Platform Bisnes Online Shaklee Sedia Peluang Tambah Pendapatan Dari Rumah

 

Alhamdulillah hari Sabtu lepas saya berpeluang hadir ke Leadership Development Workshop di Palm Garden Hotel IOI Resort City, Putrajaya. Seronok sangat dapat join event Shaklee! Sebabnya dapat sedut banyak-banyak aura positif daripada leaders yang hebat-hebat. Memang kalau ada dalam lingkungan orang-orang yang bersemangat tinggi dan kaya jiwa ni, energy dia rasa lain macam! πŸ˜€

Saya pergi dengan Aisyah saja. Husband yang hantar. Tapi lepas tu dia bawa Ihsan pergi IOI City Mall dekat seberang jalan sebelah tu saja.

 

Fast action, fast result.
It’s time to create your success story. You can choose to start now.

Leadership Development Workshop

 

Sampai-sampai je sana, terus masuk ke dewan seminar. Tak susah pun nak cari sebab ramai distributor Shaklee dekat sana. Kalau nampak para wanita dengan anak-anak dan encik suami masing-masing tu, haa yelah tu geng Shaklee jugak πŸ˜€ Masuk-masuk je terus register dan ambil gambar. Depan pintu dewan dah nampak mak bisnes saya merangkap upline saya, Ainul Malik! πŸ˜€

Workshop ni berlangsung selama lebih kurang 3 jam. Masa workshop ni, ada perkongsian yang penuh semangat daripada President Shaklee Malaysia Mr. Hermant Singh, Vice President Shaklee Malaysia Mr. Kelmen Ooi dan Master Herny Yusnizar. Memandangkan ini ialah Leader Development Workshop, jadi pengisian yang kami dapat ialah cara macam mana nak kembangkan bisnes Shaklee dan membina empayar masing-masing.

Sebenarnya Leadership Development Workshop kali ni memperkenalkan Star Asia Trip Bangkok 2016 dan bagaimana leader daripada tangga pertama berpeluang untuk rebut hadiah percutian yang disediakan Shaklee.Β Lepas tu diakhir sesi workshop kami dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil mengikut Master (direct upline) masing-masing untuk penerangan lebih lanjut, perbincangan mengenai strategi, motivasi dan sebagainya.

 

Sertai group iReach Family, group Shaklee paling best!
Master Lyna Noh dan Master Zainul Anuar tengah memberi inspirasi!

 

Ada terlalu banyak isi penting berharga yang saya dapat. Ini adalah antara yang paling utama πŸ™‚

Anda adalah sebutir benih yang subur…

…Perbandingan terhadap orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah bagaikan sebutir benih yang subur yang tumbuh lalu bercabang tujuh. Setiap cabang menghasilkan seratus buah. Bahkan Allah menggandakan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

 

Adakah Anda Mahu Jadi Benih Yang Subur Tu?

 

Kalau anda yang sedang membaca ni menjawab ‘Ya!’, saya nak jemput anda bersama-sama sertai saya untuk hadir ke Event Jejak Jutawan iaitu Business Opportunity Meeting (BOM) pada hari Sabtu, 19 September 2015 yang akan tiba ni pada pukul 2pm – 6pm. Kat sana nanti Shaklee akan kongsikan bagaimana anda berpeluang menjana pendapatan bersama Shaklee.

Disamping meningkatkan tahap kesihatan ke arah lebih baik, mana tau ini titik permulaan untuk anda mula berbisnes dan bina empayar perniagaan sendiri? Bermula dengan membantu diri sendiri dan keluarga sendiri seterusnya boleh pulak bantu lebih ramai lagi orang lain di luar sana untuk keluar daripada belenggu permasalahan dan kewangan.

 

Shaklee menyediakan platform bisnes yang kukuh untuk semua orang
Healthier Life, Healthier Income

 

Siapa yang layak nak sertai? Ahli Shaklee yang makan sendiri tapi berminat nak mula berbisnes, suri rumah, pelajar, orang yang bekerja tapi nak cari pendapatan tambahan, pesara, kaki travel, pasangan baru kahwin dan baru nak bina keluarga, lelaki atau perempuan dan ramai lagi semuanya boleh rebut peluang ni asalkan anda seorang yang serius nak berjaya dalam bisnes Shaklee.

Dan bukan tu saja! Jom baca kat bawah ni!

 

Percutian Percuma Star Asia Trip Bangkok 2016

 

Apa yang bestnya kali ni untuk pertama kalinya, Shaklee tawarkan peluang untuk mengikuti percutian percuma ke Bangkok khas untuk leader daripada level pertama lagi! Bak kata Mr. Herwant, hadiah percutian ni ditawarkan hanya untuk pengedar Shaklee di Malaysia yang baru membina tapak tapi mampu kekalkan prestasi yang cemerlang. Tak perlu tunggu level leadership dah tinggi pun, tapi awal-awal lagi dah boleh dapat!

Percutian ke Bangkok ni akan berlangsung selama 4 hari 3 malam dan sepenuhnya ditanggung oleh Shaklee. Bukan saja duit poket untuk makan, minum dan penginapan diberi. Tapi juga duit untuk shopping pun Shaklee bagi! Tinggal nanti nak kena pack baju-bajan sendiri dan bawa diri saja. Memang percutian 5 star! Shaklee negara lain belum pernah lagi offer percutian luar negara (Asia) yang macam ni untuk pengedar yang baru nak bina bisnes.

Peluang ni diberi julung-julung kalinya hanya untuk pengedar Shaklee Malaysia!

Ini baru hadiah untuk level pertama, kedua dan ketiga. Kalau level yang tinggi lagi of course lebih hebat ganjaran yang Shaklee bagi!

 

Kalau Tak Mulakan Sekarang, Bila Lagi?

 

Mesti ada yang terfikir eh boleh ke? Padahal belum pun join Shaklee lagi. Produk Shaklee pun tak pernah cuba! InsyaAllah memang boleh kalau anda memang sabar, rajin, komited, kental hati dan bersungguh-sungguh nak berjaya. Ramai orang dah buktikan dalam masa sebulan baru join saja dah boleh capai level leader yang pertama. Jadi samada baru join atau dah lama semua ada peluang yang sama.

Oleh sebab tu lah kalau ada terdetik di hati nak kenal dengan lebih lanjut dengan bisnes Shaklee, jangan malu dan jangan segan untuk segera hubungi saya 019 269 2301 supaya kita boleh jumpa hari Sabtu ni. Jangan risau, tiada paksaan untuk anda jadi ahli Shaklee apatah lagi buat bisnes Shaklee. Tapi beri peluang kepada diri untuk ‘survey’ dan ‘study’ tentang peluang buat duit dengan Shaklee.

 

Sesi coaching bersama upline yang komited dan penuh dengan ilmu!
Sesi coaching bersama mak bisnes saya, leader group Naila Intishar! Saya bertuah sebab ada upline yang tak pernah jemu membimbing daripada mula terjebak dengan bisnes Shaklee sampai lah sekarang!

 

Lepas tu anda bebas untuk buat keputusan sendiri samada nak mulakan langkah pertama berbisnes dengan segera. Kalau anda buat pilihan untuk ‘Ya!’, hari Ahad, 20 September 2015 iaitu esoknya anda dah boleh sertai kelas New Distributor Training (NDT) untuk belajar perkara asas tentang perniagaan Shaklee.

Ada urusan hujung minggu ni? Ataupun tinggal jauh daripada Selangor!

Jangan risau! Sebab Shaklee akan sentiasa anjurkan secara berkala kelas-kelas Business Opportunity Meeting dan New Distributor Training ni daripada masa ke semasa termasuklah di negeri-negeri lain. Dan sebenarnya kami ada business support group rahsia yang sangat awesome dialam maya ni. Jadi walaupun duduk jauh beribu batu tapi anda tetap boleh dapat tunjuk-ajar, perkongsian ilmu, info semasa dan lain-lain secara online.

 

Super Mamas yang aktif menjalankan bisnes online secara separuh masa dan sepenuh masa.
Barisan para Super Mamas πŸ˜€

 

Pastikan anda pilih leader dan group yang tepat!

Tapi of course lah tak sama kalau dapat maklumat secara online berbanding dengan berdepan-depan. Kalau bertemu 4 mata ni anda boleh sedut cas-cas positif yang berlebih-lebih untuk dijadikan bekalan semangat dan dibawa balik rumah. Jadi kalau boleh, jangan lepaskan peluang. Bawa diri sendiri, saudara-mara dan kawan-kawan yang memang ada keinginan nak buat sesuatu untuk ubah nasib diri-sendiri dan keluarga.

Tempoh kelayakan untuk pastikan ada berpeluang untuk merasai Shaklee Start Asia Trip ni ialah daripada September 2015 hinggalah April 2016. Mana lah tau entah-entah ini sebenarnya jalan yang terbaik dan tepat untuk bantu anda capai impian? Kan?

Jadi, jangan tunggu lama-lama. Boleh cepat-cepat mulakan langkah pertama. Saya komited nak curahkan ilmu dan bimbing anda yang MAHU! Saya boleh tunjukkan jalan untuk anda sama-sama berjaya dengan saya malah lebih lagi daripada saya, insyaAllah πŸ™‚

 

 

You Shaklee Business Mentor,

Hazrina Nasir

ID 951 651

SMS/ Whatsapp 019 269 2301

 

Platform Bisnes Online Shaklee Sedia Peluang Tambah Pendapatan Dari Rumah

One thought on “Platform Bisnes Online Shaklee Sedia Peluang Tambah Pendapatan Dari Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge