Dalam post sebelum ni saya ada nyatakan beberapa kriteria bisnes yang saya tetapkan masa saya sibuk-sibuk mencari bisnes online apa saya nak buat dari rumah. Saya pilih Shaklee sebab Shaklee sangat sesuai dengan keadaan dan situasi saya sebagai surirumah sepenuh masa kepada 2 orang anak yang masih kecil. Okay sekarang saya nak jelaskan satu persatu kenapa saya kata bisnes Shaklee ni memenuhi kriteria yang dah saya tetapkan. Bukan main cakap mulut je. Tapi ini adalah perkongsian yang jujur dari saya.
Kriteria Bisnes Online Dari Rumah Untuk Surirumah
COD SHAKLEE SEMENYIH, DAFTAR AHLI SHAKLEE, DAFTAR AHLI SHAKLEE, BISNES ONLINE MODAL RENDAH, BISNES ONLINE SHAKLEE, BISNES ONLINE DARI RUMAH, BISNES UNTUK SURIRUMAH, BISNES UNTUK SAHM, BISNES UNTUK WAHM, BISNES MLM YANG ADIL, SHAKLEE BISNES MLM, SHAKLEE BISNES PRODUCT BASED, BISNES DROPSHIP TAK PERLU KELUAR RUMAH, BISNES TAK PERLU HEAD HUNTING, BISNES TAK PERLU MAINTAIN POINTS, BISNES TAK PERLU BUAT STOK, BISNES TAK PERLU MODAL BESAR, BISNES SAMPINGAN, SIDE INCOME
Shaklee Membantu Mencapai Impian
1. Tidak Memerlukan Modal Yang Besar
Saya tak banyak pengalaman dalam bidang bisnes. Sejujurnya inilah kali pertama saya nak cuba berbisnes secara serius! Jadi saya tak nak laburkan modal yang besar sebab saya takde keyakinan pun yang saya boleh atau tak untuk dapatkan balik pulangan keuntungan. Apatah untung, modal pun belum tentu! Kalau lebur siapa susah? Itupun kalau ada modal besar lah. Shaklee hanya perlukan saya membayar RM75 untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dan saya terus layak untuk berbisnes!
2. Tidak Perlu Maintain Points
Sejujurnya… ianya terpulang kepada diri sendiri samada saya nak maintain points ataupun tidak. Bila dah buat bisnes, mestilah saya ada target yang ingin saya capai. Target ni saya sendiri yang tetapkan dan takde sesiapa pun yang tentukan atau paksa saya. Sebab konsep kami ialah bisnes masing-masing. Jadi masing-masing jaga sendiri jangan masuk campur bisnes orang lain. Jadi, bila hampir tiba waktu closing di hujung bulan, saya akan tengok balik samada nak top up dan buat pembelian lagi atau tak untuk dapatkan points tertentu sebab nak capai target. Kadang-kadang saya tak top up pun. Kadang-kadang kalau nak top up pun mungkin hanya perlu buat satu pembelian yang sangat minimum yang tak sampai RM50 pun. Saya rasa takde orang yang bankrap dengan hanya mengeluarkan RM50. Kalau tak nak top up pun takpe, ada bulan depan untuk terus berusaha! 😉
3. Tidak Perlu Membuat Stok Di Rumah
Memang tak wajib buat stok di rumah. Terpulang kepada diri sendiri. Ada pengedar yang suka buat stok sikit sebab kadang-kadang ada customer yang tinggal berdekatan dengan rumah dan dia boleh buat COD. Kadang-kadang ada customer nak cepat. Kalau nak buat stok pun terpulang kepada budget masing-masing nak buat stok banyak mana. Malah, ramai je pengedar yang tak buat stok sebab takde budget tapi bisnes tetap laju! Bila customer order, pengedar akan terus forwardkan order kepada Shaklee dan Shaklee akan uruskan order dan poskan terus ke rumah customer. Mudah sangat!
4. Tidak Perlu ‘Head-Hunting’ Atau Cari Kaki
Dalam bisnes ni saya tak perlu sibuk nak cari kepala ataupun kaki. Tak perlu susah payah nak buat appointment dan jumpa orang sana-sini. Apatah lagi nak pujuk rayu oran join dengan bermacam-macam janji manis. Apa yang pengedar perlu buat ialah sebarkan maklumat tentang kelebihan produk Shaklee. Bantu mereka meningkatkan kesihatan dengan menggunakan produk Shaklee. Lama-lama loyal customer sendiri yang akan tanya macam mana nak jadi ahli sebab mereka sendiri dah rasa keberkesanan produk Shaklee!
5. Tidak Memerlukan Saya Keluar Rumah
Saya agak keberatan kalau terpaksa keluar rumah sebab kena bawa anak-anak sekali. Anak-anak pula masih kecil. Disebabkan saya dipertemukan dengan group yang betul yang dapat membimbing saya menguruskan bisnes Shaklee 100% online, isu nak keluar rumah dah tak perlu saya risaukan lagi. Kalau ada buat stok di rumah, mungkin masih perlu ke pejabat pos untuk pos barang customer ataupun COD. Tapi kalau tak buat stok dan semua order forward ke Shaklee (dropship) semata-mata, tak perlu susah-susah nak hantar produk. Walaupun Shaklee ada anjurkan bermacam-macam kelas dan bengkel untuk pengedar tambah ilmu dan lebih berjaya dari semasa ke semasa, tapi tak wajib pun untuk hadir. Tapi, kalau nak betul-betul nak berjaya seelok-eloknya kalau ada kelapangan sesekali bolehlah hadir sebab ‘nota’ yang dibaca online dalam group lain feel dia dengan kalau kita attend kelas tu secara live.
6. Tidak Menekankan Kemewahan Materialistik Semata-Mata
Saya bersyukur dipertemukan dengan group yang bukan saja membantu saya mengenali potensi diri untuk berjaya tapi juga sentiasa mengingatkan saya hal-ehwal kerohanian. Group ini sangat banyak mengubah peribadi saya ke arah menuju matlamat menjadi Jutawan Muslimah yang bukan saja membantu meningkatkan kualiti diri tapi juga turut membantu orang lain meningkatkan taraf kehidupan mereka, InsyaAllah.
7. ‘Product-Based’ Ataupun Bisnes Berasaskan Jualan
Sekiranya kita ingin pergi jauh dalam bisnes Shaklee ni, perkembangan network memang sangat membantu. Tapi Shaklee adalah product-based maksudnya setiap pengedar perlu fokuskan kepada jumlah jualan produk setiap bulan. Ramai je yang dah kaya sebab sales mencurah-curah hasil daripada jualan produk.
8. Tiada Paksaan
Dalam bisnes Shaklee, upline atau leaders dalam group saya tak pernah berkira nak menyampaikan segala ilmu kepada anak buah mereka. Tinggal masing-masing hanya perlu berusaha saja lagi untuk sama-sama berjaya macam orang lain. Bisnes saya sendiri tiada siapa yang tentukan berapa target saya perlu capai, atau paksa banyak mana stok saya kena beli. Semuanya bebas mengikut kerajinan dan kemampuan saya sendiri. Leaders akan terus memberikan bimbingan yang tak putus-putus. Hanya diri sendiri yang perlu paksa diri sendiri untuk berjaya!
9. Adil Dan Tiada Penindasan
Bisnes Shaklee adil dan sepanjang berbisnes saya tak pernah rasa tertindas. Dalam bisnes Shaklee siapa yang usaha lebih, dia yang akan dapat lebih. Jadi dah ramai downline yang lebih berjaya berbanding upline masing-masing sebab mereka usaha lebih mengatasi upline sendiri.
10. Mematuhi Syariat Perniagaan Islam
Produk Shaklee adalah Halal dan disahkan oleh Jakim. Sistem Perniagaan Shaklee juga tiada unsur-unsur penipuan. Seorang leader sampai satu tahap akan layak menerima income pasif iaitu leadership bonus. Tapi bukan bermakna dia boleh duduk diam goyang kaki saja. Tapi dia perlu penuhi syarat tertentu dan dalam masa yang sama beri bimbingan kepada anak-anak buahnya dan tetap perlu jalankan bisnes seperti orang lain juga kalau tak dia tak layak untuk dapat semua insentif yang disediakan Shaklee.
Ramai orang terus berpaling bila dengar Shaklee ni MLM. Well… saya dulu pun macam tu juga. Tapi satu hari saya dengar dulu penjelasan daripada kawan dan kini upline saya dan saya daftar je jadi ahli. Alah RM75 je tak rugi apa pun. Apa yang dapat saya simpulkan lepas bertindak menjadi pengedar aktif, saya dapati pemilihan group yang betul juga adalah sangat penting dalam membantu seseorang untuk berbisnes dilandasan yang betul. 
Memang sistem Shaklee adalah adil. Tapi dengan pemilihan group yang salah dimana ada pengedar-pengedar yang mereka-reka pakej kena buat pelaburan permulaan ataupun buat stok sebanyak sekian-sekian kononnya nak bagi seseorang tu cepat dapat untung, ini sebenarnya yang salah dan menindas orang yang baru nak mula berbisnes. Lepas ahli baru mendaftar, mereka akan dibiarkan terkontang-kanting nak kejar target sebab nak dapatkan balik pulangan modal yang dah dilaburkan awal-awal. Jadi, janganlah jadi mangsa mereka atau group yang tak bertanggungjawab ni!
Klik sini untuk membaca, Faedah Mendaftar Sebagai Ahli Shaklee
Untuk maklumat lanjut Pengambilan Vitamin Semulajadi dan Pendaftaran Ahli Shaklee:

Hubungi – HAZRINA NASIR

0192692301

heartilyina@gmail.com

http://www.facebook.com/BlossomWidad

*** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.
Bisnes Online Modal Rendah

2 thoughts on “Bisnes Online Modal Rendah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge