Gaya hidup zaman moden sekarang dah tak sama macam zaman dulu. Banyak benda yang berubah samada kita sedari secara langsung contohnya pemakanan dan aktiviti harian dan juga benda yang diluar kawalan kita contohnya udara dan persekitaran. Kalau orang dulu-dulu, anak-anak semuanya tahan lasak. Setakat main dalam kawasan kampung, berkubang dalam lumpur, berhujan dan berpanas tu takde masalah pun. Sihat je. Tapi anak-anak zaman sekarang keluar rumah sekejap, pergi halaman rumah je pun dah tergaru-garu tak tahan kena gigit nyamuk!
Belum cerita lagi bab anak-anak selalu jatuh sakit. Setakat demam, batuk, selsema tu tak payah cakaplah memang kerap sangat. Musim hujan sikit pun sakit. Musim panas sikit pun sakit. Kalau yang biasa ditinggalkan di rumah pengasuh ataupun yang dah masuk tadika tu lagilah berkali-kali ganda sakit demam, batuk dan selsema. Memang kita tak dapat nafikan kadang-kadang perkara yang kita ambil ringan misalnya soal kebersihan menjadi punca anak jatuh sakit. Tapi macam mana pula faktor di luar kawalan contohnya pencemaran udara, kualiti air minuman, pemanasan global, makanan segera yang telah diproses, permainan elektronik yang menyebabkan kekurangan aktiviti fizikal dan banyak lagi yang turut sama menyumbang kepada kemerosotan tahap kesihatan anak-anak kita pada hari ni.
VITAMIN UNTUK KANAK-KANAK, KESIHATAN KANAK-KANAK, TINGKATKAN SISTEM IMUN ANAK, ANAK SELALU SAKIT, CARA MENGATASI ANAK SELALU DEMAM, ANAK SELALU BATUK, ANAK SELALU SELSEMA, VITAMIN UNTUK PERKEMBANGAN OTAK ANAK, VITAMIN UNTUK HYPERAKTIVITI, VITAMIN UNTUK AUTISME, FAKTOR MEMPENGARUHI KESIHATAN ANAK, KANAK-KANAK OBESITI, PEMAKANAN BAIK, GAYA HIDUP SIHAT, VITAMIN UNTUK ANAK BIJAK SIHAT PINTAR, RISAU ANAK SELALU SAKIT, COD SHAKLEE SEMENYIH, DAFTAR AHLI SHAKLEE
Kanak-kanak obes
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesihatan Anak
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kesihatan anak antaranya ialah:
1. Stress
Pada zaman sekarang, kanak-kanak bersaing dengan pesat. Mereka perlu mempunyai pelbagai bakat contohnya melukis, menari, bersukan dan lain-lain lagi serta dalam masa yang sama mesti maju dalam pembelajaran akademik. Semua ini sangat menekan kanak-kanak kerana harapan terhadap mereka terlalu tinggi. Kalau zaman saya kecil-kecil dulu, masuk darjah 1 tapi masih belum pandai membaca adalah perkara yang lumrah. Tapi pada zaman sekarang, anak-anak sudah diharapkan boleh membaca seawal usia 4 tahun! Tanpa kita sedari, secara tak langsung kanak-kanak ini akan tertekan! Adakah anda tahu? Kanak-kanak juga mempunyai stress! Otak kanak-kanak hanya mampu menyimpan tenaga untuk selama 10-15 minit. Bila otak kurang tenaga, proses pembelajaran akan berkurang kerana kanak-kanak susah untuk fokus ataupun menumpukan perhatian.
2. Makanan Tak Berkhasiat
Anak-anak zaman sekarang lebih terdedah kepada corak pemakanan moden seperti makanan segera dan makanan diproses termasuklah ketika bersarapan pagi. Makanan sebegini mempunyai indeks glisemik tinggi kerana kandungan gula dan lemak yang tinggi dalam makanan tersebut. Makanan ini menyebabkan aras tenaga dalam badan cepat menurun. Sedangkan anak-anak memerlukan tenaga kerana mereka banyak menggunakan aktiviti mental yang memerlukan banyak tenaga. Kajian telah menunjukkan gula dalam makanan lemak tinggi boleh mengganggu keupayaan otak untuk menumpu, mengingat dan belajar. Amalan tidak bersarapan pagi juga dapat menjejaskan penghasilan tenaga untuk otak yang sangat diperlukan oleh anak-anak. Seterusnya ini boleh menjejaskan akademik anak-anak.
3. Gaya Hidup Berubah
Pada zaman dulu, anak-anak kurang terdedah kepada perkembangan teknologi. Mereka lebih banyak melakukan aktiviti bermain yang melibatkan fizikal dan mengasah keupayaan otak mereka untuk berfikir. Malah, mereka lebih banyak bermain di luar rumah dan melakukan aktiviti mencabar disamping menerokai alam sekitar. Tapi pada zaman sekarang, perkembangan teknologi yang sangat pesat telah mengubah gaya hidup kanak-kanak. Kanak-kanak lebih banyak terperap di dalam rumah dan leka dengan permainan ataupun hiburan video. Ini membataskan keupayaan berfikir secara kritis bagi kanak-kanak dan juga kanak-kanak lebih banyak duduk. Seterusnya boleh menjadi punca kegemukan kepada kanak-kanak.
4. Masalah Bagi Kanak-Kanak Obes
Menurut World Health Organization (WHO), pada tahun 2010 hampir 43 juta kanak-kanak dibawah umur 5 tahun adalah gemuk. Kanak-kanak yang obes mudah mengalami kesukaran bernafas, sistem imun lemah, lesu, mengantuk, kurang daya fokus, prestasi akademik menurun dan sebagainya. Zaman sekarang ni dah ada yang kena diabetis walaupun masih kanak-kanak! Orang-orang muda seawal usia 20an juga dah ramai yang kena serangan darah tinggi dan sakit jantung! Mungkin ini berpunca daripada gaya hidup seseorang tersebut semenjak dari kecil lagi.
Pemakanan Baik Dan Gaya Hidup Sihat
Pemakanan baik dan gaya hidup sihat semasa zaman kanak-kanak adalah penting bagi memelihara kesihatan, bukan sahaja semasa membesar tetapi sehinggalah dewasa. Shaklee menyediakan rangkaian vitamin ataupun nutrisi terbaik yang lengkap yang diperlukan oleh anak anda. Setiap satunya mempunyai manfaat yang sangat baik untuk menyokong setiap peringkat perkembangan anak-anak.
 Nutrien penting yang membantu perkembangan otak yang sihat bagi kanak-kanak yang sedang membesar

Mengapa Anda Harus Pilih Vitamin-Vitamin Di Bawah?

1. Meal Shakes Shaklee Untuk Mengekalkan Kesihatan Keseluruhan
  • Mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting
  • 9 jenis asid amino perlu
  • Sumber tinggi dalam kandungan serat dan protin
  • Tinggi kalsium
  • Indeks glisemik rendah
  • Nutrien asas untuk tumbesaran kanak-kanak
  • Memberikan tenaga secara konsisten
  • Menyokong sistem imun
  • Mengekalkan kesihatan keseluruhan
2. Omega Guard Shaklee Untuk Kesihatan Otak
  • Minyak ikan yang ultratulen dan bergred farmaseutikal – sangat berkualiti tinggi berbanding jenama lain
  • Dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yang jarang digunakan oleh jenama lain
  • Menyingkirkan bahan kontaminasi seperti arsenik, merkuri, kadmium, dioksin dan PCB
  • Menindas pembentukan lemak trans merbahaya dalam menghasilkan minyak ikan yang sihat
  • Bau dan rasa ikan yang minima
  • Perlu untuk fungsi otak sihat
  • DHA penting untuk penghantaran isyarat-isyarat otak dan meningkatkan komunikasi antara sel-sel otak
  • DHA dan gabungan-gabungan EPA telah terbukti memberi manfaat bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah gangguan hiperaktiviti dan autisma
3. Lecithin Shaklee Untuk Tajamkan Minda
  • Perangsang bagi asetilkolina iaitu neurotransmiter yang bertanggungjawab untuk fungsi otak biasa termasuk daya ingatan 
  • Sebagai pengemulsi yang mengeluarkan lemak berlebihan dari badan, menghalang obesiti dan penyakit kardiovaskular lain.
4. Vita-Lea Chewable Shaklee Untuk Pelengkap Diet Harian
  • Membekal 19 jenis vitamin dan mineral penting
  • Menyokong tumbesaran sihat
  • Menyokong sistem imun
Vitamin lain yang membantu dalam perkembangan kognitif kanak-kanak
5. Vitamin B-Complex Shaklee
  • Vitamin-vitamin B membantu dalam metabolisme, perkembangan kognitif dan pembentukan sel
  • Kekurangan Vitamin B dikaitkan dengan fungsi kognitif yang lebih rendah dan anemia
Tidak perlu berkira demi kesihatan anak-anak. Sekiranya kita ingin jadikan mereka individu yang hebat. Penjagaan daripada dalaman terutamanya kesihatan dan perkembangan mereka adalah langkah paling utama yang perlu dititikberatkan. Kesihatan yang baik menghasilkan anak yang cerdas, cergas dan ceria. Semestinya membuatkan ibubapa berasa bahagia!
Untuk maklumat lanjut Pengambilan Vitamin Semulajadi dan Pendaftaran Ahli Shaklee:

Hubungi – HAZRINA NASIR

0192692301

heartilyina@gmail.com

http://www.facebook.com/BlossomWidad

*** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Vitamin Untuk Kanak-Kanak

One thought on “Vitamin Untuk Kanak-Kanak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge