Alhamdulillah setelah lebih setahun Ihsan tak dipanggil untuk sesi terapi pertuturan di HUKM, tiba-tiba awal tahun ni dapat panggilan untuk join Hanen Speech Therapy Program For Parents Of Children With Autism. Lepas sesi taklimat, akhir bulan Januari 2016 tu terus mula dengan group session 1. Lama juga tunggu turn untuk dapat masuk program ni. Yelah queue panjang sangat. Jadi masa dapat tau tu, rasa Ya Allah syukur sangat.

Just what I really need!

 

Hanen More Than Words Program for Parents of Autism Children
Hanen Speech Therapy Program for Parents of Children With Autism

 

Program ni ada 12 sesi. 1 sesi taklimat, 8 sesi berkumpulan dan 3 sesi individu. Untuk sesi berkumpulan ni dikhaskan hanya untuk sekumpulan parents. Setiap kali sesi, akan dijalankan kelas selama 3 jam. Untuk sesi individu ni, perlu attend personal appointment dengan therapist dan perlu bawa anak sekali. Sebab masa ni therapist akan tengok macam mana kita praktikkan apa yang kita dah belajar dan dia akan betulkan untuk kita perbaiki.

Untuk setengah tahun pertama ni ada 3 kumpulan parents yang akan ikuti program ni. Setiap kumpulan ada lebih kurang 10 parents. Saya dapat dengan Puan Fatin Hanim. Alhamdulillah memang saya suka sangat! Dengan dia, kelas dijalankan selang lebih kurang 2 minggu. Sesi yang pertama hari tu mula pada 21 Januari 2016 dan program ni akan berakhir pada Jun 2016. Dan untuk setengah tahun kedua nanti akan ada giliran batch kedua pulak.

Oklah sebenarnya saya plan nak share serba sikit ilmu yang saya dapat pada setiap sesi. Saya tau ramai parents yang sangat memerlukan ilmu yang macam ni dan saya tau memang ilmu ni sangat-sangat berharga dan membantu parents. Masa dalam kelas, ada banyak tengok video, buat latihan praktikal, perbincangan dan lain-lain. Jadi saya nak tegaskan, apa yang kongsikan nanti adalah sebahagian saja daripada keseluruhan yang saya dapat dalam kelas.

Memang kalau nak dalami ilmu ni parents perlu belajar hanya daripada mereka yang bertauliah. Sebab diorang ada bahan-bahan pengajaran yang lengkap. Diorang juga boleh beri tunjuk-ajar dan bimbingan untuk betulkan cara kita buat terapi di rumah. Jadi apa yang saya kongsikan ni memang tak lengkap dan tak cukup kalau nak dijadikan panduan di rumah.

Walau bagaimanapun moga sharing ni boleh memberi manfaat serba sedikit buat kawan-kawan parents yang lain untuk cuba buat dengan anak kat rumah.

 

Apakah Hanen Program?

 

Dalam ayat mudahnya ialah macam mana kita nak latih dan bantu anak Autism dengan menggunakan natural approach yang lebih on-going dimana-mana pada bila-bila masa, supaya anak dapat berkomunikasi. Bila guna teknik Hanen ni, kita tak rasa sangat macam mengajar anak. Anak pun tak rasa macam tengah belajar. Tapi sebenarnya memang diorang sedang belajar tapi in a fun way. Parents pun tak stress sangat nak kena jadi macam cikgu sekolah. Haa gitu 🙂

Hanen ni berasal daripada Kanada. Untuk penerangan yang lebih tepat dan lebih info, boleh rujuk website The Hanen Centre ni.

Kalau tengok di website tu, program untuk parents ni ada 4:

  • It Takes Two To Talk
  • More Than Words
  • TalkAbility
  • Target word

Untuk parents program di HUKM ni, diorang guna module More Than Words. Ada bukunya yang kita boleh beli untuk panduan lengkap. Di Malaysia ni boleh beli daripada Speech Therapy Answers. Dan kalau nak attend program Hanen di Malaysia, boleh contact diorang ni. Ada pakej parent-based dan home-based yang lebih intensif. Bayarannya saya tak pastilah berapa. Tapi di HUKM ni free dan bukanlah 1 to 1 setiap masa.

 

Buku rujukan terapi pertuturan More Than Words
Buku More Than Words Hanen

 

Untuk program ni, parents tak boleh skip. Sebab kalau missed 1 kelas, dah tak lengkap dah module yang parents dapat. Dalam kelas ni juga mesti parent yang sama attend. Tak boleh sekejap emak sekejap ayah. Setakat hari semalam, saya dah attend group session yang ke 3 dan Ihsan dah attend individual session yang ke 2. Memang seronok sangat lah. Rasa macam ada cahaya di hujung terowong. Serius!

Tapi buku pun tak beli lagi. Harga buku More Than Words tu kalau ikut currency sekarang ada lah dalam RM200 macam tu. Kalau boleh nak kena dapatkan dalam masa terdekat ni juga. Senang nak study. Harapnya kitorang dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang program ni berjalan dan dipermudahkan perjalanan untuk melengkapkan program Hanen ni sampai lah pertengahan tahun nanti.

Oklah. Ini introduction je. Nanti saya share pulak apa yang yang saya dapat masa group session 1. Sabar ok! 😉

Pengenalan: Hanen Speech Therapy Program For Parents Of Children With Autism
Tagged on:             

4 thoughts on “Pengenalan: Hanen Speech Therapy Program For Parents Of Children With Autism

  • November 17, 2016 at 3:08 PM
    Permalink

    salam pn. hazrina..saya pn ada anak autism dan skrg tgh mengikuti program hukm more than words oleh pn. fatin hanim..kelas kami akn berakhir bln 2/2017..moga kita dapat berkongsi idea utk anak2 kita.. salam perkenalan

    Reply
    • December 9, 2016 at 7:37 PM
      Permalink

      Salam perkenalan. Boleh panggil saya Ina je. Anak umur berapa? Btw best kan kelas dengan puan Fatin? 😀

      Reply
  • January 5, 2017 at 10:01 PM
    Permalink

    Salam Puan. Tumpang tanya, mcm mana nk join program Hanen di HUKM ni ya? Anak saya skrg dgn speech therapy dia hosp sg buloh. Tp biasala 3 bulan sekali. Terima kasih.

    Reply
    • January 6, 2017 at 5:06 PM
      Permalink

      Salam Puan. Kat HUKM pun terapi 2 3 4 bulan sekali. Sebab therapist tak cukup. Nak join Hanen kena attend speech therapy kat HUKM. Diorang susun ikut queue. Bukan kita yang apply. Usually diorang utamakan parents yang dah attend cukup personal session dengan therapist. Diorang buat macam ni to make sure parents dapat ilmu untuk carry on handle ST sendiri dengan anak kat rumah. After habis Hanen diorang discharged from klinik ST to give way to new patients regardless anak dah boleh cakap atau belum. Boleh juga join Hanen directly dengan Hanen instructor. Tak payah tunggu2 dan lebih exclusive. Kalau tak salah ofis dia di Neg 9. Cuma kena bayar la. Kalau kat HUKM free.

      Reply

Leave a Reply to nadhirah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge