Entry ni ditujukan khas untuk manfaat diri sendiri terutamanya dan sahabat pembaca sekalian secara umumnya. Nahh ni 10 tips untuk mudah bangun malam supaya istiqomah mengerjakan solat tahajjud dan amalan-amalan sunat lain. Saya ada terbaca kawan kata, kita ni beriya pegi kursus sana-sini bayar mahal-mahal tapi tips kejayaan dunia akhirat nan 1 yang free ni susah betul nak buat. Betul lah juga kan apa dia cakap tu.

Kita sibuk buat itu ini tapi kita lupa nak minta daripada Allah dulu. Tskkk!

Tahajjud ni satu ibadat elit yang dihadiahkan kepada manusia sebagai pelengkap ibadat wajib. Walaupun eksklusif tapi semua orang patut rebut dan layak amalkan solat sunat ni.

 

Hendaklah kamu melakukan solat pada tengah malam. Sesungguhnya ia kebiasaan orang soleh sebelum kamu dan boleh mendekatkanmu kepada Tuhanmu. Ia juga penghapus segala dosa, penghalang maksiat dan dosa serta penawar penyakit yang ada pada tubuh. – Riwayat Ahmad

 

Tips mudah terjaga daripada tidur untuk solat sunat malam
Tips mudah bangun tengah malam untuk solat Tahajud

 

Istimewanya Tahajjud ni, orang kata kuasanya ibarat anak panah yang menuju tepat kepada sasaran ataupun matlamatnya. Tapiii mencabarnya nak konsisten kenapa??? Ramai je yang boleh buat tiap-tiap hari. Tapi masih ramai juga yang setakat nak bangkit tengah-tengah malam tu pun masih struggle. Sebenarnya bukanlah tak boleh. Kena bermujahadah lebih sikit lah untuk cipta keadaan dan situasi yang memudahkan kita nak bangun tengah malam. Kalau dah tak biasa memang lah susah.

 

Tips Mudah Bangun Malam Dan Istiqomah Mengerjakan Solat Tahajjud

 

Oklah ni saya share tips yang saya dapat daripada 1 artikel dalam 1 majalah yang saya baca. Saya ambil majalah ni daripada rak masa tengah tunggu Ihsan yang berterapi. Tapi saya tak ingat majalah apa. Namun sumbernya daripada Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim. Terbaca je tajuk terus ambil gambar. Ni saya kongsikan tips-tips penting yang saya dapat:

1. Pasang niat – Sebelum tidur, tanamkan niat dan letakkan dalam perancangan jadual yang kita akan bangun untuk kerjakan Tahajjud. Secara tak langsung kita dah programkan dalam minda dan ingatkan diri kita untuk bangun tengah malam.

2. Qailulah – Iaitu tidur seketika pada waktu tengahari. Hikmah amalkan qailulah ni dapat bantu cergaskan minda dan fizikal serta bekalkan kita tenaga untuk bangun tengah malam. Sebab tu syaitan benci dengan qailulah ni. Memang mencabar sikit nak amalkan qailulah ni especially untuk para ibu surirumah. Sebab waktu tengahari tu lah waktu paling kalut uruskan anak-anak. Tapi takpe, kita cubalah curi-curi masa. Kalau sempat, buat lah.

3. Tidur awal lepas solat Isya – Iyaaa pokok pangkalnya tidur lah awal baru lah senang nak bangun awal. Isk!

4. Elakkan makan lewat malam – Sebab perut yang penuh memberatkan diri untuk bangun tengah malam.

5. Membaca doa yang ma’ thur – Amalkan membaca doa-doa pelindung selepas solat atau sebelum tidur untuk mengelakkan gangguan syaitan, dipermudahkan tidur, mendapat rehat yang cukup dan seterusnya memudahkan badan untuk bangun.

6. Berdoa agar dikejutkan bangun malam – Samada bangun atau tidak semuanya adalah atas kuasa dan kehendak Allah sebab Dia yang memegang roh kita. Jadi pohon kepadaNya agar membangunkan dan mudahkan kita untuk mengerjakan solat Tahajjud.

7. Berwudhuk sebelum tidur dan tidur mengiring ke kanan – Ini adalah sunnah Rasulullah SAW. Selain baik untuk kesihatan dalaman, amalan ni memudahkan kita untuk bangun tengah malam.

8. Bersyukur apabila terjaga – Sebaik terbangun daripada tidur, terus ucapkan kesyukuran kerana Allah masih memberi peluang kepada kita untuk terjaga. Seterusnya alirkan rasa syukur tersebut dengan melakukan ibadat malam.

9. Istiqomah dan sederhana – Allah menyukai amalan yang sederhana tapi berterusan. Tidak perlu membebankan diri dengan ibadat malam yang sangat banyak dan lama kerana dikhuatiri boleh menimbulkan rasa bosan. Terutamanya yang masih baru nak mengamalkan ibadat malam, mulakan dengan sedikit-sedikit tapi konsisten berterusan. Barulah tambah ibadat-ibadat lain secara berperingkat mengikut kemampuan.

10. Elakkan melakukan maksiat dan dosa – Pelihara tingkah-laku sentiasa agar tidak terlanjur melakukan maksiat dan dosa. Ini kerana ia meninggalkan titik hitam dalam hati yang menyebabkan kita liat nak beribadat dan rasa berat nak mendekatkan diri kepada Allah

 

Saya pernah dengar ucapan daripada Puan Mastura masa satu majlis penghargaan dan anugerah PDK, dia ada kata kalau dah terbangun malam tu rebutlah peluang untuk melakukan Tahajjud. Jangan disia-siakan kesempatan yang Allah dah bagi. Tapi… kalau tak biasa memang rasa susahhhhh sangat nak buat. Kalau dah macam tu katanya at least janganlah terus tidur. Angkat tangan dan mohon lah doa apa-apa pun yang kita inginkan. Puan Mastura ni Pengarah Perbadanan Perpustakaan Selangor dan beliau ni sebenarnya adik kepada Prof Muhaya tau.

Bukanlah benda pelik sangat pun 10 tips ni kan. Jom kita cuba buat satu-satu. Moga-moga solat malam ni akan jadi salah satu amalan lazim yang menghiasi hari-hari kita bila usia makin meningkat. Tak perlu tunggu tua baru nak banyakkan amal ibadat. Sebab ajal kita tak tentu bila akan tiba. Contohi Sultan Muhammad Al Fateh yang tak tinggalkan amalan-amalan malam. Itulah rahsia bagaimana dia boleh jadi seorang panglima perang dengan jiwa dan mental yang kuat.

10 Tips Mudah Bangun Malam Agar Istiqomah Mengerjakan Solat Tahajjud
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge