Kesan Kekurangan Vitamin B Kompleks
Vitamin B Kompleks terdiri daripada 8 jenis Vitamin B yang membantu tubuh untuk memetabolismakan makanan yang kita makan. Vitamin B terdapat dalam pelbagai jenis makanan termasuklah daging, bijirin, kekacang dan produk tenusu. Jadi, kekurangan Vitamin B dalam tubuh adalah jarang berlaku. Tapi sekiranya ianya terjadi, beberapa masalah berkaitan kesihatan akan timbul. Antaranya ialah:
KESAN KEKURANGAN VITAMIN B KOMPLEKS, COD SHAKLEE SEMENYIH, DAFTAR AHLI SHAKLEE, VITAMIN B KOMPLEKS SHAKLEE, VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE, AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN B KOMPLEKS, MASALAH KEKURANGAN VITAMIN B KOMPLEKS, KELESUAN, KECELARUAN SARAF, MASALAH PENGHADAMAN, MASALAH KULIT, THIAMINE, BIOTIN, NIACIN, ASID FOLIK, GLOSSITIS, CHEILITIS, BERIBERI, ANEMIA, KEKURANGAN VITAMIN B MENYEBABKAN KEMURUNGAN, VITAMIN B TUKARKAN MAKANAN KEPADA TENAGA, VITAMIN B MEMBANTU METABOLISMA, VITAMIN B MEMBANTU KECERGASAN
 Vitamin B Kompleks
Kelesuan
Tugas utama Vitamin B adalah bertindak sebagai koenzim untuk menghasilkan tenaga daripada makanan yang dimakan. Kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan anemia, kelemahan dan ketidakupayaan otot. Contohnya kalau kita kekurangan Vitamin B12, kita boleh mengalami kegagalan pencernaan pada intestine yang tak berupaya untuk menyerap nutrien daripada makanan yang dimakan. Ia juga boleh membawa kepada kes anemia yang serius dimana badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Ini membawa kepada kelesuan melampau dan menyebabkan pernafasan yang pendek sebab sel darah merah tak cukup untuk mengangkut oksigen kepada sel untuk berfungsi secara optimum.
Kecelaruan Sistem Saraf
Vitamin B Kompleks bertanggungjawab memastikan perkembangan dan fungsi sistem saraf yang sempurna. Masalah kognitif yang berpunca daripada kekurangan Vitamin B termasuklah kekeliruan, mudah tersentuh, tekanan dan susah untuk tidur. Sekiranya Vitamin B1 atau Thiamine yang kekurangan, tubuh mungkin tak mampu untuk mencernakan karborhidrat dan seterusnya menyebabkan beriberi ataupun sindrom ‘tak larat’. Beriberi menyebabkan seseorang itu mengalami kecelaruan dan pergerakan mata yang tidak terkawal. Kekurangan B3 yang sedikit boleh menyebabkan ketidakseimbangan mental dan kalau dibiarkankan tanpa dirawat boleh menyebabkan dementia. Kekurangan Vitamin B12 boleh menyebabkan pembantutan perkembangan saraf pada jari tangan dan kaki dan seterusnya menyebabkan rasa kebas dan mencucuk.
Masalah Penghadaman
Memandangkan Vitamin B membantu dalam pemecahan karbohidrat, protin dan lemak, kekurangannya menyebabkan gangguan pada penghadaman. Vitamin B5 dan Biotin adalah bertanggungjawab terhadap kedua-dua pemecahan makanan kepada tenaga dan sintesis lemak. Kekurangannya boleh menyebabkan loya, muntah dan ketegangan abdominal. Walaubagaimanapun kekurangan Vitamin B5 dan Biotin selalunya hanya berlaku dalam kes malnutrisi yang teruk, kerana vitamin ini selalunya terdapat dalam hampir kesemua kumpulan makanan. Kita juga boleh mengalami cirit-birit sekiranya gagal mengambil Asid folik atau Niacin yang secukupnya.
Masalah Kulit
Tanda kekurangan B Kompleks yang biasa ialah masalah pada kulit. Kekurangan Vitamin B2 atau B6 boleh menyebabkan rekahan pada sekeliling mulut ataupun dikenali sebagai cheilitis. Rekahan dan luka boleh menjadi radang atau dijangkiti dan membawa kepada ketidakselesaan dan kesakitan. Radang yang dikenali sebagai dermatitis juga boleh berlaku disekeliling hidung dan mulut. Kekurangan Vitamin B12 boleh menyebabkan glossitis pada lidah.
Oleh itu, adalah sangat disarankan setiap individu terutamanya yang berumur 20 tahun keatas untuk mengamalkan sekurang-kurangnya pengambilan viramin asas iaitu multivitamin Vita-Lea, B Complex dan Vitamin C Shaklee untuk menjamin keseimbangan dan kelancaran fungsi dalam tubuh dan seterusnya memelihara kesihatan berterusan. 
Sumber diolah daripada: LIVESTRONG
Klik sini untuk membaca, Vitamin B Kompleks Shaklee Terbaik!
Untuk maklumat lanjut Pengambilan Vitamin Semulajadi dan Pendaftaran Ahli Shaklee:

Hubungi – HAZRINA NASIR

0192692301

heartilyina@gmail.com

http://www.facebook.com/BlossomWidad

*** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.
Kesan Kekurangan Vitamin B Kompleks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.