Anak susah minum air masak adalah isu yang common dikalangan mak-mak. Anak-anak lagi suka minum air manis yang berperisa dan berperwarna of course lah sebab rasanya lagi sedap. Saya kurang hadapi masalah ni sebab Aisyah dan Ihsan memang kuat minum air kosong. Mungkin sebab saya tak jadikan kebiasaan. Bukanlah tak minum langsung. Saya bagi juga sekali-sekala tapi tu pun pilih-pilih juga jenis minuman.

In fact bukan bab air je. Memang anak-anak saya kurang diberi kebebasan makan segala makneka jajan. Saya bagi juga tapi certain jenis saja dan kalau bagi pun tahap kedekut taik hidung masing. Kalau beli keropok Twisties ataupun Double Decker, sebungkus kecil tu boleh tahan seminggu dua sebab bagi sejemput je. Kongsi-kongsi makan anak-beranak. Lepas tu simpan sembunyikan dalam almari tinggi diorang tak boleh ambil sendiri.

 

Tips galakkan anak minum air masak.
Budak-budak memang tak elok sangat minum air manis banyak-banyak.

 

Yelah kita dulu-dulu membesar dengan benda alah tu semua lah kan. Memang seronok beli sendiri ais krim ice-pop dengan air gas dalam botol waktu petang sebelum main di padang mainan. Tapi bila dengan anak sendiri tak bagi pulak.Β Kesian juga hihihi πŸ˜€ Takpe lah dah besar nanti dia nak makan beli lah sendiri.

Ok berbalik kepada bab minum air ni. Ihsan memang minum banyak air kosong. Aisyah kurang sikit. Tapi anak-anak saya memang kuat minum air. Apa yang saya perasan, habit saya yang secara tak langsung influenced anak-anak jadi peminum air kosong tegar.

 

Tips Galakkan Anak Minum Air Masak

 

Infografik - Checklist tricks untuk ibubapa cuba bagi menggalakkan anak minum lebih banyak air masak
Infografik – Checklist tricks untuk ibubapa cuba bagi menggalakkan anak minum lebih banyak air masak

 

1. Sediakan Botol Air Khusus Untuk Setiap Seorang

Saya ni memang dah terbiasa sejak kecil, pergi mana-mana Mama saya mesti bawak botol air. Kitorang pergi sekolah ke, pergi outing ke pun Mama tanya botol air ada tak supaya tak lupa. Masa universiti kawan-kawan suka paw air saya. Sampai lah ke masa kahwin dan sekarang dah ada anak 2, sentiasa ada botol air berdekatan terutamanya di bilik tidur. So sekarang ni saya sediakan untuk anak-anak juga. Bila nak minum je, air ada within reach.

 

2. Beli Silly Straw Ataupun Crazy Straw

Saya memang suka sangat straw ni. Since Aisyah kadang-kadang kena paksa minum jadi kalau guna straw ni tak pasal-pasal dia excited nak menyedut air. Tau-tau je air habis dan kena refill cawan lagi. Suka main dengan straw tu punya pasal, dah terlebih minum jadinya. Tapi bagus lah kan. Silly straw ni bagus untuk bagi otot bibir dan mulut exercise. Kalau ada anak-anak yang speech delay boleh belikan ni ajar dia hisap untuk kuatkan otot mulut.

 

Ini lah crazy straw ataupun silly straw. Ada macam-macam bentuk. Boleh beli di Toy's R Us. Murah je!
Ini lah crazy straw ataupun silly straw. Ada macam-macam bentuk. Boleh beli di Toy’s R Us. Murah je!

 

3. Sediakan Botol Air, Cawan Ataupun Bekas Minuman Yang Pelbagai Dan Menarik

Dekat rumah ni ada berdozen-dozen botol air. Ada sippy cup, ada straw bottle, ada cawan dengan handle, ada besar, kecil dan macam-macam warna. Budak-budak ni kadang-kadang cerewet juga. Jadi kita jangan jemu cari dan beli bekas minuman yang dia suka, praktikal dan dia rasa selesa nak minum. Kalau Ihsan kecik-kecik dulu dia attached to straw cup saja. Kalau Aisyah, of course lah nak pink ataupun ada princess.

 

4. Buat Jus Buah-Buahan

Anak-anak ni pun pandai rasa bosan. Bila makin besar pandai plak minta macam-macam. Nak-nak pulak yang ada kaler menarik, sejuk dan rasa pun sedap. So kita buatkanlah jus buah-buahan ataupun minuman sendiri. Bukan je ada vitamin dan mineral tapi kaya dengan serat juga. Cara ni sesuai untuk anak-anak yang cerewet susah nak makan ataupun sembelit. Dan berkesan sangat kalau musim cuaca panas dan kita nak anak minum banyak air.

Anak-anak saya paling suka watermelon juice!

 

5. Hidangkan Cocktail Buah-Buahan

Ini trick yang bagus juga especially untuk anak-anak yang tak suka ataupun susah sangat nak minum air. So kita sediakan buah-buahan macam tembikai, pear, jambu air, tembikai susu, oren anggur atau lain-lain. Sebab buah-buahan ni mengandungi kandungan air yang tinggi. Potong dadu dan masukkan dalam air. Bila dia nak kaut buah tu at least terpaksa minum sikit air dalam gelas tu. Ataupun buat sup yang sedap untuk dihirup.

Buah-buahan yang banyak air ni boleh bantu anak kekalkan paras bendalir badan dan elakkan risiko dehydrated especially bila waktu tak sihat dan tak lalu nak makan minum sebab tekak rasa pahit. Sup pun boleh bantu naikkan selera bila tengah sakit.

 

6. Buat Jelly Ataupun Puding

Bahan utama dalam jelly ataupun puding of course lah air. Anak-anak saya memang hantu jelly. Sukaaa sangat. Selalu minta nak pergi pasar malam sebab nak beli dadih. Mama terpaksa lah belajar nak buat sendiri. Lagi jimat, bersih, suci dan sedap hihihi πŸ˜€ Memang best kalau makan jelly waktu hari panas. Boleh hilangkan dahaga. Yang penting takde gaduh-gaduh dengan anak-anak sebab confirm cepat je diorang makan.

Tak payah la letak banyak gula. Manis-manis buah je pun dah OK.

 

7. Buat Ice Cube Pelbagai Bentuk

Saya memang jarang bagi anak-anak minum ais. Sebab diorang ni saya perasan mudah batuk dan selsema. Eh saya pun sama. Mungkin sebab sinusitis. So hidung sensitif senang bersin dan berair. Tapi sekali-sekala buat juga ice-cube ataupun ais krim sendiri. Alah bancuh je kordial Sunquick dengan air kosong lepas tu bekukan. Untuk anak-anak kita buat lah dalam acuan yang macam-macam bentuk. Mesti diorang excited sangat nak menghisap nanti.

 

Anak tak suka minum air? Boleh cuba buat macam ni. Mesti dia tak tolak!
Anak tak suka minum air? Boleh cuba buat macam ni. Mesti dia tak tolak!

 

8. Ajar Anak-Anak Untuk Sediakan Dan Hidang Minuman Sendiri

Anak-anak memang pencinta air sejati. Diorang memang sukaaa sangat main air. Perasan tak? Kan? Kan? πŸ˜€ Jadi sesekali kita bagi lah chance dia pilih sendiri cup mana nak guna, ambil sendiri, tuang sendiri, kacau sendiri dan minum lah sendiri. Memang tumpah, bersepah, basah baju dan menambahkan kerja mak-mak nak mengemas. Tapi takpelah dia minum banyak dan dalam masa sama latih motor skill juga tu. Ala-ala fun learning for life skill.

 

9. Jadi Role Model

Nak anak minum air tapi mak ayah nya susah sangat nak minum air. Pernah beberapa kali saya jumpa ada orang tu kata memang tak lalu minum air kosong. Even cikgu sekolah rendah saya dulu dia minum air tin macam minuman asasi. Memang saya rasa pelik sangat sebenarnya hihi. So, jadi lah role model. Lead by example. Nanti anak-anak pun terikut lah sekali. Tiap-tiap hari waktu-waktu tertentu bila kita minum remind diorang juga minum air.

 

Ini lah cara saya latih anak-anak. Sebenarnya takde lah melatih sangat pun. Tapi sebab dah memang habit sekejap-sekejap teguk air. Kalau jalan-jalan dalam handbag ada botol air. Kadang-kadang sampai ada 3 botol dalam handbag. Berjasa betul handbag saya sangat tahan lasak tak rebeh. Bila kita jadi role model seperti point no. 9 tu InsyaAllah secara automatik anak-anak terikut-ikut sama untuk minum air masak lebih banyak.

Latih anak-anak amalkan minum air masak atau air kosong mencukupi setiap hari sejak kecil supaya jadi kebiasaan. Kesihatan lebih baik dan gigi pun tak cepat rosak. Walaupun nak galakkan minum air kosong, tapi ibu kena creative dan flexible lah. Boleh je campur air masak dengan bahan-bahan lain untuk lebih berperisa dan anak rasa tertarik. Yang penting takde bahan pewarna kimia, perisa tiruan dan gula yang tinggi. Homemade is the best!

9 Tips Galakkan Anak Minum Air Masak Lebih Banyak Dan Kurang Minum Air Manis
Tagged on:         

2 thoughts on “9 Tips Galakkan Anak Minum Air Masak Lebih Banyak Dan Kurang Minum Air Manis

  • March 5, 2016 at 10:38 PM
    Permalink

    terima kasih puan atas perkongsian. risau sebab anak tak suka minum air kosong, tu yang carik maklumat kat sini

    Reply
    • March 9, 2016 at 3:46 PM
      Permalink

      Sama-sama. Alhamdulillah kalau dapat membantu. Moga anak makin suka minum air kosong lepas ni πŸ™‚

      Reply

Leave a Reply to nur sabrina Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge