Assalamualaikum! Hi! Eh ada ke orang ni? hihi 😛 Banyak betul habuk dalam ni. Nampaknya sekarang kekerapan memblog dah menurun ke tahap sebulan sekali. Parah betul. Blog ni dah ibarat hidup segan mati tak mau. Ada juga terfikir banyak kali nak close je blog ni. Tapi bila difikir2 balik terlalu banyak memori dalam blog ni. Satu masatu dulu blog ni lah kawan paling rapat. Saksi kepada segala rasa pahit, manis, masam, kelat semua ada! Dalam blog ni ada banyak sangat catatan berharga which is kalau nak diceritakan balik dengan kata2 memang tak mampu nak ungkap. Kebanyakan entry ditulis dari hati. Hati yang berbicara. Sebab dia tak boleh sampai ke bibir. Sebab bila dia cuba je, akan tersekakt kat kerongkong. Pernah dengar kan orang kata mata pena lebih tajam daripada mata pedang? Haa macam tu lah perumpamaannya nak cakap betapa terkesannya bila diluahkan apa ada dalam hati ke tulisan. Walaupun hakikatnya saya tidaklah menulis dalam blog ni. Tapi main tekan2 je hihi 😀
Alhamdulillah kehidupan berjalan seperti biasa dan semakin baik. InsyaAllah akan cuba diperbaiki dari hari ke hari in fact I’m still struggling. Bukan mudah nak jadi working at home mom (WAHM) yang berjaya ni. Sebelum ni I was in my comfort zone staying at home mom (SAHM). Tapi sekarang dah ubah sikit sebab priorities pun dah berubah. Be it SAHM or WAHM tak banyak beza tapi dua2 ada kelebihan masing2. Kalau dulu SAHM, kerja2 memasak dan mencuba resepi tu memang ada dalam list wajib dibuat. Rumah pun sentiasa tiptop. Seminggu sekali harus mop. Tapi sekarang masak asalkan ada da cukup syarat. Tak sempat aihhh nak godek2 kek lah muffin lah biskut leh. Kirim salam je lah! Rumah pun pandang sebelah mata lah sepah sikit2 tu. Kalau dulu siap sental perabot. Sekarang pun kirim salam jugak lah. Mungkin ada yang mampu buat semuanya, bagus lah. Bagi saya yang serba-serbi buat sendiri, nak megajar anak lagi, takde pembantu dan sebagainya… I think keadaan sekarang is dah cukup bagus. InsyaAllah akan dipertingkatkan lagi.
Bukan senang nak senang kan? Mencabar juga nak jadi WAHM ni. Tambah2 bila ada anak special yang sangat2 perlukan perhatian dimana tugas mendidik dia 80% tergalas pada bahu ni. Ada baby kecik yang dah pandai demand. At times rasa letih dan stressful. Rasa macam nak give up pun ada. Rasa nak lari rumah pun ada hihihi serious tak tipu! Tapi Alhamdulillah dah dapat rentak tu cuma nak kemaskan lagi dan lagi dan lagi je. Saya tak nak cakap susah. Tapi saya akui bukan senang. Tapi disebabkan saya NAK! So by hook or by crook I keep looking forward to be successful and achieve whatever I dream to achieve. InsyaAllah semoga Allah permudahkan 🙂
I Can Do It And I WIll Do It

2 thoughts on “I Can Do It And I WIll Do It

  • June 19, 2013 at 8:58 AM
    Permalink

    Aktif kat FB yer menjual shaklee tu ? Ramai betul ibu yang jual benda nih…

    Apa apa hal pun, happy blogging dear…

    Reply
  • June 19, 2013 at 9:34 AM
    Permalink

    Izawani,
    Haah aktif kak. Kebanyakan yg menjual asalnya mmg dh lama guna Shaklee. Lagipun bisnes Shaklee sesuai dgn keadaan kebanyakan ibu yg kerja dr rumah sbb tu yg ramai tu 😀

    Reply

Leave a Reply to izawani Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge