

Itu baru satu terapi. Tapi untuk 2 anak dan diri sendiri, of course lebih kerap kena selalu ulang-alik ke hospital. Saya yang naik kereta pun terasa penat dan letih menunggu, mengadap orang ramai, dengan kesesakannya walaupun hanya duduk dalam kereta. Ini kan lagi ibu-ibu ni yang berjalan kaki, hidu bau asap, dengan bunyi bising kenderaan dan belum campur lagi kalau hari panas terik atau hujan.

Ya Allah. Subhanallah. Sejujurnya memang hati saya sangat-sangat tersentuh dan insaf.

Allah kurniakan saya seorang anak Autism yang secara umumnya kita tau mengalami kecelaruan fungsi otak. Saya secara berterusan hadapi cabaran daripada segi perlakuan yang pelbagai dan berubah-ubah. Memang menuntut kekuatan mental dan kesabaran yang tinggi. Saya bukan nak cakap situasi saya lebih mudah ataupun susah.

Tapi pointnya disini sekurang-kurangnya Ihsan sihat secara fizikal dan jarang-jarang sakit. Saya, suami dan Aisyah pun sihat. Kami hanya perlu fikir dan fokus pada Ihsan sorang.

Walaupun hidup bukanlah mewah tapi cukup makan-pakai. Suami boleh bekerja dan sentiasa ada peluang kerja cerah tak terbatas sebab mata celik. Ada kereta nak bergerak ke sana-sini. Ada rumah yang selesa.

Anak-anak kepada ibu-ibu ni mempunyai otak normal tapi kekurangan fizikal penglihatan dan malahan sekeluarga pulak tu. That is HUGE challenge! Tapi yelah hidup mesti terus. Mahu tak mahu kena tawakal kepada Allah.

Walaupun mungkin bagi diorang OK je dan saya tengok diorang relax je. Allah Maha Adil. Setiap cabaran yang diberi datang dalam bentuk pakej yang lengkap. Dan setiap cabaran diberi ikut kesesuaian dan kemampuan penerimanya. Saya akui tak mudah menjadi caregiver kepada anak Autism. Tadi ada juga sembang pasal Autism. Cabaran saya mungkin tough bagi diorang. Tapi cabaran diorang nampak lebih tough bagi saya.

OKU sangat dekat di hati saya. Dulu mungkin saya tak pernah terdetik untuk ambik peduli. But since I have one of my own, saya jadi lebih peka. Walaupun lain-lain kategori dan saya belum tentu memahami OKU jenis lain, tapi saya perasan bila mendekati golongan istimewa ni, pasti terlahir perasaan muhasabah diri yang sangat mendalam.

Saya tak banyak pengalaman bersembang dengan OKU in person. Rasanya ini kali ke 2 saya bersembang dengan OKU penglihatan. Apa yang saya perasan diorang lebih menghargai orang lain, lebih menghormati satu sama lain, lebih merendah diri, lebih ramah dan mesra dan lebih positif. Saya suka sembang dengan diorang. Kami berkongsi cerita. Terasa macam dapat semangat dengan kata-kata diorang.

Mendekati insan istimewa salah satu cara yang baik untuk mendidik hati. Insan istimewa mengajar saya erti kasih sayang tanpa batas, erti sabar, erti belas ihsan sesama manusia, erti hormat, erti syukur, erti rendah diri, erti redha dan erti sangka baik dengan segala ketentuan Allah. Betapa manusia tu semua sama di mata Allah. Hanya ketakwaan masing-masing yang membezakan.

 

In Whatever Situation You Are In, Make The Best Out Of It

 

15 minit sebelum Ihsan habis terapi, saya pergi toilet. Saya ambil sekeping duit kertas. Memang saya dah niat sejak saya pergi surau sebelum tu. Mula-mula ada rasa ragu-ragu. Takut kakak tu offended pulak. Jadi saya tengok pakaian dia. Baju elok tak lah lusuh. Tapi pakai slipper dan track suit je pun. Naik monorail plak tu. Nanti nak buka puasa lagi. Takpe lah, saya niat nak bagi anak-anak dia. Boleh beli kudapan ke kan. Mesti budak-budak happy sikit.

Masa nak balik saya salam diorang dengan lipatan duit kertas dalam tangan. Tak banyak pun. Cukup lah nak buat tambang balik. Memang saya tak suka simpan cash banyak dalam tangan. Tapi sedih pulak tak dapat bagi banyak. Saya harap akak tu terima dengan gembira. Saya nak sebut utk belanja (as a treat) untuk anak-anak dia. Tapi dah kalut, tak terkeluar di mulut. Saya cuma cakap moga dipermudahkan urusan untuk anaknya.

Sebab tu kena kaya harta, boleh bantu orang yang lebih memerlukan. Nak buat baik pun tak berkira-kira. Moga Allah jadikan saya orang yang kaya jiwa macam ibu-ibu hebat tu dan kaya harta untuk boleh memberi tanpa batas.

Alhamdulillah Allah beri peringatan yang sangat baik kepada saya hari ni. Sebagai inspirasi dan juga motivasi. Hidup saya dikelilingi lebih banyak kemudahan berbanding ibu-ibu tadi. Semoga saya jadi seorang hamba yang lebih bersyukur dan ibu yang lebih kuat serta lebih menghargai anak-anak insyaAllah. Dan semoga Allah limpahkan rahmat dan kasih sayang kepada keluarga ibu-ibu tadi dan semua insan istimewa serta keluarga mereka.

Memang pertemuan hari ni unik sangat, first time dalam hidup saya terjumpa dengan sekumpulan yang semuanya OKU penglihatan secara dekat.

Kisah Kehidupan Di Kotaraya Kuala Lumpur, Pertemuan Yang Unik Dengan Ibu-Ibu Hebat
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge