Alhamdulillah hari ni weekend. Walaupun hakikatnya kalau weekend pun lagi sibuk daripada hari weekdays. In fact kalau weekend pun sama je daripada hari weekdays. Kadang-kadang hari weekdays lagi best daripada weekend! Ehh banyak nya weekdays and weekend hihi.

So dah seminggu juga lah sekolah dah buka. Ihsan pun dah pergi kindy macam biasa after a few weeks holidaying. Sebenarnya Ihsan cuti lagi awal dari orang lain. Dia tak ambil exam. Teachers pun busy masa minggu exam. Jadi faham-faham je lah tak cukup staff yang nak tengokkan dia. Ihsan plak kalau orang tak layan mulalah buat perangai cantik manis. So dia terpaksa dicutikan. That’s one of the thing that you have to face when sending your special kid to a normal kindy. Malas lah nak cakap panjang-panjang. As a parent I have to understand the teachers’ situation too although at the same time I wished Ihsan could enjoy kindy’s environment. Okay enough about that.

Ihsan as of now is 3 years 10 months of age. Dah banyak benda yang dia progress. I discoevered that his imaginative play dah meningkat. Sekarang dia suka main blocks susun-susun buat train, rumah, tower dan ntah apa-apa lagi. Walaupun selalunya apa yang dia bina tu dia tak tau pun apa bendanya nak disebut. Lepas dah buat lari-lari datang kat kitorang dengan muka gleaming sekali. Kita pun puji-pujilah kaw-kaw punya bagi dia happy. Nampaknya ada tugas disitu nak kena buat learning material on types of building. Boleh tambah vocab dia kat situ. Selain tu dia pandai main building blocks yang macam lego tu although apa yang dia bina ntah apa-apa dan tak sama langsung dengan rupa benda yang dia nak bina. Nak buat duck tapi rupanya macam hape je. Tapi kitorang iyekan ajelah. Kena selalu demo dan layan dia main. Lama-lama he will be getting better 🙂

Tapi… ada juga benda dia regress. Dari segi behavior ntahlah kenapa lately tantrum datang balik. Kurang sabar. Cepat je nak marah. Dah tu pandai buat perangai nakal tak nak dengar cakap. Saje je depan kita buat benda kita tak suka. Faham lah jugak tu sebab peringkat umur macam ni. Dia buat perangai tu pun bagus juga sebenarnya. Tapi sikit-sikit takpe. Kalau banyak-banyak sangat pun pening hihi 😛 Selain tu on communication yang a bit long sentence banyak yang dia lupa. Mana yang dia dah pandai tu kitorang forward tu next thing lah takdelah dah nak fokus sangat. Sekali dia lupa macam mana nak jawab bila kita tanya. Not really lupa lah kan tapi ntahlah nak construct ayat tu dan nak menyebut tu susah for him. Takpelah kita  buat la homework mana-mana yang patut.

On Aisyah… owh budak kecik ni Alhamdulillah dah makin pandai. Dia belum lagi merangkak. Baru nak angkat-angkat bontot. Maybe sebab rumah ni takde karpet jadi agak licin kan bila nak merangkak tu. Tapi dalam belum merangkak tu kalau bab berpaut nak berdiri fuh laju! Siap lepas sebelah tangan. Eksyennn kan hihi 😀 Jadi memang tak boleh dah tinggalkan dia dalam playpen. Suka campak toys keluar lepas tu terjenguk-jenguk ke bawah. Paras playpen tu dah sama dengan pinggang dia sebab dia pun dok jengket kaki. Kenalah guna level bawah sekarang. Tapi nak kena fikir plak lah macam mana nak tido malam. Selama ni dia tido dalam playpen. Malam2 nak bf angkatlah. Itu pun jenuh jugak yelah sebab dah debab kan. Kalau guna level bawah pengsan nak angkat letak. Bilik ni kecik. Tapi kena gaklah adjust-adjust nak tido 4 beranak dengan selesa dan selamat hihi

Hmmm tu jelah dulu. Actually nak upload gambar masa bercuti kat Port Dickson masa school holiday tu. Tapi malasnya lah nak transfer. Nanti lah. Dah lah semua gambar bibir saya lebam sebab kisah berlanggar dengan kepala Ihsan. Jalan-jalan pun orang pandang-pandang je. Dah macam mangsa keganasan plak hihi 😛

Klik Blossom Widad: Testimoni Meal Shakes Shaklee: Anak Jarang Sakit

Perkembangan Anak-Anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge