Assalamualaikum 🙂 Rindunyaaa dekat blog ni. Banyaknya dugaan dan cabaran nak post entry. Laptop rosak. Tak boleh transfer gambar. Nak blogging daripada handphone tiba-tiba tak boleh dan macam-macam sebab lagi. Termasuklah masa yang senantiasa mencemburui diriku. Anyway hari ni nak share cerita raya. Dah basi dah LOL! Better late than never. Actually dah siap lama entry ni tapi tak dapat publish.

So this is actually an edited backdated entry 🙂

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2015! Opsss belated 😀 Wah lebih sebulan tak berblog. Alhamdulillah hujung minggu lepas berakhir dah Syawak 1436H. Dikesempatan ni saya nak mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap sepanjang berblog. Mana lah tau ada penulisan saya yang mengguris hati dan perasaan sesiapa ataupun tersalah dalam menyampaikan maklumat. Mohon maaf zahir dan batin.

 

Salam Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin

Kosong-kosong ok? Walaupun dah lambat. Tapi sebenarnya kena sentiasa bermaaf-maafan. Tak lama lagi dah nak Hari Raya Korban pulak. Honestly rasa lega sangat raya puasa dah habis. Sejujurnya saya masih mengadaptasikan diri dengan amalan beraya sebulan ni. Orang kita sambut raya memang meriah. It’s just that I’m used to sambut raya in a very moderate way. Much simpler to celebrate and think about. Surely with not much fuss.

Dekat Jepun dulu kitorang sambut raya tu macam tak raya pun 😛 Sangat syahdu la pulak. Tapi apa-apa pun sentiasa beringat untuk bersederhana dan berpada-pada tu adalah sangat baik. Apa-apa pun yang nak disambut elakkan pembaziran. Like seriously, take time to ponder about this. Ok lahhh cemana kisah raya kitorang?

 

Tahun ni raya lebih kurang sama dengan tahun yang lepas-lepas. Kami beraya di sekitar Semenyih dan Subang Jaya je. Raya pertama tahun ni kitorang sambut di rumah parents saya di Semenyih ni. Memang kebetulan giliran sambut raya di rumah keluarga saya pulak. But actually saya dan husband tak ikut sangat pun rule giliran turn raya ni. Family saya jenis tak kisah. Family mertua saya yang sememangnya ikut turn.

Tapi sejak ada anak dan pertama kali sambut raya di Malaysia since 5 tahun lepas saya dan husband beraya ikut keselesaan sendiri. Which is boleh kata tiap-tiap tahun pagi raya tu mesti bermula daripada rumah sendiri. Tambah-tambah lagi bila ada anak istimewa Autism dan dia pun makin besar nak tak nak perancangan beraya pun kena plan cantik-cantik supaya dia selesa dan kami kami parents pun tenang. Baru lah enjoy gitu 🙂

 

Persediaan Dan Persiapan Raya Tahun 2015

 

Macam tahun-tahun lepas juga kitorang ni beraya simple-simple aje. Tema tahun ni warna dark brown ataupun coklat! 😀 Kenapa pilih kaler tu? Sebab saya tak plan langsung nak beli baju raya. Sejak wean off breastfeeding badan naik 10kg uols! *gasp!* Masa breastfeeding boleh enjoy hobi makan tanpa sekatan. Tapi bila dah tak menyusu badan, hobi tu tak berjaya disekat.

Ditambah pulak dengan rutin menghabiskan sisa makanan anak-anak. Ada anak-anak kecik ni memang macam ni lah. Diorang selalu tak habis makan. Yang kita ni sayang nak buang makanan. Ishhh rezeki tu! So makan lah jugak. Maka jadi lah cenggini. Rasa tak percaya tengok diri sendiri dalam gambar raya. Macam donat. Gebu sangat! *ketawa dalam tangisan*.

Lepas ni kena pulun kuruskan badan. Gambarimasu!

So kitorang cari baju jalan-jalan anak-anak je kat Aeon Cheras Selatan. Kalau ikut nafsu teringin nak mengukur Jalan TAR tu. Tapi nak heret anak-anak, dengan panasnya, dengan puasanya… aih tak payahlah menyusahkan diri. Nanti letih-letih tu cepat je nak marah. Tak pasal-pasal kurus pahala puasa. Untuk baju kurung dan baju melayu husband dan anak-anak, beli di PKNS Bangi saja.

Untuk kuih raya pulak beli kuih tunjuk-tunjuk saja. Saya beli kuih daripada kawan yang merangkap jiran yang merupakan ibu anak 8. Saya cuma buat sejenis je kuih tu pun sebab nak bagi anak-anak seronok main masak-masak. Seminggu sebelum raya tu baru pulun kemas rumah. Bukan lah beriya sebab nak raya pun. Tapi sebab dah lama tak kemas rumah. Alang-alang kemas sekaligus sempena nak raya. Tak payah nak buat kerja 2 3 kali.

 

Sambutan Syawal 2015

 

Selalunya malam raya kitorang ada di rumah sendiri. Malam sebelum raya tu berbuka puasa di kampung dan tunggu orang kampung hantar takbir dan doa dari rumah ke rumah. Lepas solat sunat Aidil Fitri baru pergi rumah parents. Lepas tu sama-sama konvoi ke kampung belah mak di Kampung Pasir, Semenyih. Lepas Zohor baru bertolak balik ke USJ Subang. Tapi kali ni sejak malam raya memang dah ada di rumah parents saya.

Hari raya ke 2 baru balik Subang Jaya. Selalunya family husband berkumpul di Putrajaya. Tapi tahun ni dilambatkan sikit sebab semuanya ikut giliran beraya di rumah mertua. Dekat rumah mertua makan macam-macam jugak lah. System perut pun dah haywire sebab banyak makan tapi tak seimbang. Setahun hanya sekali kan. Dah lah masa bulan puasa badan tak susut. Dah raya ni bertambah-tambah pulak 😛

Petang raya ke 3 tu sama-sama dengan family mertua dan family adik ipar kitorang visit atok dan uwan di Semenyih. Malamnya pulak buat barbeque (BBQ) di rumah parents saya. Ikut plan asal nak balik Semenyih masa raya ke 4. Tapi dah lajak semula ke Semenyih balik terus lah jawabnya. Masa raya ke 4, semua berkumpul lagi sekali di rumah parents saya sebab adik-beradik sebelah mak pulak nak datang.

Raya ke 5 dan ke 6 hanya di rumah saja menerima tetamu-tetamu, jiran sebelah rumah, junior masa sekolah dulu (anaknya classmate Aisyah di playschool) dan kawan husband sejak masa belajar di Jepun dulu. Lepas tu raya ke 7 sempat beraya ke rumah jiran-jiran. Malamnya ada makan-makan di rumah parents. Ayah jemput adik-beradik dia pulak datang beraya.

Weekends seterusnya disambung dengan berziarah ke rumah kawan-kawan dan suadara-mara. Hingga lah ke weekend yang terakhir, ditutup dengan sambutan raya kejiranan selorong dan juga gathering family Autism Malaysia area Semenyih ni. Alhamdulillah atas rezeki peluang untuk bersilaturrahim dan dapat makan sedap-sedap banyak-banyak hihihi 😛

Now kena tune back to normal routine. Banyak benda nak kena buat dan perlu fokus. Termasuklah memulakan misi berdiet. Serta beristiqomah mendidik jiwa sama macam bulan puasa yang lepas malah harapnya lebih baik lagi. Rugilah hidup sebagai insan kalau tak sentiasa berusaha nak memperbaiki diri (self-reminder). Alhamdulillah diberi rezeki merasai Syawal kali ni. Semoga dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang, insyaAllah. Amin!

Salam Syawal 1436H, Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2015!
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge