Assalamualaikum,

Owh wow rindunya kat blog ni. Tiap-tiap hari dijenguk tapi tak sempat nak update. Dok update entry lama-lama je. By the way hari ni nak share tentang bahan bantu mengajar hafazan Juz Amma. Buat ni khas untuk anak-anak supaya diorang seronok nak menghafal. Finally berjaya juga habis menggunting malam tadi. Hari ni tinggal nak tampal je dalam fail. Lepas tu dah boleh guna yeay!

Sebenarnya bahan-bahan ni bukan saya buat sendiri. Saya download daripada close group Facebook Autism Teaching Aids (Malaysia) yang saya join. Kredit kepada kak Zaiton Abd Rahman sebab dia yang sediakan bahan-bahan hafazan Juz Amma ni untuk dikongsi bersama dalam group. Group tu pun dia yang wujudkan. Apa lagi lepas ni pergi serang group tu ye. Bahan-bahan belajar yang dikongsi dalam tu sesuai untuk anak normal dan special

 

BBM untuk hafazan Al-Quran anak-anak bermula dengan Juz 30
BBM untuk memulakan hafazan Al-Quran anak-anak

 

Dah lama sebenarnya saya saya print dan laminate. Tapi part nak gunting dan siapkan tu alahai berzaman nak siap. Banyak lagi sebenarnya BBM yang berbaris menunggu dalam simpanan yang perlu disiapkan. Tapi takpela sementara ada seru ni kita pulun siapkan banyak-banyak. Esok-esok entah angin semangat ni nak fokus kat mana pula. Banyak sangat benda nak buat dan perlu fokus, macam ni lah jadinya.

 

Target Untuk Anak Hafaz Juz Amma

Sejak sebelum ada anak lagi sebenarnya memang bercita-cita nak anak-anak hafaz Al-Quran. Tapi bila kita yang bukan hafeezah ni dan rutin harian serta persekitaran yang kurang kondusif ke arah tu, agak mencabar juqa nak merealisasikan impian. Tapi tak mustahil pun sebenarnya. Ramai je yang boleh. Apa yang penting mesti ada usaha ke arah tu. Kalau tak tau, belajarlah. Lepas tu cuba buat. Dan of course mesti istiqomah.

Saya masih berusaha nak komited dalam hal yang satu ni hihihi :D. Tapi dalam masa yang sama dalam dok celang-celup saya buat je apa-apa yang termampu. Walaupun anak-anak tak hafal sepenuhnya lagi tapi diorang dah familiar sebab dah biasa dengar tiap-tiap hari. Kalau kita bacakan ayat awal, diorang boleh sambung kat hujung dan kadang-kadang betul. Saya percaya kalau selalu dengar, lagi mudah nak hafal insyaAllah.

 

https://youtu.be/afTJ4WNsns8

 

So itulah dia yang saya siapkan semalam. Actually Ihsan dah banyak hafaz ayat-ayat lazim dalam juz 30 tu. Sejak baby saya pasang bacaan juz Amma bertulisan dekat tab sambil dia main-main boleh dengar dan sesekali dia tengok. Tapi walaupun hafal, dia belum boleh baca. Dia cam tulisan aje. Haaa macam mana tu? Itulah dia anak Autism saya, dia ada kelebihan visual learner dan auditory learner.

Tapi bahan-bahan ni boleh guna untuk both Ihsan dan Aisyah. Untuk Ihsan memang sekarang saya ajar dia Al-Quran guna 2 pendekatan. Saya guna iqra untuk ajar dia membaca Al-Quran. Dan hafazan guna teknik dengar dan ulang-ulang untuk ajar dia menghafaz. Selama ni saya fokus kepada hafazan sebab dia tak suka nak belajar Iqra’. Mungkin dia rasa susah tengok tulisan-tulisan tu jadi dia tak suka.

Tapi sampai bila kan nak tunggu? Anak-anak yang umur sebaya Ihsan dah ramai kot khatam Al-Quran. Jadi saya ajar juga ikut pace dia. Sehari buat sikit-sikit asalkan berterusan. Saya nak dia bukan saja hafaz tapi boleh baca dan menghayati by heart. Walaupun Ihsan Iqra’nya masih merangkak tapi hafazan dia quite advanced juga walaupun sebutan dia tak sempurna. Anak Autism susah sikit nak gerakkan lidah dan sebut betul-betul (tak semua budak).

Untuk Aisyah pula, honestly saya risau sebab ramai anak-anak sebaya dia yang dah quite advanced. Since Aisyah pergi tadika saya kurang fokus kepada dia sebab perlu fokus kepada Ihsan. Tapi lately Aisyah dah tunjuk minat nak belajar. Dia boleh duduk setempat dan fokus dia agak lama. Which is good. Comprehension dia pun boleh tahan dan boleh bagi kerjasama sebab faham arahan. So it knocks me hard that I must not take her for granted anymore.

Macam mana saya fokus Ihsan macam tu juga Aisyah. Jadi untuk Ihsan boleh guna ni sebagai ulangkaji dan pengukuhan. Untuk Aisyah boleh guna untuk terus mengenal dan menghafal. Semoga Allah bagi saya kekuatan, kerajinan dan kemudahan untuk komited mendidik anak-anak. Dan semoga Allah terangkan hati anak-anak saya untuk mudah menerima ilmu. InsyaAllah. Amin 🙂

Bahan Bantu Mengajar Hafazan Juz Amma Untuk Anak-Anak Supaya Seronok Menghafal
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge