Alhamdulillah kita dah lepas pun penghujung sesi persekolahan 2015 dan cuti sekolah pun dah masuk 2 minggu mula, yay! Lebih 2 minggu lepas, 21 November 2015 Aisyah ada Graduation Day Brainy Bunch Islamic Montessori (BBIM) yang dibuat di Dewan Seri Cempaka, Putrajaya. Dan pada 27 November 2015 adalah hari terakhir Aisyah ke tadika untuk tahun ni.

Masa Graduation Day tu walaupun bukan Aisyah yang graduate tapi dia join juga untuk buat performance. Sebenarnya tak plan pun nak join tapi disebabkan salah faham dipendekkan cerita terjoin jugak. Ada la beberapa kawan-kawan sekelas playhouse Aisyah yang join sama.

 

Majlis Graduasi tadika BBIM 2015
Graduation Day BBIM 2015 di Dewan Seri Cempaka, Putrajaya

 

Ini first time saya dengan husband attend majlis graduasi tadika anak. Tak dapat nak jangka juga la mula-mula tu macam mana rupanya. Kitorang sampai sana sebelum Zohor. Masa register, terus aunty ambil Aisyah untuk bersiap. Nasib baik dah bagi dia makan siap-siap kat rumah.

Lepas tu kitorang terus turun bawah ambil lunch pack. Lepas makan dan zolat Zohor baru menuju masuk dewan. Terkejut juga lah rupanya dah ramai parents yang masuk. Seat depan semua dah penuh. Alahai frust betul. Kalau tau, boleh cop tempat awal-awal dan solat gilir-gilir. So kitorang terpaksa lah duduk belakang jauh daripada stage.

Majlis graduasi ni dibuat masa sesi petang sama-sama dengan BBIM cawangan Hulu Langat, Bandar Tun Hussein Onn dan juga Bandar Sri Permaisuri. Cawangan lain boleh tahan ramai juga studentsnya. BBIM Semenyih paling sikit. Sebab tu juga lah kot branch Semenyih nampak paling organized. Tapi kalau dah namanya majlis graduasi budak tadika, haruslah havoc hihi!

Untuk student kelas playhouse, diorang kena baca surah Al-Kauthar berserta translation masa persembahan surah recitation. Dan diorang kena buat Muslim/ Muslimah Fashion Show. Macam-macam aksi ada kat atas pentas. Yang berlari, yang melompat, yang menangis, yang kena dukung semua ada. Geli hati tengok. Tapi memang seronoklah.

Walaupun masa masa mula-mula nak ambil gambar baru perasan rupanya battery DSLR dah low. Padahal kat rumah tengok ada separuh lagi. Macam mana boleh cepat sangat. Terpaksa lah guna kamera handphone saja dan kamera biasa. Tapi memang tak jelas lah sebab tak boleh zoon jauh. Alahai. Nasib baik ada hired photographer. Boleh lah copy gambar daripada FB BBIM. Dengan gambar dan video yang parents lain share. Jadi laaa uhuk!

 

Jubah putih kanak-kanak.
On the way pergi. Masa mula-mula kena pakai jubah putih. Cantik jubah Aisyah. Pandai Tok buat!

 

Aisyah kena pakai serba putih untuk surah recitation. Jadi jubah putih dia nasib baik Tok Aisyah tolong jahitkan. Guna kain putih hantaran kepada husband masa bertunang 11 tahun lepas. Tapi husband tak guna pun kain ni jadi selama ni tersimpan je. Untuk tudung Aisyah pakai tudung bawal putih Mama punya.

Untuk Muslimah Fashion Show Aisyah pakai baju serba hijau dengan selendang manik. Baju tu beli di Tesco. Kebetulan ternampak clearance sale stock raya lepas. Tudung dia tu pakai tudung Radiusite yang dapat free daripada jidda (nenek Aisyah sebelah Papa) seminggu sebelum tu.  Yang paling mahal of course lah selendang half moon manik-manik Tok Aisyah.

 

Princess Elsa Muslimah
Frozen versi Princess Elsa Muslimah 😀 Aisyah sukaa sangat!

 

Memang macam princess. Macam Elsa (Frozen) muslimah pun ye. Ada juga yang kata macam heroin Hindustan haha! Ingat-ingat balik rasa kelakar sangat. Ini baru anak nak buat performance Mama dia dah tak tentu arah. Berhari-hari dok mencuba pakai itu ini nak cari gaya paling cantik. Bila habis je event rasa legaa sangat. Kalau anak ambil exam nanti taktau lah macam mana hihi 😀

Muka Aisyah flat face aje sepanjang performance. Nasib baik tangan dan mulut tu bergerak ikut arahan. Ada hikmahnya lah juga kitorang duduk belakang so that Aisyah tak nampak. Kalau dia nampak taktau lah dia boleh fokus ke tak hihi 😀 Lepas persembahan terakhir semua dah boleh balik kecuali 6 years old graduating students.

 

Padang depan Perbadanan Putrajaya
Best pulak. Lain kali kena jalan-jalan ambil angin kat sini.

 

Patutnya minggu selepas tu dah start cuti. Tapi ganti semula sebab masa jerebu hari tu dah banyak cuti. So on the last day diorang buat farewell party. Ada kids yang last day di BBIM sebab lepas ni dah tak sambung kat situ. So semalam ada party makan-makan. Parents kena bekalkan potluck. Saya buatkan mini sosej roll je. Sebab mudah dan lagipun budak-budak kan suka sosej.

Seronok lah diorang main-main had fun. Dalam gambar nampak seronok sangat semua orang. Aisyah je tak nak senyum. Aduhai kenapa entah. Tapi bila tanya aunties (teachers) diorang kata Aisyah ok je. Ok la kalau macam tu. Hopefully sepanjang setahun ni Aisyah memang enjoy sepanjang belajar kat situ. Next year kat mana ye? Jeng jeng! 😉

 

Aisyah Si Elsa Muslimah Dan Graduation Day Brainy Bunch Islamic Montessori 2015
Tagged on:                 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge