Alhamdulillah pejam celik pejam celik rupanya tahun lalu dah pun meninggalkan kita. Salam Maal Hijrah 1437H/ 2015 saya ucapkan kepada semua ­čÖé Sejujurnya kalau dulu-dulu saya kurang menghayati sambutan Tahun Baru Hijrah ni. Tapi mungkin kerana peningkatan usia, sekarang ni setiap kali tahun berakhir saya rasa bersyukur sebab masih diberi kesempatan untuk bernafas dan menikmati hidup dengan insan-insan tersayang.

 

Selamat menyambut Maal Hijrah 1437H/ 2015
Selamat menyambut tahun baru Hijrah dengan penuh keinsafan dan semangat yang tinggi!

 

Namun dalam masa yang sama, serentak dengan memasuki fasa tahun Hijrah yang baru saya terfikir pula adakah usia saya yang tinggal masih panjang? Dan sempatkah saya untuk jalani lagi setahun hidup sebagai khalifah Allah didunia.

Terdetiknya persoalan ni difikiran adalah ibarat muhasabah untuk diri sendiri. Adakah saya dah lakukan yang terbaik disetiap detik usia saya yang lalu? Atau saya masih mensia-siakan masa yang ada? Asyik membeli masa tapi tak memanfaatkan sepenuhnya untuk mencari redha Allah.

Persoalan ni yang bermain-main dalam fikiran sungguh menginsafkan dan membuatkan saya terkesan sendiri. Usia yang panjang dan makin meningkat adalah sama maknanya semakin pendek masa kita didunia. Seperti maksud dalam surah Al-A’sr, ‘Sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan yang beriman dan beramal soleh’.

Surah Al’As’r memberi peringatan yang cukup kuat untuk menyedarkan kita daripada terus terleka dan hanyut membuang masa, sebaliknya berkejar-kejar melakukan amal sebagai bekalan diakhirat.┬áSemoga kita mempunyai kekuatan dan semangat perngorbanan yang tinggi untuk melakukan yang terbaik demi matlamat, berhijrah kepada yang lebih baik, insyaAllah.

Jom hari ni kita hayati hikmah disebalik kisah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari kota Mekah ke Madinah. Nabi Muhammad SAW berhijrah untuk menyiarkan syiar Islam seluruh alam. Besarnya tanggungjawab Rasulullah. Apalah sangat nak dibandingkan dengan ‘penghijrahan’ yang perlu kita lakukan untuk diri sendiri. Itupun kita tak mampu. Lemah sangat kah kita?

Let’s ponder and reflect.

Salam Maal Hijrah 1437H/ 2015
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge