Dah lama tak cerita tentang anak soleh, Ihsan dan anak solehah, Aisyah. Padahal dulunya blog ni lah jadi tempat catatan perkembangan diorang. Bulan Ogos 2015 lepas Ihsan dah genap 6 tahun. Aisyah pulak bulan September 2015 lepas dah genap 3 tahun. Pejam celik pejam celik sekejap je anak-anak membesar. Sesekali bila teringat diorang masa kecik-kecik dulu apatah lagi kalau tertengok gambar-gambar diorang masa kecil mesti rasa syahdu.

Tak pasal-pasal mesti hidung jadi berhingus dan meleleh air mata. Rindu dengan pipi tembam diorang kecik-kecik dulu. Rindu nak peluk-peluk badan yang bulat dan debab. Rindu nak tengok keletah diorang yang mencuit hati. Masa tu kalau cium diorang pun ada bau masam baby. Sedap je siap boleh ketagih. Tapi kalau sekarang memang masam lah kena suruh mandi hihi 😛

 

Selamat hari jadi untuk anak-anak Mama yang soleh dan solehah
Birthday Aisyah dan Ihsan selang 2 minggu je. Jadi celebrate sama-sama je 😀

 

Haip! Jangan ada yang suruh tambah baby lagi.

Alhamdulillah anak-anak membesar dengan sihat dan bijak. Sepanjang tempoh 6 tahun jadi Mama kepada Ihsan with mild Autism dan Aisyah sebagai anak neurotypical walaupun memanglah ada cabaran tersendiri. Tapi tetap rasa bersyukur sebab anak-anak dikelilingi orang-orang yang menyayangi, cukup makan pakai, malam-malam boleh tidur lena dan sakit demam ada yang menjaga.

Walaupun Mama bukanlah sempurna sangat tapi I have tried to give my best. Memang kadang-kadang ada terfikir, I could have done better, jadi memang ada rasa terkilan atau ralat sikit. Tapi sebenarnya perlu bersangka baik sebab Allah yang tetapkan begitu. Mesti ada hikmahnya. Dan kalau nak dibandingkan dengan anak-anak kecil mangsa negara bergolak, apalah sangat jentikan-jentikan manja yang Allah beri kepada Mama ni kan.

Jadi, syukur lah Mama! Alhamdulillah!

 

Tentang Anak Soleh, Ihsan

 

Ihsan dah nak masuk sekolah tahun depan. Ihsan akan masuk kelas pendidikan khas sebab persekitaran kelas normal tak sesuai untuk keadaan Ihsan. Lagipun Mama rasa lagi selamat Ihsan di kelas khas untuk permulaan nanti. Urusan pendaftaran sekolah semuanya dah settle. Harapnya nanti Ihsan boleh sesuaikan diri dengan suasana persekolahan. Maklumlah kan dah hampir 2 tahun homeschooling kat rumah.

Ihsan memang suka pergi sekolah dan Mama tak risau pasal tu. He has the brain. Banyak benda dia dah tau. Kalau belajar dia cepat tangkap. Tapi of course lah mesti kena dengan close monitoring. Sebab walaupun dia boleh belajar tapi dia masih easily distracted. Ihsan ni visual dan audio learner. Memang mudah ingat dan hafal. Tapi kalau benda yang tak wujud atau tersirat mencabar sikit nak bagi dia faham.

Untuk persediaan masuk sekolah pulak, yang paling utama nasib baiklah Ihsan dah passed toilet training. Fuh lega sangat! Berbulan-bulan juga nak trained dia. Daripada segi lain sebenarnya ada banyak lagi perkara nak kena beri perhatian contohnya pengurusan diri, menggunting, motor skill especially penggunaan tangan, mengira duit, tingkah-laku dan lain-lain. Ok takpela kita fokus satu-satu.

Kalau nak dibandingkan Ihsan yang dulu dengan yang sekarang memang lah jauh beza. Sekarang dah boleh membaca, menulis, mengira. Tapi being a mom to Ihsan, harapan saya yang paling utama ialah dia boleh menguruskan diri sendiri, berdikari, menyenangkan orang lain dengan akhlak yang baik dan jadi seorang yang hafiz. Itu cita-cita saya terhadap dia.

Honestly bila bercakap pasal dia ni, I choose to be optimist and will keep the options open for him. Buat masa sekarang fokus saya adalah ke arah perkara-perkara di atas. Saya akan  ikut apa kecenderungan dia dan cuba feed sebanyak boleh. Dan apa yang dia lemah saya cuba latih bagi boleh. Saya tak tekankan akademik sangat walaupun itu yang saya ajar hari-hari sebab dia suka belajar. Sebab itu yang Mama reti nak ajar pun.

Setiap insan tu ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Mama lah ni kena rajin lebih-lebih lagi nak cungkil apa kebolehah yang dia ada dan gilap lagi. Yosh!

 

Tentang Anak Solehah, Aisyah

 

Aisyah pulak dah tak berapa nak baby dah. Walaupun dia suka sangat lagi nak jadi macam baby. Biasalah kan anak bongsu memang macam ni kot. Kalau kat rumah dia lah juara. Suara dia paling kuat. Dia lah paling banyak cakap. Kuat menjerit jugak. Suka cari pasal dengan Abang. Sensitif dan suka merajuk. Quite bossy at times. Suka mengusik Abang. Selalu jealous dengan Abang. Senang kata dia punya rivalry dengan Abang tu memang boleh tahan.

Tapi memang itu lah the beauty of siblings, kerja bergaduh-gaduh sayang 😀

On the other hand, Aisyah juga seorang yang strong willed child dan suka berdikari. Kalau dia nak apa-apa dia nakk jugak. Jadi kalau kita tak nak bagi, dengan dia kena guna pendekatan berbincang dan bagi sebab kenapa. Tak boleh main larang aje sebab kalau tak dia akan rebel. Selain tu kalau kat rumah semua benda dia nak tolong buat. Paling dia suka tolong basuh pinggan. Of course lah main air je lebih hihi 😛

Tapi… jeng jeng… Aisyah ni character dia totally the opposite bila dia di luar rumah especially dengan orang yang tak biasa or specifically dengan orang lelaki. Dengan budak-budak yang lagi kecik daripada dia pun dia tak ngam. Tapi dia suka berkawan dengan kakak-kakak atau aunty-aunty. Sebab tu bila kat kat tadika at times dia jadi sangat passive, senyap, monyok dan takut. Tapi kadang-kadang macam OK je pun. Hmm Mama pun confused.

Selama ni dengan family yang dia jarang-jarang jumpa memang perangai dia macam ni. Tak sangka dekat tadika pun begitu. Yelah kan ada ramai kawan yang comel-comel? Sebenarnya risau juga samada dia ada rasa low self-esteem? Tapi mungkin juga dia memang seorang yang pemalu dan perangai ni will go away over time? Nak buat taktau sangat pun tak boleh juga. So takpe kita monitor sambil latih social skill dia.

Sekarang ni selain daripada fokus kepada Ihsan, saya dah mula perlu fokus kepada Aisyah juga daripada pelbagai segi. Sebab walaupun dia tak cakap tapi tindakan dia menunjukkan dia menuntut the same treatment yang saya bagi kepada Ihsan. Sebenarnya takde pun nak beza-bezakan. Cumanya mungkin Aisyah pun dah besar dan dah mula faham banyak konsep dan nak Mama buat macam dekat Abang juga.

 

 

Berdua Lebih Baik

 

Pasang glittering candles atas kek birthday. Boleh beli Toys R Us
Kali ni pasang glittering candles. Mama yang excited terlebih 😀

 

Sebenarnya diorang ni saling melengkapi. Tak dinafikan kehadiran Aisyah sangat membantu perkembangan dan kematangan Ihsan. Si Aisyah pulak lebih cepat matang dan berdikari. Walaupun kadang-kadang kesian dekat Aisyah bila nampak dia jadi macam kakak pulak kepada Ihsan. Tapi at times kesian pulak dekat Ihsan pun ada bila dia dicabar keupayaan dia dan terpaksa jadi matang supaya act like a big brother to Aisyah.

Untuk diorang ni saya cuba exposed sebanyak mungkin dengan early learning dunya wal akhirah. Ilmu dunia ni mudah lah nak ajar. Ilmu akhirat ni saya tekankan solat, wudhuk, hafazan, iqra’ dan juga akhlak. Sebenarnya agak mencabar nak mengajar ilmu akhirat ni sebab saya kekurangan bahan bantu mengajar, nak cari pun susah dan nak mengajar nya pun tak berapa tau. Melainkan hafazan dan iqra’ tu saya tau lah nak ajar macam mana.

Tapi takpe Mama lah kena lagi rajin-rajin belajar lagi. Dah lah dengan Ihsan ada lagi tambahan that is therapy. Dan Aisyah pun nak diterapikan juga hihihi 😀 So dua-dua kena sekali jalan. Hmmm semoga Allah beri kesabaran dan kekuatan untuk terus istiqomah mendidik anak-anak dengan penuh komited. Kena bagi boleh juga.

Semoga Allah permudahkan dalam usaha membentuk Aisyah Ihsan jadi anak soleh solehah yang berakhlak mulia, yang memudahkan, disenangi dan disayangi serta menjadi penyejuk hati Mama Papa. Amin!

 

Cerita Terkini Tentang Anak Soleh (6 Tahun) Dan Anak Solehah (3 Tahun)
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge