Rata-rata minggu ni parents lain kebanyakannya sibuk bercakap pasal pencapaian anak-anak masa ambil report card di sekolah. Hari Sabtu lepas, saya, husband dan Ihsan serta of course lah Aisyah attend Progress Report Day di playschool Aisyah, Brainy Bunch Montessori Taman Pelangi Semenyih. Honestly ini kali ke 2 saya attend report card day. Kali pertama dulu di tadika Ihsan.

Tapi boleh dikira sebagai kali pertama juga sebab finally kitorang berpeluang merasai pengalaman yang sama macam parents to neuro-typical kids yang lain walaupun dah 6 tahun jadi parents. Pengalaman attend report card day Ihsan di tadika dia dulu adalah satu bitter-sweet experience. Satu cerita yang interesting dan tak ramai parents boleh dapat rasa. Only the chosen strong-hearted ones hihihi 😀 Nanti lah lain kali saya cerita.

 

Report card day sekolah anak
Kalau di playschool teacher kata Aisyah boleh ikut solat dengan tertib. Tapi kalau kat rumah memang macam ni lah. Swimming atas sejadah 😛

 

Sesi perjumpaan hari tu start pukul 8 pagi sampai pukul 11.30 tengahari. Kitorang pergi lebih kurang pukul 10 pagi. Kena tunggu sekejap sebelum sampai turn Aisyah. Tak lah ramai sangat orang sebab memang tadika ni tak ramai sangat students nya which is I like! Ihsan pun kitorang bawa sekali. Masa bersembang dengan principal, Ihsan buat coloring di belakang. Husband supervised Ihsan dan Aisyah duduk dengan saya discussing on Aisyah progress.

Ok apa kata cikgu-cikgu pasal Aisyah? hihihi 😀 Alhamdulillah principal kata Aisyah sangat baik dan sangat mudah diuruskan di tadika. Dia boleh ikut arahan dan ikut semua aktiviti. Cikgu cerita Aisyah di sekolah macam mana. Dan saya pula report balik Aisyah di rumah macam mana. Actually little princess ni character dia di tadika is totally the opposite dengan character di rumah. Like totally different 🙂

Principal informed pencapaian Aisyah dan apa yang dia dah didedahkan dan yang dia dah boleh buat. Overall semuanya OK nothing to be worried about. Teacher cerita Aisyah di sekolah sangat berat mulut. Susah sangat nak dengar suara dia macam ada emas dalam mulut. Dia agak pasif. Kalau bagi tugasan pulak mesti ada teacher teman di sebelah dia baru kerja dia jalan. Dan kalau bagi arahan kena bagi 2 kali baru dia buat.

Saya diberitahu juga progress motor skill Aisyah, her focus, her attention span, lama mana dia boleh sit still, how she accept kemahiran asas membaca, menulis, mengira, dan pelajaran agama serta ibadah. All is good, surprisingly cumanya dia tak nak bagi respond so teacher tak dapat agak exactly dia betul-betul grasp atau tak. Kalau di rumah pulak memang tak duduk diam dan tak nak bagi kerjasama tapi dia blurt out semua yang dia tahu.

Diorang berpendapat yang Aisyah type yang possessive. Tak boleh tengok kawan lebih daripada dia. Nanti dia withdraw  herself. Mula-mula masuk playschool dulu dia ceria dan suka nyanyi. Tapi sekarang mungkin dia takut dengan teacher, mungkin juga ada tak suka dengan certain kawan-kawan. Sebab teacher cikgu kata ada boys yang suka berkasar dengan Aisyah. Dan mungkin juga Aisyah bosan.

She keeps to herself. Suka ke tak suka ke, takut ke, sedih ke apa ke. Sampaikan kalau teacher suruh minum air, dia akan minum non-stopped selagi teacher yak suruh berhenti. Hari tu dia minum 2 botol air penuh! Terkejut teacher dia. Alahai kenapa lah pulak macam tu si Adik ni huhu 😛

Actually lately Aisyah sangat rebellious pagi-pagi tak nak pergi skool. Saya dengan husband pening jugak lah nak melayan pagi-pagi. Kami bincang-bincang jugak lah agaknya pasal apa kan. Komplikated juga nak setelkan isu budak-budak umur 3 tahun ni rupanya. Aduhai rasa gelihati pun ye. Tapi semua orang di skool sukaaa dan sayang Aisyah. Teacher pun tak pernah nak marah-marah.

Macam-macam budak Aisyah ni 😀

Aisyah dalam kelas playhouse. Dalam kelas dia ada 6 orang je kalau tak salah. Untuk kelas ni memang teacher treat macam toddler lah. Takde paksaan tapi selalu beri galakan. Aktiviti diorang pulak more on fun learning method. Kalau tengok classmates Aisyah comel-comel je semua. Ada yang tidur telentang. Ada yang seret bantal busuk. Ada yang bawak bekal botol susu. Sekejap sorang menangis. Sekejap sorang beriba. Sesuka hati je masing-masing.

Dah macam nursery je pun ye jugak 😛

So overall semuanya OK. Feedback saya cuma harapnya Aisyah lepas ni lebih suka pergi skool. Mungkin teacher boleh ubah setting, jauhkan Aisyah sementara daripada certain kawan-kawan. Saya juga expect teacher boleh cuba bantu Aisyah build more confidence supaya tak passive sangat in crowd. Other than that takde apa nak komen since teachers dan skool setting semuanya memuaskan hati.

My personal conclusion, memang satu keputusan yang tepat lah hantar Aisyah ke playschool seawal usia ni. There’s more room for her to explore and develop herself. Boleh isi ruang-ruang kosong yang dia tak dapat di rumah. Dan keputusan yang tepat juga pilih tadika ni untuk Aisyah given that the environment setting suits well to follow a child’s fitrah. Jadi saya langsung tak rasa bersalah sebab takde isu bebankan dia dengan akademik sejak usia muda.

Sebaliknya, playschool ni dapat provide and feed her natural development needs. Sebab tu lah penting juga kaji dulu playschool macam mana yang sesuai untuk anak umur 3 tahun. Bagi saya konsep Islamic montessori playschool memang bagus untuk Aisyah buat masa ni. Alhamdulillah.

2nd Term Progress Report Day Year 2015 Brainy Bunch Taman Pelangi Semenyih
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge