Sejak semalam ramai orang asyik sebut-sebut pasal mengerjakan Solat Sunat Gerhana Matahari ataupun Solat Sunat Kusuf sempena fenomena gerhana matahari yang berlaku hari ni, 9 Mac 2016. Dalam group Whatsapp pun tak kurang juga masing-masing pakat post info cara menunaikan solat sunat gerhana matahari ni. Honestly saya kurang peka dengan peristiwa macam ni. Tapi nasib baiklah tak terlepas sebab ternampak ramai kawan yang share.

Jadi pagi tadi waktu gerhana dijangka berlaku dalam pukul 740am sampailah 930am lebih kurang. Lepas anak-anak pun dah pergi sekolah barulah maknya ni nak menyiapkan diri sendiri. Dah mandi dan wudhuk semua terus saya solat. Tapi buat 2 kali. Sebab kali pertama tu tersalah :P. Walaupun dah baca panduan mengerjakan solat sunat kusuf sebelum tu tapi yelah dah jarang-jarang buat kan. Faham-faham je lah.

 

Peristiwa gerhana matahari
Cerah, besar dan terang sangat kan cahaya matahari ni?

 

Lepas solat tu sempat lari keluar rumah kejap nak tengok matahari. Uishhh memang terik dan terang sangat pancaran matahari tu. Sebab matahari tu ada lebih berhampiran dengan bumi. Jadi memang nampak besar dan dekat berbanding biasa. Suasana kat luar nampak macam malap sikit. Mungkin sebab matahari terlalu dekat jadi pancarannya tak meluas macam biasa.

Ada kawan-kawan yang share di Whatsapp, gambar bulan sabit kat sebelah matahari tu. Saya tengok matahari tu kejap aje. Sebab pancarannya kuat sangat. Oih tak tahan. Boleh rosak mata kalau tengok lama-lama. Sebaiknya kena guna filem. Ada juga yang share gambar telur yang menegak sebab daya tarikan graviti yang lebih kuat daripada biasa daripada dalam bumi. Saya cuba juga buat kat luar tapi tak jadi! hihi 😛 Nak menegakkan telur ni sebenarnya ada tekniknya dan tak semua telur boleh guna rupanya.

 

Telur menegak masa gerhana
Kredit kepada tukang gambar tangkap gambar ni. Saya pun tak tau siapa. Dapat daripada group Whatsapp 😀

 

Solat Sunat Kusuf

 

Akan datang boleh ikut tatacara solat dalam gambar ni. Sangat jelas dan mudah faham. Ini daripada Indonesia. Kredit: Google Image

 

Lafaz Niat Solat Sunat Kusuf

 

Lafaz niat solat gerhana matahari
Daku solat sunat Kusuf 2 rakaat kerana Allah Ta’ala

 

Tatacara Mengerjakan Solat Sunat Kusuf

 

Tatacara mengerjakan sembahyang sunat gerhana
Cara mengerjakan solat sunat kusuf

 

Alhamdulillah dapat tunaikan Solat Sunat Kusuf hari ni. Memanglah tiap-tiap hari kita tengok bulan dan matahari. Tapi dengan lebih mengambil tahu kejadian macam ni membuatkan kita lebih beryukur Allah masih kurniakan nikmat nak merasai kehidupan dengan bulan, matahari, bumi masih berjalan mengikut peraturannya masing-masing. Tak dapat dibayangkan kalau sistem cakerawala kucar-kacir, bulan dan matahari dah takde.

Jadi, tanamkan dalam hati untuk lebih peka. Gerhana bulan dan matahari tak berlaku tiap-tiap hari. Hanya beberapa kali je seumur hidup. Ambil peluang untuk kerjakan solat sunat gerhana. InsyaAllah banyak fadhilatnya 🙂

Fenomena Gerhana Matahari, Peluang Mengerjakan Solat Sunat Kusuf
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge