Sebenarnya, syarat asas dalam menjamin kejayaan penyusuan susu ibu adalah konsep ‘supply-on-demand’. Maksudnya, susu dihasilkan mengikut permintaan daripada bayi. Lagi kerap ibu susukan bayi atau pun perah susu, lagi banyaklah susu badan dihasilkan. Sebab setiap kali perahan ataupun penyusuan dilakukan, signal akan dihantar kepada otak untuk menghasilkan susu dan menggantikan susu yang dah habis tadi. 
Perkara Yang Menggagalkan Penyusuan Susu Ibu
Jadi, tak kiralah apa jenis makanan pun yang kita makan tapi KALAU TIDAK melakukan perkara yang disenaraikan dibawah, penghasilan susu tidak akan berlaku seperti yang diharapkan. Antaranya ialah:
– Tidak menyusukan bayi atau pam susu secara konsisten dalam sela masa 2-3 jam sekali.
– Tidak menyusukan bayi atau pam sehingga payudara kosong.
– Tidak menyusukan bayi atau pam sekurang-kurangnya 10 minit bagi setiap payudara.
– Tidak memastikan lekapan ataupun ‘latched on’ yang betul bibir bayi terhadap payudara.
– Tidak membuat stok susu perahan EBM bagi ibu yang bekerja.
– Tidak mengamalkan diet berkhasiat yang seimbang.
– Tidak minum air sekurang-kurangnya 3L sehari.
– Tidak mengamalkan amalan rohani untuk membanyakkan susu ibu.
– Tidak berfikiran positif dan optimist untuk menjayakan penyusuan susu ibu.
– Tidak rajin, malas, tidak bersungguh-sungguh untuk mencapai target melengkapkan penyusuan susu ibu.
– Tidak mahu menambahkan ilmu berkaitan penyusuan susu ibu.
– Dan sebagainya.
Makanan Yang Boleh Membantu Membanyakkan Susu Ibu
COD SHAKLEE SEMENYIH, DAFTAR AHLI SHAKLEE, MAKANAN BANAYKKAN SUSU IBU, MAKANAN TAMBAHKAN SUSU IBU, MAKANAN BOOST SUSU IBU, MILK BOOSTER, VITAMIN PENYUSUAN SUSU IBU, BANYAKKAN SUSU UNTUK BUAT STOK EBM, ALFALFA BANNYAKKAN SUSU IBU, PERKARA YANG GAGALKAN PENYUSUAN SUSU IBU, SUPPLY ON DEMAND, KEKERAPAN PENYUSUAN, SUSU BADAN, TINGKATKAN PENGHASILAN SUSU BADAN, SUSU IBU TERBAIK UNTUK BAYI, LENGKAPKAN PENYUSUAN 2 TAHUN
Susu Ibu Adalah Makanan Terbaik Untuk Bayi
Ada banyak makanan yang dipercayai dapat banyakkan susu ibu. Ini kerana ada nutrien tertentu dalam makanan tersebut yang menggalakkan penghasilan susu. Tapi, para ibu perlu ingat keberkesanan setiap makanan tu bergantung kepada tubuh masing-masing juga. Ada yang mudah dan ada juga yang dah telan macam-macam tapi kurang berkesan! Keadaan kesihatan terutamanya paras hormon dalam tubuh seseorang sangat memainkan peranan penting terhadap penghasilan susu. 
Saya mengamalkan pengambilan vitamin Set Penyusuan Shaklee untuk menjamin kesihatan saya dan bayi. Sepanjang menyusukan anak lelaki saya selama 2 tahun dan sekarang adiknya pula yang baru berusia 9 bulan, ada beberapa makanan yang dah saya cuba dan Alhamdulillah berkesan pada saya walaupun kadan-kadang sesetengah makanan tu sikit je kesannya. Antaranya ialah:
– Alfalfa
– Ulam raja
– Pucuk pegaga
– Halia
– Lada hitam
– Sawi
– Oat
– Susu
– Milo
– Horlicks
– Nestum
– Minuman koko
– Lobak putih
– Halba ataupun fenugreek
– Green tea ataupun teh hijau
– Kurma
– Kismis
– Kacang soya
– Tauhu
– Tempe
– Longan kering
– Kacang hijau
– Dan sebagainya
Ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan perlu mengamalkan diet sihat yang seimbang dan amalan hidup sihat. Ibu perlu mendapatkan jumlah kalori yang mencukupi, makanan yang mengandungi tinggi protein, buah-buahan dan sayuran dan minum air yang banyak setiap hari. Selain tu, para ibu perlu elakkan stress dan elakkan daripada berdiet. InsyaAllah sekiranya ibu-ibu berdisplin dan konsisten, penyusuan susu ibu dapat dilengkapkan hinggalah si comel mencecah usia 2 tahun! 🙂
Klik sini untuk membaca, Tips Penyusuan Susu Ibu
Untuk maklumat lanjut Pengambilan Vitamin Semulajadi dan Pendaftaran Ahli Shaklee:

Hubungi – HAZRINA NASIR

0192692301

heartilyina@gmail.com

http://www.facebook.com/BlossomWidad

*** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.
Makanan Banyakkan Susu Ibu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge