Alhamdulillah Sabtu lepas, 10 Oktober 2015 sempena Hari Sukan Malaysia kami sekeluarga berkesempatan untuk join Family Day PDK Semenyih yang dibuat di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation. Seronok sangat sebab ni first time joined Family Day tempat anak belajar. Dan yang paling penting syukur ke hadrat Ilahi sebabnya kitorang takde tiba-tiba tak jadi pergi sebab mengantuk ke malas ke tak sihat ke apa ke hihihi 😀

Maklumlah kan hari minggu. Malam sebelumnya tidur lewat. Haruslah mengantuk bila bangun pagi tu. Itupun sebenarnya dah lewat sikit bertolak daripada rumah. Nasib baiklah sampai masa orang tengah bersenamrobik. Sempat lah Ihsan menari lagu chicken dance dengan lagu Sakitnya Tuh Di Sini. Mama Papa gorang-goyang badan aje. Aisyah hanya berdiri statik setempat ;P

 

Family Day PDK Semenyih dibuat sempena Hari sukan Negara 2015
Hari Keluarga PDK Semenyih 2015 dibuat sempena Hari Sukan Negara

 

Family Day Pusat Dalam Komuniti Semenyih 2015

 

Walaupun ini tahun ke dua Ihsan attend PDK, tapi ini baru kali pertama kami join aktiviti Hari Keluarga. Tahun lepas buat di Melaka. Tahun ni buat kat sini je bolehlah join. Tak semua keluarga ada tapi tetap meriah! Masa ni semua anak-anak daripada pelbagai kategori OKU bercampur. Ada Autisme, ADHD, Down Syndrome, Cerebral Palsy (CP), masalah pembelajaran dan lain-lain.

Anyway lepas dah bersenam tu baru kami register kehadiran dan makan breakfast. Aktiviti sukaneka pun terus dimulakan waktu tu juga di padang sebelah. Ihsan joined 3 acara, tiup tepung untuk kutip gula-gula, perah air dalam botol dengan bawa pundi kacang. Dia dapat nombor 2, 3 dan 2. Aisyah joined acara kepit belon dengan kaki tapi kalah. Dia malu dan takut bila dikelilingi ramai orang. Jangan haraplah nak beri kerjasama.

 

Acara perah air dalam botol
Nampak tak Ihsan tu relax betul siap tongkat dagu. Kita ni beriya sorakkan dia. Papa tu beriya suruh dia perah hihihi!

 

Husband pulak join game sepak bola dan dapat nombor 2. Saya? Ada jugak join game tapi kalah hahaha! ;P Sepatutnya boleh menang sebab saya dah laju dah tapi stuck waktu nak cari kad 7 diamonds yang dikehendaki. Yelah banyak sangat diamondnya. Confused! Susah payah je makcik yang tembam ni berlari. Tapi kecewa tak dapat menyumbang kemenangan kihkihkih!

Bila beraktiviti sama-sama dengan ibubapa istimewa, fikiran dan hati rasa lebih selesa dan tenang. Sebab masing-masing dah understood dengan kerenah anak-anak istimewa ni. Kita pun boleh lepas anak kita dan beri lebih kebebasan. Saya pun dapat sembang-sembang dengan mak-mak lain, bertanya pendapat dan mendengar pengalaman. Ini juga peluang yang sangat baik untuk muhasabah diri dan kumpul semangat positif.

 

Acara kepit belon untuk kanak-kanak
Papa tengah pujuk Aisyah kepit belon

 

Masa sukaneka puas jugalah bawa budak-budak ni pusing-pusing kat padang. Main wall climbing, meniti atas jambatan, cari pokok semalu, tengok ikan etc. Lepas habis aktiviti sukaneka semua orang menunggu dalam dewan. Nasib baiklah ada aircond. Anak-anak pun boleh baring-baring berehat. Memang selesalah. Tapi menunggu caterer hantar makanan tengahari punyalah lambat. Nasib baik makanan sarapan banyak lebih. Boleh suap anak-anak.

Lepas Zohor baru nasi ayam sampai. Lepas masing-masing dah kenyang makan dan dah solat, bermulalah pula cara penyampaian hadiah. Awal-awal lagi saya dah nampak coloring set yang besarrr. Tapi Ihsan cuma dapat hadiah set alatulis dengan pensel warna biasa je. Husband dapat hadiah jug plastik. Dan yang paling best tak sangka pula boleh dapat hadiah hamper lucky draw. Memang kitorang RCA sungguh-sungguh nakkan hamper tu.

 

Hadiah sukaneka hari keluarga
Boleh tahan banyak kan hadiah kitorang dapat? 😀

 

Alhamdulillah ada juga rezeki. Yang pasti stok pensel Ihsan nak masuk sekolah tahun depan dah tak payah beli 😀

 

OKU Pun Boleh Bersukan

 

Ini kali pertama saya tengok anak CP join acara sukaneka tiup belon. Caranya? Mak ayah lah yang berlari sambil tolak wheelchair dan tiupkan belon sampai meletup! Walaupun tak mampu bergerak dan berkerusi roda tapi sikit pun tak jadi halangan untuk diorang juga having fun! They were included despite of their different abilities. Macam Ihsan pula, husband yang tolong guide sepanjang acara sukaneka tu.

Tak perlu pun ikut rules seperti kebiasaan. Dan tak perlu terlalu fokus kepada kesempurnaan dalam melakukan sesuatu. Apa yang penting ialah asalkan target tercapat dan semua orang happy! Memang bagus sangat persatuan ataupun institusi OKU tak segan-segan anjurkan aktiviti macam ni. Masyarakat luar pun dapat diberi kesedaran untuk lebih faham dan mesra OKU melalui apa yang diorang nampak.

 

Singgah Kampung

 

Lepas dah selesai penyampaian hadiah, kitorang duduk sekejap untuk minum dan makan petang. Lepas tu terus rush ke rumah Uwan sebab saya nak solat Zohor. Tempat solat di Eco Venture tu berkongsi lelaki perempuan dan tempat wudhuk nya terbuka. Nasib baiklah rumah Uwan dekat je. Hikmahnya dapat lah juga melawat Uwan. Masa sampai rumah Uwan sorang-sorang kat rumah tengah tidur.

Syahdu pulak tengok Uwan. Selalunya waktu ni dulu masa Atok ada, diorang sama-sama lepak dekat hall dan baring-baring kat situ. Kalau tak tidur, diorang bersembang-sembang sambil tengok keluar melalui sliding hall tu. Kalau dulu kita masuk rumah tu benda pertama kita akan terus nampak ialah port tempat Atok bersantai. Terbayang-bayang susuk Atok.

Aisyah pun tanya Atok Nyang mana? Dia pun sedar rupanya Nyang dia takde. Padahal sebelum-sebelum ni setiap kali jumpa dia bukannya nak dekat dengan Atok dan Uwan. Hmmm kenangan. Memang kenalah selalu balik supaya Uwan tak rasa sunyi sangat. Tak lama lepas tu pakcik-pakcik pun balik. Sempat lah kitorang berehat-rehat minum petang kejap. Aisyah dan Ihsan pun sempatlah bersiar-siar naik motor dan jalan-jalan tengok ayam kucing.

Uwan suruh bawa balik ikan yang pakcik tangkap daripada lombong. Hadiah hamper tu pulak saya bagi separuh kepada Uwan sebab banyak sangat. Dalam hamper tu ada banyak barangan makan jenama Tamin. Pukul 6 lebih kitorang minta diri dan pusing balik ke Eco Venture. Sebab sebelum tu tak sempat nak tengok-tengok bahagian depan tu apa ada. Sempat juga bagi anak-anak main buaian dan tengok arnab sebelum balik rumah.

 

Anak main buaian di taman mainan
Seronok main buaian ni. Mama pun tumpang sekaki. Nampak tak ada kolam ikan, kolam rendang dengan camp site kat belakang tu?

 

Memang penat sangat tapi rasa puas hati! Sebab dapat bagi anak-anak rasa seronok terutamanya Ihsan. Walaupun saya juga parent kepada special need child tapi pengalaman baru ni membuka minda dan banyak memberi ilmu kepada saya. Walaupun istimewa tapi anak OKU juga boleh bersukan. Diorang juga boleh diberi peluang untuk merasai pengalaman sama macam anak-anak normal lain di sekolah atau tadika.

Syukur sangat Allah gerakkan hati kami dan beri keupayaan untuk hadir ke event ni. Saya dapat bagi Ihsan rasa seronok sama macam anak-anak lain rasa. Saya dapat tengok betapa sabar dan tabahnya insan yang bergelar ibubapa. Saya dapat lihat insan-insan yang jiwanya mewah dengan kasih untuk dilimpahkan kepada anak tersayang. Dan saya dapat tengok ibubapa hebat yang hidup penuh redha macam tak ada apa-apa nak risau.

Hari Sabtu tu saya balik rumah berbekalkan banyak pengajaran dan ingatan, Alhamdulillah 🙂

Family Day PDK Di Eco Venture Semenyih Sempena Hari Sukan Malaysia 2015
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge